2021年2月19日金曜日

PRN & PRU Sarawak Semakin Dekat Kita Harus Bersedia !



JENTERA PARTI DI SARAWAK DISERU SENTIASA BERSIAP SEDIA KEMUNGKINAN PRN & PRU BULAN MEI 2021

BALAI RINGGIN, SERIAN, SARAWAK : Jentera parti terutamanya seluruh Negeri Sarawak diseru supaya sentiasa peka dan bersiap sedia kemungkinan besar tidak lama lagi berlangsungnya Pilihan Raya Negeri (PRN) serentak dengan Pilihan Raya Umum (PRU) pada bila - bila masa kemungkinan Bulan Mei 2021.


Perkara tersebut sering ditekankan oleh Menteri Belia dan Sukan Sarawak, merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balai Ringin, Datuk Snowdan Lawan dalam Program Randau GPS di Depo Balai Ringin pada Rabu, 10 Februari 2021. Beliau amat yakin PRU dan PRN Sarawak akan diadakan tidak lama lagi hanya menunggu loceng memulakan kempen pilihan raya.


Beliau turut menyarankan agar rakyat untuk berfikirlah dengan matang dan juga secara mendalam serta tidak lupa untuk memberikan sepenuh sokongan kepada kerajaan GPS yang memberikan sumbangan besar kepada Rakyat Sarawak pada masa ini demi hak negeri Sarawak dan  Rakyat secara amnya.


Selain itu, beliau akan sentiasa memastikan pembangunan di kawasan - kawasan yang diterokainya seperti Balai Ringin, Serian akan terus maju berkembang setanding dengan bandar - bandar lain di Negeri Sarawak demi kesejahteraan rakyat di kawasan pimpinan beliau.


" Banyak perancangan yang telah beliau rancang untuk memajukan kawasan ini telah dibuat seperti sektor pembangunan belia, pelancongan, pertanian moden serta kesemua ini adalah berdasarkan kepada kesesuaian di setipa zon ataupun kawasan.


" Rakyat di kawasan Balai Ringin amnya harus sedar dan juga senantiasa peka atas pengorbanan yang dicurahkan oleh Wakil Rakyat kerana beliau yakin sumbangan yang dicurahkan telah memberikan pembangunan yang mantap di kawasan Balai Ringin," katanya.


Di samping itu juga, kerajaan Negeri Sarawak di bawah Gabungan Parti Sarawak (GPS) adalah satu -satunya parti kerajaan yang amat prihatin kepada rakyat jika dibandingkan dengan parti lain seperti DAP, PAS, Pakatan Harapan dan lain - lain parti kerana GPS banyak membantu rakyat sebagai contoh Bantuan Khas Sarawakku Sayang, Bantuan Semasa PKPP, Kenyalang Gold Card dan banyak lagi bantuan lain yang telah memberikan kesejahteraan kepada Rakyat Sarawak. Jadi rugi sekiranya rakyat tidak menyokong Parti GPS yang terbaik ini.



@ Jackie San

1 件のコメント:

  1. https://www.jacknjillscute.com/2021/02/prn-pru-sarawak-semakin-dekat-kita.html

    返信削除

Featured post

KAGOSHIMA CITY AQUARIUM

   https://youtu.be/SMoaLhP-O2M?si=X8-2xlz4_dtSwgvI >>> MORE VIDEO JUST CLICK AND WATCH HERE <<<