2021年3月15日月曜日

TAK RUGI JIKA MELABUR DUIT DENGAN EMAS !!!



JOM LABURLAH STOK DUIT KITA DENGAN SIMPAN EMAS ! TAK RUGI PUN !!!


DUIT LEBIH LABURLAH UNTUK EMAS KENAPA ?


Kenapa Emas Ni Untung Disimpan?

Kerana Sunnah Sebenarnya !
Jika ada wang lebih tukarkanlah wang kertas kepada emas (Dinar)


1). Simpan Emas Tiada Susut Nilai dan juga Inflasi

Zaman Nabi kita S.A.W. kambing sedinar harganya seekor, zaman sekarang pun masih sedinar untuk seekor. Sedinar sekarang berharga RM 480.00 lebih kurang harganya 1 dinar = 4.25 gram.

Setiap hari sebenarnya akan berlakunya susut nilai. Sebagai contoh pada masa dahulu, mata wang Negara Indonesia tidaklah seperti sekarang di mana kadar tukaran 100,000 rupiah bersamaan RM 35.00 dan dikira harganya tukaran mata wang tinggi.

2). Emas Berupa Logam Asli

Emas itu dinilai di atas kertas yang dicop sahaja. Jika kita ada kuasa, maka semestinya kita pun boleh menurunkan cop kita.

3). Emas Ni Bernilai di Seluruh Dunia
Orang yang berhijrah dari ke Negara Kemboja datang ke Malaysia sesungguhnya kini kaya raya di Negeri Kelantan amnya, mereka menggadaikan emas mereka bagi menjadikan emas sebagai modal untuk berniaga kain batik. Bayangkanlah jika mereka datang ke sini membawa mata wang mereka pada ketika itu, nescaya mata wang mereka tidak laku kerana mata wang kertas mereka tidak diiktiraf seluruh dunia.

4). Pelaburan Emas Paling Terjamin Serta Amat Menguntungkan.
Jika kita imbas untuk para haji yang ingin menunaikan Haji pada tahun 2006 adalah 68 dinar pada masa tersebut. Pada tahun 2009 pula kos dianggarkan hanyalah 30 dinar sahaja. Ini bermakna seseorang itu tidak perlu untuk menambahkan wang mereka malah jumlah para haji yang ingin menunaikan tanggungjawab ini lebih ramai.

Manakala disebaliknya, jika kita ingin menabung dalam bentuk wang ringgit pula, nescaya kita hanya perlu tambah wang lagi dan ianya umpama hanya bermimpi sahaja...

5). Pemimpin Negara Kita Penyimpan Dinar.
Pemimpin kita memang membuat analisa berkaitan tipu daya wang kertas dunia pada ketika ini.

6). Negara China Penyimpan Emas Terbanyak Monopoli Dunia.

Pembelian emas amat menguntungkan dalam perniagaan emas secara amnya. China adalah negara kuasa besar dunit kerana mempunyai emas yang banyak. Negara Amerika pula adalah pencetak wang kertas terbanyak dunia tanpa sandaran emas. Hanya mencetak dan juga membeli minyak dari Negara - Negara Arab, membeli alat pertahanan juga tapi sekarang pula, semua sudah tahu bahawa Amerika, hanyalah mencetak wang kertas dan bukannya menyimpan emas... 

7). Pelaburan Emas Dikenakan Zakat dan Mendapat Pahala.

Penyimpan emas minima 85 gram / 20 dinar akan dikenakan wajib membayar zakar. Zakat 2.125 gram bersamaan setengah dinar.

Khilaf Ulamak. Merujuk kepada Kitab Risalah Imam Shafie.
Petikannya iaitu: Tidak harus dikiaskan emas dan juga perak dengan duit ringgit (wang kertas) pada wajibnya zakat.

3 Mazhab yang lain pula Mewajibkan Zakat. Mazhab Shafie mengatakan tidak mewajibkan.

8). Keunikan Pada Umat Islam Tetapi Tidak Diamalkan.

Alat barat bagi mengambil kekayaan Orang Islam seperti minyak, teknologi, senjata dan juga sebagainya.

9). Purata 11 % Peningkatan Setahun Tanpa Adanya SusutNilai.

Susut Nilai Setahun 37 %. Bonus ASB baru 7 % Setahun...30 % Kerugiaan. 

10). Tiada Siapa Boleh Memainkan Harga Emas Kerana Ia Semestinya Berharga.

Alat yang paling bernilai dan berharga (emas) kerana penyangak mata wang sentiasa ada. 

Sebagai contoh wang yang disimpan di bank RM 100,000 sebagai contoh jika dikorek korek setiap hari sebagai contoh akan berkurangan dan akhirnya sedikit sedikit lenyap sehinggakan tidak mustahil akan menjadi dan meninggalkan RM 100 nilainya. 

Tanpa kita sedar kos hidup sekarang ini Tahun 2021 semakin tinggi dan tiada nilainya wang ringgit dengan harga barangan yang terlampau mahal. Semakin hari semakin mencabar kehidupan kita.



KENAPA SEBENARNYA KITA PERLU SIMPAN EMAS ?


1. Emas ialah kekayaan yang sebenarnya

Seluruh dunia sebenarnya manusia memilih emas sebagai pelaburan yang bernilai dan menyimpannya demi kekayaan dunia.

Kerana apa ?

a). Warna kuning keemasan yang sangat menarik dan tidak  akan pudar selamanya.

b). Emas tidak boleh dimusnahkan.

c). Emas Tahan Lasak.

d). Emas mudah dipecahkan kepada unit yang lebih kecil tanpa menjejaskan nilai asalnya.

e). Emas sukar diperoleh.

2. Harga Emas Sentiasa Meningkat Dalam Jangka Masa Panjang Dan Sukar Jatuh Harganya.

a). Harga Emas Pada Tahun 2000 = USD 275.45 / Oz

b). Harga Emas Pada Tahun 2009 = USD 953.50 / Oz

3. Nilai Wang Kertas Sentiasa Jatuh Di Dalam Jangka Masa Panjang.

4. Emas Aset Terunggul.

Salah satu keistimewaan emas adalah ia dianggap bernilai oleh seluruh umat manusia. Ia juga merupakan aset yang paling mudah ditukarkan kepada wang kertas.

Tiada aset lain yang boleh menandingi kecairan sesuatu nilai emas.

Ia bukan sahaja boleh dicairkan di Malaysia tetapi ia diterima di seluruh dunia.

5. Emas Tidak Boleh Dimanipulasi.

Di antara kisah kegagalan wang kertas yang pernah berlaku adalah :

a). Kerajaan Perancis Pada Tahun 1715

b). Republik Weimer Jerman Pada Tahun 1922 hingga 1923

c). Hungary Pada Tahun 1945 hingga 1946

d). Chile pada Tahun 1971 hingga 1981

e). Peru Pada Tahun 1988 hingga 1991

f). Angola Pada Tahun 1991 hingga 1999

g). Yugoslavia Pada Tahun 1992 hingga 1995

h). Belarus Pada Tahun hingga 2002

i). Kerajaan Mexico Pada Tahun 1994

j). Kerajaan Argentina Pada Tahun 2001

k). Zimbabwe Pada Tahun 2000 hingga 2009


EMAS DALAM AL-QURAN

Surah Ali Imran, ayat 75 menyebutkan: “Dan antara ahli kitab, ada orang yang kalau engkau amanahkan dia menyimpan sejumlah besar harga sekali pun, dia akan mengembalikannya (dengan sempurna) kepada kamu dan ada pula di antara mereka yang kalau engkau amanahkan menyimpan hanya satu dinar saja dia tidak akan mengembalikan kepada kamu, kecuali kalau kamu selalu menuntutnya.”
(p/s ; dinar sebagai simpanan)

Sesungguhnya orang-orang yang kafir lalu mati sedang mereka tetap kafir, maka tidak sekali-kali akan diterima dari seseorang di antara mereka: emassepenuh bumi, walaupun ia menebus dirinya dengan (emas yang sebanyak) itu. Mereka itu akan mendapat azab seksa yang tidak terperi sakitnya, dan mereka pula tidak akan beroleh seorang penolong pun. [Ali Imran: 91]
(p/s; emas sebagai harta / kekayaan)


Dan kaum Nabi Musa, sesudah dia (pergi ke Gunung Tursina), mereka membuat dari barang-barang emas perhiasan mereka, (patung) anak lembu yang bertubuh dan bersuara (Allah berfirman): “Tidakkah mereka memikirkan bahawa patung itu tidak dapat berkata-kata dengan mereka dan tidak dapat juga menunjukkan jalan kepada mereka? Mereka menjadikannya (berhala yang disembah) dan sememangnya mereka adalah orang-orang yang melakukan kezaliman.” [al-A'raaf: 148]
(p/s: emas sebagai perhiasan)

Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya banyak di antara pendita-pendita dan ahli-ahli ugama (Yahudi dan Nasrani) memakan harta orang ramai dengan cara yang salah, dan mereka menghalangi (manusia) dari jalan Allah (Islam). Dan (ingatlah) orang-orang yang menyimpan emas dan perak serta tidak membelanjakannya pada jalan Allah, maka khabarkanlah kepada mereka dengan (balasan) azab seksa yang tidak terperi sakitnya.

(Iaitu) pada hari dibakar emas perak (dan harta benda) itu dalam neraka jahanam, lalu diselar dengannya dahi mereka, dan rusuk mereka, serta belakang mereka (sambil dikatakan kepada mereka): “Inilah apa yang telah kamu simpan untuk diri kamu sendiri, oleh itu rasalah (azab dari) apa yang kamu simpan itu. [At-Taubah: ayat 34 - 35]
(p/s: emas sebagai simpanan / wang)


Atau (sehingga) engkau mempunyai sebuah rumah terhias dari emas; atau (sehingga) engkau naik ke langit; dan kami tidak sekali-kali akan percaya tentang kenaikanmu ke langit sebelum engkau turunkan kepada kami sebuah kitab yang dapat kami membacanya.” Katakanlah (wahai Muhammad):” Maha Suci Tuhanku! Bukankah aku ini hanya seorang manusia yang menjadi Rasul? [Surah Al-Isra': ayat 93]
(p/s: emas sebagai hiasan)

Mereka itu, disediakan baginya syurga yang kekal, yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; mereka dihiaskan di dalamnya dengan gelang-gelang tangan emas, dan memakai pakaian hijau dari sutera yang nipis dan sutera tebal yang bersulam; mereka berehat di dalamnya dengan berbaring di atas pelamin-pelamin (yang berhias). Demikian itulah balasan yang sebaik-baiknya dan demikian itulah Syurga tempat berehat yang semolek-moleknya. [Surah Al-Kahfi: ayat 31]
(p/s emas sebagai hiasan/ kemewahan)

Sesungguhnya Allah akan memasukkan orang-orang yang beriman dan beramal soleh ke dalam syurga yang mengalir padanya beberapa sungai; mereka dihiaskan di situ dengan gelang-gelang emas dan mutiara, dan pakaian mereka di situ dari sutera. [Surah al-Hajj: ayat 23]
(p/s emas sebagai ganjaran besar)

(Balasan mereka ialah) Syurga-syurga “Adn”, yang mereka akan masukinya; mereka dihiaskan di dalamnya dengan gelang-gelang tangan dari emas dan mutiara; dan pakaian mereka di situ adalah dari sutera. [Surah Faatir: ayat 33]
“(Kalau betul ia seorang Rasul) maka sepatutnya ia dipakaikan (oleh Tuhannya) gelang-gelang emas (yang menandakan ia seorang pemimpin), atau datang malaikat bersama-sama dengannya (sebagai saksi tentang kebenarannya)?” [Surah az-Zukhruf: ayat 53]
(p/s emas sebagai penanda/ status)

Diedarkan kepada mereka pinggan-pinggan besar dan piala-piala dari emas; dan di dalam Syurga itu pula disediakan segala yang diingini oleh nafsu serta dipandang indah oleh mata; dan (dikatakan kepada mereka): “Kamu adalah tetap kekal di dalamnya”. [Surah: ayat 71]

Kumpul Emas Banyak Manfaatnya:

a). Sebagai Simpanan

b). Sebagai Mata Wang Universal (Diterima Seluruh Dunia)

c). Sejenis Pelaburan Yang Berkembang (Sebab Itu Kena Zakat)

d). Nilai Kekayaan Dan Kemewahan

e). Sebagai Perhiasan Yang Disukai Manusia.

f). Salah Satu Bentuk Nikmat Yang Akan Diperolehi Manusia Di Syurga.

g). Sebagai Bentuk Ganjaran Dari Allah 

h). Salah Satu Azab Di Neraka (Bagi Yang Tak Membayar Zakat).


>>> JOM MELABUR EMAS <<<







@ Jackie San


1 件のコメント:

  1. https://www.jacknjillscute.com/2021/03/tak-rugi-jika-melabur-duit-dengan-emas.html

    返信削除

Featured post

95,000 JAPANESE AGED OVER 100; MOST OF THEM WOMEN - TOKYO JAPAN

95,000 JAPANESE AGED OVER 100; MOST OF THEM WOMEN - TOKYO JAPAN @Jr_Paku Midin Channel TOKYO The number of people in Japan aged 100 or older...