2021年4月22日木曜日

PELAJAR SEKOLAH PUNCA UTAMA KES POSITIF COVID-19 DI KELANTAN MENINGKAT



KOTA BHARU, KELANTAN:

Melebihi 300 orang atau pun melebihi 60 peratus daripada sejumlah individu yang dikesan positif wabak COVID-19 di Negeri Kelantan adalah dari kalangan pelajar sekolah menengah. Seperti yang dimaklumkan oleh Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) Datuk Dr Zaini Hussin.


Beliau turut memaklumkan bahawa selebihnya adalah berpunca juga dari kalangan guru, kakitangan sekolah serta murid sekolah rendah, kanak - kanak berusia di bawah umur tujuh tahun dna individu lain berusia melebihi 19 tahun.

 

Angka yang dimaksukan itu berdasarkan ujian COVID-19 yang dilakukan dalam tempoh dua (2) minggu iaitu antara 3 hingga 16 April 2021 yang lalu, katanya.

 

Selain itu, Dr Zaini turut memaklumkan bahawa lebih kurang 111 orang (24 peratus) yang telah dikesan positif adalah hasil dari saringan terhadap murid-murid sekolah rendah yang berumur antara tujuh tahun hingga 12 tahun.

 

" Bagi kanak-kanak yang berusia kurang daripada tujuh tahun pula, ada seramai lebih kurang lapan (8) orang bersamaan 2 % serta 86 orang (19%) pula adalah individu yang berusia melebihi 19 tahun (termasuk juga guru dan kakitangan sekolah).

 

" Daripada 464 kes itu daerah Kota Bharu memcatatkan jumlah yang paling tinggi iaitu 189 kes positif diikuti Tumpat (113), Tanah Merah (55), Pasir (36), Machang (20), Bachok (17), Pasir Puteh (15), Kuala Krai (8), Jeli (7) dan Gua Musang (4), " katanya.

 

Beliau turut memaklumkan bahawa hasil kajian yang dilakukan turut mendapati bahawa jangkitan pantas yang berlaku di sekolah disebabkan pelbagai faktor antaranya ia mudah tersebar terutamanya di kawasan asrama.

 

" Pihak sekolah juga dilihat ada yang masih gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dengan baik sehingga menyebabkan berlakunya jangkitan yang pantas," katanya.

 

Berdasarkan situasi semasa di negeri ini termasuk kewujudan pelbagai kluster baharu, pihak JKNK menjangkakan kes positif COVID-19 pada minggu ini akan melebihi 500 kes sehari.

 

 >>>BACA LAGI ARTIKEL PENTING<<<

https://www.jacknjillscute.com/2021/04/brunei-240-individuals-tested-for-covid.html

https://www.jacknjillscute.com/2021/04/what-happens-now-covid-19-situation-in.html 

https://www.jacknjillscute.com/2021/04/viral-kematian-jururawat-kesan.html

https://www.jacknjillscute.com/2021/04/kejayaan-sarawak-tanggani-kes-covid-19.html 


@ Jackie San

 

 

 

 



1 件のコメント:

  1. https://www.jacknjillscute.com/2021/04/pelajar-sekolah-punca-utama-kes-positif.html

    返信削除

Featured post

Things To Do Oita Nakatsu Japan One Day Itinery

  https://youtu.be/QIoZPdN2E1c?si=Lx4VQB-YcEa8I9CO >>> MORE VIDEO JUST CLICK TO WATCH <<<