2021年4月2日金曜日

Justifikasi Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Disebabkan Pandemik COVID - 19 Melanda Negara Malaysia Berakhir 31 Mac 2021

 


Apa Cerita Berakhirnya 31 Mac 2021 (Rabu) ?

Bagaimana Situasi Semasa Terhadap Jangkitan Penyakit Disebabkan Oleh Pandemik COVID -19 Di Dalam Negara Malaysia ?


Kementerian Kesihatan Malaysia yang juga dikenali sebagai KKM telah memaklumkan berkenaan status terkini Kes COVID - 19 yang melanda Negara ini sehingga jam 12 tengahari pada 01 April 2021 (Khamis) selepas berakhirnya bulan Mac 2021 kelmarin.


Tidak dinafikan bahawa Negeri yang terbesar sekali di Malaysia iaitu Negeri Bumi Kenyalang (Sarawak) mencatatkan kes harian baharu yang tertinggi sekali iaitu sebanyak 238 kes ( 20.2 % ). Daripada jumlah tersebut, sebanyak 183 kes (76.9%) adalah berpunca daripada kluster - kluster yang tumbuh bak cendawan di Negeri Sarawak dan juga hasil daripada ujian saringan kontak rapat COVID -19 yang masih aktif dijalankan di lapangan. Manakala Negeri Selangor di kedudukan kedua tertinggi selepas Negeri Sarawak iaitu kes sebanyak 237 (20.1%) dan diikuti pula oleh Negeri Pulau Pinang menyumbang sebanyak 190 kes baharu (16.1%).


Selain itu, KKM turut melaporkan sebanyak 31 kes (2.6%) yang dilaporkan pula adalah berpunca daripada kluster - kluster bertempat di pusat penjara dan juga Depot Tahanan Imigresen (DTI) yang mana ianya membabitkan Kluster Penjara Jalan Harapan sebanyak (14 kes), Kluster DTI Jalan Duta sebanyak (7 kes), Kluster Tembok Taiping sebanyak (6 kes), Kluster DTI Sepang 2 sebanyak (2 kes), Kluster Tembok Tapah sebanyak (1 kes) dan akhir sekali iaitu Kluster Pagar Bukit Changar sebanyak (1 kes).


Terdapat enam (6) kes kematian yang dilaporkan pada 01 April 2021 (Rabu) yang melibatkan dua (2) kes kematian hasil daripada pesakit di Negeri Sarawak, serta masing - masing penyumbang angka kematian akibat Pandemik COVID -19 adalah melibatkan kematian masing - masing satu (1) kes dari Negeri Johor, Kelantan, dan Negeri Sabah. Manakala sebanyak lima (5) kematian lain pula hasil kes kematian yang melibatkan warganegara dan juga satu (1) kes bukan daripada warganegara kita. 


Berikut adalah Maklumat Terkini Yang Dikongsikan Berkaitan Kluster - Kluster Baharu yang disumbangkan oleh pelbagai Negeri


1# Jumlah Kluster : 1,378 Kluster;

2# Jumlah Kluster Baharu : 6 Kluster;

3# Jumlah Kluster Yang Telahpun Tamat : 1, 016 Kluster (Termasuk 14 Kluster yang telah tamat pada hari ini (01 April 2021) iaitu Kluster Tapak Bina Jalan Segambut, Kluster Jalan Tun Mutahir, Kluster Persiaran Bunga Tanjug, Kluster Jalan Baru, Kluster Jalan Tronoh, Kluster Jalan Jaya, Kluster Jalan Kota Kulai, Kluster Jalan Cemerlang Besi, Kluster Persiaran Kempas Baru, Kluster Kampung Mak Teh, Kluster Jalan Permas Sembilan, Kluster Batu 21, Kluster Jalan Damansara dan Kluster Jalan Melati;

4# Jumlah Kluster Yang Masih Aktif : 362 Kluster;

5# Jumlah Kluster Dengan Pertambahan Kes Baharu Pada Hari Ini : 55 Kluster;

6# Kluster - Kluster dengan pertambahan kes baharu tertinggi pada hari ini adalah Kluster Jalan Jelawat (105 Kes), Kluster Kait Gading (64 Kes), dan Kluster Rimbayan (15 Kes).


BAGAIMANA PULA SITUASI TERKINI MENGENAI MUTASI " PROTEIN SPIKE " COVID - 19 PANDEMIK DI NEGARA MALAYSIA ?


Sehingga kini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melalui Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) dan juga Institut Kesihatan Negara (NIH) telahpun melakukan analisis terhadap lebih daripada 261 turutan jujukan genom penuh virus SARS-CoV-2 (COVID-19) dari sampel klinikal. Ianya merangkumi kes-kes COVID -19 di Malaysia daripada gelombang pertama sehingga gelombang ketiga. Analisis ini memberi fokus utama kepada pemantauan terhadap semua jenis mutasi gen terutama pada anjakan protein yang memainkan peranan penting dalam proses pengecaman reseptor dan juga proses membran sel (receptor recognition and cell membrane fusion process). Sebelum ini, IMR telah mengesan beberapa bentuk varian mutasi virus SARS-CoV (COVID-19) termasuk mutasi D614G dan A701V.


Selain itu, KKM melaporkan telah menemui kewujudan Varian South African B.1.351.


Terkini, IMR telah mengenalpasti dan juga turut mengesahkan kewujudan varian South African B.1.351 di kalangan kes positif COVID -19 tempatan melalui survelan genomik (genomic surveillane). Strategi survelan genomik ini melibatkan sampel - sampel yang disahkan positif sepanjang Januari 2021 sehingga berakhirnya Bulan Mac 2021. Penemuan ini adalah hasil daripada:


a. Kes - Kes positif dari kluster - kluster tempatan di Negeri Selangor, Putrajaya, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Melaka, Sabah, Sarawak dan juga Wilayah Persekutuan Labuan;


b. Kes - Kes positif dengan sejarah perjalanan ke negara lain; dan


c. Kes - Kes kematian disebabkan COVID -19.


Penemuan varian South African B.1.351 pertama kalinya dilaporkan di dunia pada Bulan Disember 2020 di dua (2) buah negara iaitu United Kingdom dan juga Afrika Selatan. Sejak awal tahun 2021, kewujudan varian tersebut telah juga turut dilaporkan oleh negara - negara lain termasuk Amerika Syarikat, Kanada, Jerman, Australia dan juga Korea Selatan.


Kewujudan Varian South African B.1.351 di Negara kita telah mula dikenalpasti di kalangan empat (4) kes tempatan bermula pada Bulan Mac 2021. Hasil siasatan awal turut mendapati, keempat - empat kes tersebut mempunyai kaitan lokasi geografi dan juga berhubung rapat dengan Kluster Jalan Lima seperti yang ditunjukkan dalam analisis filogenetik. Dua (2) kes dipercayai dari Kluster Jalan Lima yang merupakan pekerja di salah sebuah syarikat berpengkalan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Walau bagaimanapun, cara penularan atau pun jangkitan varian B.1.351 kepada pekerja kes tersebut sukar untuk dikenalpasti dan juga disahkan. Satu (1) kes pula adalah daripada Kluster Kebun Baru dan 1 (satu) kes lagi adalah merupakan ahli keluarga kepada kes positif COVID -19 yang tinggal serumah dengan mangsa.


Susulan penemuan tersebut iaitu penemuan pertama varian B.1.351 tersebut, lebih banyak ujian jujukan genom telah dijalankan dengan menggunakan sampel positif COVID -19 dari lokasi geografi termasuk daerah Kuala Langat dan juga Daerah Sepang. Hasil dari ujian yang diperolehi dan dijalankan menunjukkan terdapat lima (5) kes lagi dikesan dari lokaliti ini yang telah dijangkiti dengan varian tersebut. Empat (4) kes adalah daripada Kluster Kebun Baru dan juga satu (1) kes adalah daripada Kluster Jalan Lima.


KLUSTER - KLUSTER YANG TERLIBAT


Kluster Jalan Lima telah tamat pada 29 Mac 2021 di mana kluster ini telah melibatkan 57 kes secara keseluruhan dan 447 individu yang telah disaring. Kluster Kebun Baru pula masih aktif dan dijangka akan tamat pada 25 April 2021 (sekiranya tiada lagi penambahan kes). Sehingga 31 Mac 2021 (Rabu), kluster ini telah melibatkan 1,111 kes secara keseluruhan (111 masih lagi aktif dan diasingkan untuk rawatan ataupun isolati) dan 1,565 individu telah disaring.


Varian B.1.351 didapati mempunyai pelbagai mutasi "Spike Protein", termasuk L18F, D80A, D614C, D215G, A701V, K417N, E484K, N501Y dan L241_A243del. Walau bagaimanapun, varian ini tidak mempunyai mutasi H69_V70del seperti yang terdapat pada varian UK B.1.1.7. Analisis jujukan genom juga menunjukkan kebarangkalian asal-usul jangkitan daripada kes positif COVID -19 melibatkan pekerja di salah sebuah syarikat berpengkalan di KLIA berdekatan dengan kawasan Sepang diikuti penularan jangkitan ke kawasan penduduk tempatan di daerah Kuala Langat.


Oleh yang demikian, sehingga 31 Mac 2021, sejumlah sembilan (9) kes positif COVID -19 telah dikenal pasti dijangkiti dengan varian South African B.1.351 daripada jangkitan tempatan di Malaysia. Sehingga kini, analisis filogenetik serta hubungkait geografi menunjukkan kebarangkalian kes-kes tersebut adalah daripada punca jangkitan yang sama.


>>>ISU HANGAT BACA DI SINI<<<






@ Jackie San





1 件のコメント:

  1. https://www.jacknjillscute.com/2021/04/justifikasi-situasi-semasa-jangkitan.html

    返信削除

Featured post

Kagoshima City Aquarium And Sakurajima Ferry Terminal Kagoshima

  https://youtu.be/5oTOt19W8Cg?si=ZcQezugH_AcExNDl >>> MORE VIDEO JUST CLICK AND WATCH HERE <<<