2021年3月20日土曜日

Kompaun Kesalahan Rentas Negeri Meningkat !



SEHINGGA KE HARI INI, KESALAHAN RENTAS NEGERI & DAERAH MENINGKAT TERLALU RAMAI YANG MASIH DEGIL ! - PUNCA KES POSITIF COVID - 19 TERUS MENINGKAT 

 

KUALA LUMPUR : Seramai 1,111 individu yang telah ditahan atas kesalahan ingkar berkaitan Prosedur Operasi Standard (SOP) pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan juga Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) pada Februari 2021 yang lalu.


Kesalahan rentas daerah dan juga kesalahan rentas negeri tanpa kebenaran pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta tidak menjaga penjarakkan sosial fizikal adalah kesalahan yang tertinggi direkodkan setakat ini.


Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkara seramai 1,040 individu yang telah ditahan dan dikenakan kompaun manakal 71 lagi individu yang telah pun direman.


" Kesalahan tertinggi adalah atas kesalahan melakukan rentas daerah dan juga negeri tanpa kebenaran dengan 306 jumlah kesalahan dan tidak menjaga penjarakkan fizikal dengan jumlah 300 kesalahan.


" Kesalahan lain yang dikesan sepanjang tempoh ini adalah premis yang gagal menyediakan peralatan merekod butiran diri pelanggan dengan 107 kes kesalahan, tidak memakai pelitup muka dengan 97 kes kesalahan, keluar rumah tanpa alasan yang munasabah dengan 68 kes kesalahan, membawa penumpang berlebihan 58 kes kesalahan, aktiviti di pusat hiburan 55 kes kesalahan, premis yang beroperasi melebihi masa yang ditetapkan tanpa kebenaran dengan jumlah kes 11 kesalahan dan lain - lain kesalahan iaitu sebanyak 109 kes," menerusi maklumat yang disampaikan oleh menteri.


Beliau turut memaklumkan bahawa operasi Task Force Operasi Pematuhan yang diketuai oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu, sebanyak 78,369 pemeriksaan dijalankan bagi memantau dan juga menguatkuasakan pematuhan SOP.



@ Jackie San



 

1 件のコメント:

  1. https://www.jacknjillscute.com/2021/03/kompaun-kesalahan-rentas-negeri.html

    返信削除

Featured post

Things To Do Oita Nakatsu Japan One Day Itinery

  https://youtu.be/QIoZPdN2E1c?si=Lx4VQB-YcEa8I9CO >>> MORE VIDEO JUST CLICK TO WATCH <<<