Thursday, 6 May 2021

Neelofa & PU Riz Sengaja Langgar Arahan SOP

 


" SEPANDAI PANDAI TUPAI, AKHIRNYA JATUH JUGA DI MATA NETIZEN " - ITU LAH RESAM HIDUP.  

 

NILAI, NEGERI SEMBILAN:

Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memanggil usahawan dan selebriti, Neelofa dan suaminya, PU Riz bagi memberi keterangan berhubung dakwaan mereka berada di premis karpet di Pusat Perniagaan di Nilai 3, Negeri Sembilan baru - baru ini.


Gambar selfie pasangan suami isteri tersebut yang disebarkan sendiri oleh mereka telah mendapat kutukan hebat oleh rakyat jelata ekoran kepantasan penyebaran oleh Media Sosial tersebut.


Ketua Polis Daerah Nilai, Negeri Sembilan Superintendan Mohd Fazley Ab Rahman berkata, Neelofa atau nama sebenarnya, Noor Neelofa Mohd Noor, 32 tahun dan PU Riz atau nama penuh, Haris Ismail, 26, akan dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) tidak lama lagi.


" Kami telah membuka kes siasatan berkaitan penularan gambar dan video yang membabitkan mereka berdua di laman sosial milik Neelofa dan juga yang telah disebarkan di Media Sosial dipercayai berada di sebuah premis menjual karpet di Pusat Perniagaan Nilai 3, Negeri Sembilan.


" Sehubungan itu, mereka akan dipanggil ke IPD dalam masa terdekat bagi memberi keterangan berkaitan perkara berkenaan.


" Siasatan akan dijalankan di bawah Seksyen 21A Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) dan Peraturan 19 Peraturan - Peraturan Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan (Kawalan Pergerakan Bersyarat No.4) 2021.


" Siasatan juga akan dibuat dan dilakukan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, " katanya dalam satu kenyataan baru - baru ini.


Terdahulu, video yang berdurasi 15 saat dipercayai dimuat naik oleh Neelofa sendiri di Intagram (IG) Story, memaparkan dirinya bersama suaminya berada di kedai yang menjual permaidani disyaki di Pusat Borong Nilai 3, Negeri Sembilan baru - baru ini.


Malah, beberapa pengguna laman sosial iaitu Twitter turut mendakwa dan melihat dengan mata mereka sendiri pasangan terbabit memang benar berada di Nilai 3, Negeri Sembilan, sekali gus menghangatkan lagi spekulasi mereka melakukan kesalahan merentas negeri.


Neelofa dan PU Riz sebelum ini telah dikenakan kompaun atas kesalahan sengaja melanggar Prosedur Operasi Standard (SOP) COVID-19 yang telah ditetapkan kerajaan dan dilihat sengaja mempersendakan undang-undang kerajaan.

 

>>>LAIN LAIN ARTIKEL DI SINI<<<

https://www.jacknjillscute.com/2021/04/pelajar-sekolah-punca-utama-kes-positif.html 

https://www.jacknjillscute.com/2021/04/positif-covid-19-kes-meningkat-netizen.html 

https://www.jacknjillscute.com/2021/03/kompaun-kesalahan-rentas-negeri.html 

https://www.jacknjillscute.com/2021/03/diskriminasi-sosial-terhadap-positif.html 

https://www.jacknjillscute.com/2021/02/akibat-kelalaian-seluruh-sarawak.html 

https://www.jacknjillscute.com/2021/01/sedih-apa-sudah-jadi-dengan-mangsa.html 

https://www.jacknjillscute.com/2021/01/syed-saddiq-minta-adakan-pilihan-raya.html 

https://www.jacknjillscute.com/2020/11/viral-pkpb-daerah-kuching-harus.html 



@ Jackie San


1 comment:

  1. https://www.jacknjillscute.com/2021/05/neelofa-pu-riz-sengaja-mempersendakan.html

    ReplyDelete