KERAJAAN GAGAL DAN UMUM PKP 3.0 DI PUTRAJAYA - COVID-19



PETALING JAYA: 

Heboh di Media Sosial dan menjadi tumpuan ramai dengan ahli politik dan juga netizen menzahirkan rasa ketidakpuashatian dengan tindakan kerajaan meletakkan enam (6) daerah di Negeri Selangor di bawah PKP 3.0 seperti yang diumumkan di Putrajaya.


Dalam tempoh yang sangat singkat, lebih 5,000 catatan telah dimuat naik dengan tanda pagar berkenaan (#KerajaanGagal), susulan pengumuman PKP itu yang merangkumi pelbagai sekatan pergerakan ke atas jutaan penduduk selain waktu perniagaan yang dipendekkan selama dua minggu (14 hari), mulai 06 Mei 2021 (Khamis).

 

Antara yang tidak puas hati pengguna @JazliAziz yang berkata ketiga-tiga PKP di Negeri Selangor setakat ini diumumkan dengan SOP berlainan pada setiap kali.

 

" Jika anda perlu bukti bahawa #KerajaanGagal tidak ada rancangan, lebih reaktif dan bukannya proaktif, inilah dia," katanya. 

 

Pengguna @sydzhir02, turut mengeluh kerana PKP 3.0 menyebabkan beliau terpaksa menyambut satu lagi hari Raya Aidilfitri di bawah PKP.

 

Sementara itu Ahli Parlimen Bangi, Ong Kian Ming, kesal kerana kerajaan tidak menyatakan industri dan sektor mana yang boleh meneruskan operasi semasa Perintah Kawalan Pergerakan berkuatkuasa Khamis nanti.

 

" Terpaksa menunggu sehingga ke tarikh 05 Mei 2021 (Rabu) untuk mendapatkan penjelasan dan SOP...bila meeka (Kerajaan) akan belajar (beri maklumat sepenuhnya)," ujar beliau.

 

Ahli Parlimen Ipoh Barat, M Kula Segaran, menyoal kenapa kerajaan Perikatan Nasional mempertaruhkan mata pencarian rakyat dengan satu lagi pusingan PKP.

 

" Bilakah anda akan beritahu rakyat Malaysia apa SOP sepenuhnya? Kenapa perlu tunggu hingga minit terakhir? Ini bukan PKP pertama, ia adalah yang ketiga," kata beliau.

 

Pengguna @SajateruS82, menzahirkan kekeluhan terutamanya Negeri kedua peningkatan kes tertinggi iaitu Negeri Sarawak bakal menerima PKP yang sama jika diteruskan peningkatan kes positif dalam dua atau tiga hari mendatang. Ianya boleh menyebabkan PKP 3.0 dilaksanakan di Bumi Kenyalang nanti kemungkinan semasa tibanya detik Hari Aidilfitri 2021 lihatlah," kata beliau.

 

Peningkatan kes positif di tiga (3) negeri terutamanya Negeri Selangor, Negeri Kelantan dan tidak ketinggalan Negeri Sarawak seakan - akan berlumba lumba mencapai tahap tertinggi kes positif setiap hari. Malah keyakinan Selangor untuk memonopoli Kes Positif COVID-19 berjaya menghasilkan PKP 3.0. Ianya adalah hasil titik peluh rakyat negeri itu sendiri yang bersama - sama berganding bahu bagi penyebaran wabak COVID-19 dengan jayanya.

 

Tahniah Diucapkan.

 


@ Jackie San

Comments

  1. https://www.jacknjillscute.com/2021/05/kerajaan-gagal-dan-umum-pkp-30-di.html

    ReplyDelete
  2. This is another testimony on how Chief Dr Lucky cured my HIV disease. Do you need a cure for your HIV disease? Do you want to be cured from your cancer disease? Or you want to be free from any type of disease. Kindly visit https://chiefdrluckyherbaltherapy.wordpress.com/ . He just cured my HIV disease and I’m very grateful to him, he is the only herbalist that can cure you.
    WhatsApp number : +2348132777335
    Via Email : chiefdrlucky@gmail.com
    Thank you all for reading,
    God bless"

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts