" Syed Saddiq - Minta Adakan Pilihan Raya Ketika COVID -19 Memalukan "



SHAH ALAM :

Tindakan sesetengah parti politik yang meminta supaya kerajaan mengadakan pilihan raya pada masa kini yang mana seluruh dunia mengalami masalah wabak pendemik COVID -19 adalah sesuatu yang amat mendukacitakan malah ianya bersifat memalukan.


Ianya dijelaskan oleh Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.


" Sebanyak 2, 593 kes baharu COVID -19 yang direkodkan dan ianya adalah rekod tertinggi setakat ini. Ia dijangka akan bertambah buruk. Amat memburukkan keadaan apabila segelintir parti politik yang amat gilakan pilihan raya pada masa sekarang. 


Selain itu, Ahli Parlimen Muar itu turut menyatakan pendirian bahawa, semua pihak pada masa ini seharusnya berganding bahu dan menumpukan usaha bagi menghadapi wabak pandemik COVID -19 dan seterusnya berganding bahu untuk memulihkan kembali ekonomi Malaysia.


Pada Rabu, negara telah merekodkan kes harian wabak pandemik COVID -19 dengan jumlah tertinggi setakat ini iaitu sebanyak 2, 593 kes dalam tempoh 24 jam lalu dan ianya menjadikan jumlah keseluruhan kes positif di negara ini sebanyak dan berjumlah 125, 438 kes.


Pada masa yang sama, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah turut memaklumkan bahawa 13 kluster baharu iaitu kluster harian tertinggi setakat ini dengan 10 daripadanya melibatkan tempat kerja di Kuala Lumpur, Selangor, Sabah dan juga negeri Johor.


Terdahulu, pada Ahad, UMNO telah mendesak agar Pilihan Raya Umum yang Ke -15 (PRU15) diadakan secepat yang mungkin bagi mengembalikan mandat kepada rakyat untuk memilih kerajaan baharu.


Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi turut memaklumkan, lebih 30 negara di dunia sudah mengadakan pilihan raya dalam keadaan mereka berdepan dengan penularan wabak pandemik COVID -19.


Ahmad Zahid turut berkata, prosedur operasi standard (SOP) baharu boleh diguna pakai bagi perlaksanaan PRU15 dalam tempoh pandemik COVID -19 ini.



@ Jackie San


Comments

  1. https://www.jacknjillscute.com/2021/01/syed-saddiq-minta-adakan-pilihan-raya.html

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts