Friday, 27 November 2020

VIRAL " PKPB Daerah Kuching Harus Ditamatkan 27 Nov - Rakyat Diseru Berganding Bahu Bersama Kerajaan "



PKPB Daerah Kuching Harus Ditamatkan Hari Ini


KUCHING : Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Daerah Kuching yang telah dilaksanakan semenjak 09 November 2020 yang lepas harus ditamatkan hari ini 27 November 2020 (Jumaat). Ianya seperti dimaklumkan oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) dan menyeru seluruh rakyat Daerah Kuching untuk berganding bahu menyekat penularan Wabak COVID -19 di Daerah Kuching.


Selain itu, menerusi makluman yang disampaikan oleh pihak Jawatankuasa pada Khamis, 26 November 2020 semalam, ianya adalah perkembangan positif kerana Daerah Kuching telahpun bertukar dari Zon Merah ke Zon Jingga kelmarin.


" Disebabkan hanya terdapat kes jangkitan positif rakyat tempatan sebanyak 30 kes pada Khamis 26 November 2020, maka, JPBNS telah memutuskan agar PKPB bagi Seluruh Daerah Kuching akan ditamatkan berkuatkuasa 27 November 2020 (Jumaat) pada waktu tengah malam nanti (11.59 malam)," katanya. Selain itu JK turut menyarankan agar semua rakyat di kawasan Daerah Kuching untuk bersama - sama berganding bahu bagi menyekat penularan wabak COVID -19 serta senantiasa menjaga kebersihan diri, mengamalkan penjarakkan sosial dan jika berada serta pergi ke tempat awam untuk senantiasa menggunakan penutup muka.


Sehubungan itu juga, jawatankuasa turut mengambil kesempatan untuk mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua agensi yang terlibat serta kepada seluruh penduduk di Daerah Kuching atas penurunan kes positif sehingga ke 27 November 2020 ( Jumaat ).


Selain itu, berkaitan aktiviti pemantauan sepanjang PKPB di Daerah Kuching, JPBNS turut melaporkan bahawa sebanyak 8,654 kenderaan keluar dan masuk telah diperiksa di daerah ini.


" Ini bermakna jumlah kumulatif kenderaan yang telah diperiksa adalah sebanyak 123,261 buah dan tiada laporan berkaitan kenderaan yang diarah untuk berpatah balik. Ia menunjukkan seluruh penduduk di Daerah Kuching faham, patuh serta taat atas saranan dan juga peraturan yang telah ditetapkan dalam tempoh PKPB ini. 


Tahniah diucapkan.


" Ia menunjukkan tiada peningkatan kes dan juga laporan berkaitan jumlah keseluruhan kenderaan yang diarah untuk berpatah balik sejak 09 November 2020 dan status ia masih kekal iaitu sebanyak 613 buah kenderaan," katanya.


Selain itu, PDRM turut melaporkan bahawa pihak mereka juga telah menangkap seorang wanita warganegara Indonesia dari Daerah Lawas kerana telah ingkar dan melanggar SOP berkaitan arahan berada di tempat awam berkaitan penggunaan pelitup muka - Wajib.


Bagi penduduk di Daerah Padawan, Daerah Miri dan juga Daerah Sarikei, masing masing telah menyumbang lima (5), tiga (3) serta satu (1) notis kompaun dikeluarkan atas sebab tidak patuh atas SOP yang ditetapkan dalam menyekat penularan pandemik Wabak COVID -19 yang melanda seluruh dunia sehingga kini.



@ Jackie San




1 comment:

  1. https://www.jacknjillscute.com/2020/11/viral-pkpb-daerah-kuching-harus.html

    ReplyDelete