Thursday, 22 July 2021

Majlis Makan Makan di Skudai Membawa Padah - COVID-19

JOHOR BAHRU 


Polis membuka kertas siasatan berhubung satu (1) kes video tular mendakwa sekumpulan invididu menikmati makanan secara berkumpulan di sebuah pondok tepian sungai di sebuah perkampunangan di Skudar baru - baru ini.

 

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupiah Ab Wahid memaklumkan video yang berdurasi dua (2) minit 17 saat yang tular di laman sosial Facebook itu dimuatnaik di akaun Atan Abdul.

 

Beliau berkata, siasatan awal mendapati video itu menunjukkan kira-kira 12 individu, termasuk lelaki dan juga wanita yang sedang menikmati makanan secara berkumpulan dan bergembira riuh rendah.

 

" Perbuatan itu jelas melanggar prosedur operasi standard (SOP) Fasa Satu Pelan Pemulihan Negara (PPN), iaitu larangan berkumpul, mengadakan atau menghadiri sebarang majlis secara berkumpulan.

 

" Dalam video yang tular itu juga didapati mereka tidak mematuhi SOP sama ada menggunakan penutup muka dan hidung serta tiada penjarakkan sosial.

 

 " Kes akan disiasat mengikuti Perkara 17(1) Peraturan - Peraturan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021 yang memperuntukkan hukuman denda RM 4,000 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998 yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM 50,000 atau pun dikenakan penjara setahun atau kedua-dua hukuman tersebut, jika mereka disabitkan kesalahan.

 

Rupiah turut menasihatkan orang ramai supaya senantiasa mematuhi peraturan yang telah ditetapkan oleh kerajaan bagi mengekang penularan wabak virus COVID-19.

 

Video yang sedang tular di media sosial itu menunjukkan sekumpulan individu yang bebas menjamu selera berkonsepkan potluck tanpa mempedulikan keselamatan diri masing-masing dan mengambarkan keseronokkan hingga dengan sengaja memuat naik dan mewar-warkan mereka sedang bergembira di media sosial.

 

Malah, penganjur juga memperkenalkan identiti tetamu yang berkumpul di sebuah pondoh di tepian sungai sempena sesi penerangan berkaitan SOP dan program imunisasi kepada penduduk kampung.

 

>>>BACA LEBIH ARTIKEL DI SINI<<<

https://www.jacknjillscute.com/2021/07/hanya-15-saat-varian-delta-boleh-merebak.html 

https://www.jacknjillscute.com/2021/06/kes-positif-covid-19-negeri-sembilan.html 

https://www.jacknjillscute.com/2021/06/tidak-solat-pun-confirm-saya-masuk.html 

https://www.jacknjillscute.com/2021/05/jangan-kaitkan-saya-dgn-selipar-neelofa.html 

https://www.jacknjillscute.com/2021/05/tidak-kisah-jika-disaman-rm-1-juta.html 

https://www.jacknjillscute.com/2021/05/seorang-guru-cubaan-merogol-gagal.html 

https://www.jacknjillscute.com/2021/05/sikap-pentingkan-diri-punca-kes-positif.html 

https://www.jacknjillscute.com/2021/05/ramai-netizen-mempersoalkan-siapa.html 

https://www.jacknjillscute.com/2021/05/neelofa-pu-riz-sengaja-mempersendakan.html 

 



 


@ Jackie San 

 

2 comments:

  1. https://www.jacknjillscute.com/2021/07/majlis-makan-makan-di-skudai-membawa.html

    ReplyDelete
  2. https://www.jacknjillscute.com/2021/07/majlis-makan-makan-di-skudai-membawa.html

    ReplyDelete

Featured post

Program Pemimpin Bersama Rakyat Di Rh Aling Thaddeus Pulau Brunei, Daer...

  https://youtu.be/cRX8JpTL0X0