KES POSITIF COVID-19 NEGERI SEMBILAN TERUS MENINGKAT

KUALA PILAH, NEGERI SEMBILAN, JUN 2021 : 


 

Kerajaan Negeri Sembilan bersedia membuka lebih banyak Pusat Kuarantin dan juga Rawatan bagi COVID-19 (PKRC) dan berkapasiti besar, jika peningkatan pesakit yang dijangkiti wabak COVID-19 meningkat di negeri tersebut.

 

Pengerusi Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 Negeri Sembilan Datuk Dr Razali Ab Malik berkata, pihaknya kini dalam peringkat mengkaji kesesuaian lokasi PKRC berkenaan, terutamanya di sekitar Kuala Pilah dan juga Bandar Seremban.

 

Bagaimanapun, dua (2) PKRC iaitu di Kuala Pilah dan juga Port Dickson, masih mampu menampung keperluan pesakit bergejala rendah wabak itu setakat ini, dengan jumlah kapasiti penggunaannya mencecah hampir 60 peratus.

 

" Kedua-dua PKRC yang berfungsi sebagai pusat rawatan dan juga kuarantin bagi pesakit positif kategori satu dan dua, iaitu tanpa bergejala atau gejala biasa, masih ada ruang kosong lagi untuk mereka ditempatkan pesakit dengan kepelbagaian kemudahan sedia ada, selain jumlah katil akan ditambahkan jika diperlukan.

 

" Namun berdasarkan trend kes sekarang, cadangan untuk membuka satu lagi PKRC akan dilaksanakan segera sekiranya kedua - dua PKRC sedia ada telah pun penuh."

 

Beliau yang juga Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan berkata sehingga 31 Mei 2021, penggunaan katil di kedua-dua PKRC di Port Dickson dan juga Kuala Pilah adalah sebanyak 835 berbanding jumlah keseluruhan berjumlah 1,558 katil.

 

Selain itu, beliau turut memaklumkan bahawa setiap PKRC adalah diperlukan untuk memenuhi beberapa kriteria utama, antaranya mempunyai ruang yang luas untuk menempatkan kapasiti katil yang banyak, serta kawasan persekitaran yang bersesuaian selain selesa, untuk pesakit serta petugas.

 

Dalam pada itu juga, Razali turut memaklumkan, bagi memastikan kelancaran operasi PKRC ini, seramai 230 kakitangan telah ditugaskan di kedua-dua PKRC, termasuk daripada Kementerian Kesihatan, Polis Diraja Malaysia termasuk Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, yang bekerja mengikut dua syif sehari.

 

Dalam perkembangan lain pula, seramai hampir 500,000 rakyat di negeri ini telah mendaftar bagi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, manakala sejumlah lebih kurang 80,000 individu (8.95 peratus) telah mendapat suntikan vaksin COVID-19 setakat 31 Mei 2021 yang lepas.

 

" Pelbagai inisiatif kita lakukan untuk menggalakkan orang ramai untuk mendaftar vaksin sama ada melalui Aplikasi MySejahtera, melalui Penghulu/Ketua Kampung, Badan Kerajaan Negeri/Persekutuan mahupuh Badan Berkuasa Tempatan dan sebagainya di samping senantiasa menghebahkan perkara ini melalui media sosial dalam segala bentuk hebahan yang terbaik," jelasnya.

 

 >>>FAKTA COVID-19 KLIK DI SINI<<<

https://www.jacknjillscute.com/2021/04/sambutan-pesta-keramaian-aktiviti.html

https://www.jacknjillscute.com/2021/05/neelofa-pu-riz-sengaja-mempersendakan.html 

https://www.jacknjillscute.com/2021/05/kerajaan-gagal-dan-umum-pkp-30-di.html

https://www.jacknjillscute.com/2021/05/sikap-pentingkan-diri-punca-kes-positif.html 

https://www.jacknjillscute.com/2021/05/kluster-sungai-tengah-bau-membimbangkan.html

https://www.jacknjillscute.com/2021/05/tun-m-langgar-sop-covid-19.html 

https://www.jacknjillscute.com/2021/05/pkp-penuh-kelantan-esok-21-mei-2021.html

https://www.jacknjillscute.com/2021/05/tidak-kisah-jika-disaman-rm-1-juta.html 


@ Jackie San



Comments

  1. https://www.jacknjillscute.com/2021/06/kes-positif-covid-19-negeri-sembilan.html

    ReplyDelete
  2. This is another testimony on how Chief Dr Lucky cured my HIV disease. Do you need a cure for your HIV disease? Do you want to be cured from your cancer disease? Or you want to be free from any type of disease. Kindly visit https://chiefdrluckyherbaltherapy.wordpress.com/ . He just cured my HIV disease and I’m very grateful to him, he is the only herbalist that can cure you.
    WhatsApp number : +2348132777335
    Via Email : chiefdrlucky@gmail.com
    Thank you all for reading,
    God bless"

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts