Thursday, 20 May 2021

PKP PENUH KELANTAN ESOK 21 MEI 2021



KOTA BHARU, KELANTAN :

Keputusan sama ada Kerajaan Persekutuan akan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) secara menyeluruh dijangka akan dibincangkan esok, 21 Mei 2021 (Jumaat).

 

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan, memaklumkan bahawa ianya akan dibincangkan dan juga akan diputuskan dalam sidang Majlis Keselamatan Negara (MKN) COVID-19 di Putrajaya.


Beliau turut menyatakan mesyuarat yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Bin Yassin pada jam 3 petang itu akan turut dihadiri oleh semua Menteri Besar dan juga Ketua Menteri.


Beliau turut menambah, PKP penuh antaranya bertujuan dan perlu difikirkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).


" Akan diputuskan besok, " katanya pada sidang media ketia hadir sama ke mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan Khas Negeri Kelantan (JKKNK) yang dipengerusikan oleh Menteri Besar Ahmad Yakob di Kompleks Kota Darulnaim Kota Bharu, pada hari ini (20 Mei 2021).


Yang turut hadir pada mesyuarat ini adalah Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat dan Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan Datuk Dr Zaini Hussin.


Takiyuddin turut memaklumkan bahawa, Kerajaan Pusat melihat penularan COVID-19 adalah satu perkara yang amat seirus dan juga berdasarkan statistik kelmarin (19 Mei 2021) jumlah kumulatif kes positif sudah menghampiri setengah juta orang.


" Manakala jumlah kematian keseluruhan pula telah melebihi 2,000 orang dan kita merasakan ia satu perkara yang amat serius dan membimbangkan dan kita sedar kerjasama kuat daripada Kementerian Kesihatan dan juga Polis Diraja Malaysia (PDRM).


" Selama ini juga kita telah mengambil langkah dengan mengadakan PKP, Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dan juga Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) sama ada secara keseluruhan ataupun bersasar bergantung kepada keadaan untuk mengekang penularan COVID-19, " katanya.


Selain itu, beliau yang juga Ahli Parlimen Kota Bharu, Kelantan memaklumkan, kerajaan kini memberi penekanan yang serius sepenuhnya terhadap usaha bagi menangani COVID-19.


" Perkara - perkara yang kurang penting kita tangguhkan dahulu dan fokus utama kita pada masa ini adalah kepada wabak pandemik COVID-19 yang melanda seluruh negara."

 

>>>BACA LANJUT BERITA DI SINI<<< 

https://www.jacknjillscute.com/2021/05/tun-m-langgar-sop-covid-19.html 

https://www.jacknjillscute.com/2021/05/kluster-sungai-tengah-bau-membimbangkan.html 

https://www.jacknjillscute.com/2020/11/viral-kes-positif-covid-19-di-kota.html 

https://www.jacknjillscute.com/2020/11/viral-pengerusi-uda-punca-gelombang.html 

https://www.jacknjillscute.com/2020/11/viral-pkpb-daerah-kuching-harus.html 

https://www.jacknjillscute.com/2020/12/viral-vaksin-memudaratkan-manusia-covid.html 

https://www.jacknjillscute.com/2021/01/syed-saddiq-minta-adakan-pilihan-raya.html 

https://www.jacknjillscute.com/2021/01/indonesia-minta-simpati-dunia-percuma.html 



@ Jackie San

2 comments:

  1. https://www.jacknjillscute.com/2021/05/pkp-penuh-kelantan-esok-21-mei-2021.html

    ReplyDelete
  2. This is another testimony on how Chief Dr Lucky cured my HIV disease. Do you need a cure for your HIV disease? Do you want to be cured from your cancer disease? Or you want to be free from any type of disease. Kindly visit https://chiefdrluckyherbaltherapy.wordpress.com/ . He just cured my HIV disease and I’m very grateful to him, he is the only herbalist that can cure you.
    WhatsApp number : +2348132777335
    Via Email : chiefdrlucky@gmail.com
    Thank you all for reading,
    God bless"

    ReplyDelete

Featured post

Program Pemimpin Bersama Rakyat Di Rh Aling Thaddeus Pulau Brunei, Daer...

  https://youtu.be/cRX8JpTL0X0