2021年5月21日金曜日

KONSTABEL IPD SIBU DENGAN SENGAJA MEMBUNUH RAKAN




SIBU, 19 MEI 2021 (RABU):

Muhamad Nur Alif Mazlan, 28 tahun, dituduh dengan sengaja membunuh Konstabel Norhalim Tumiran, 24 tahun, di sebuah rumah sewa di Lorong Permai Timur 9 antara jam 5.45 petang hingga 6.30 petang pada hari berkenaan sebelum waktu berbuka puasa bagi Zon Bandar Sibu, Sarawak.


Mahkamah turut mendengar tiada pengakuan yang diambil daripada si tertuduh ketika pertuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibacakan di hadapan Majistret Siti Hazwani Hanim Binti Ramli.


Siti Hazwani kemudian menetapkan 06 Julai 2021 sebagai tarikh untuk sebutan semula kes tersebut.


Dua (2) lagi konstabel yang berusia 21 dan 23 tahun turut dipanggil dan telah dibebaskan dan akan dipanggil semula sebagai saksi bagi kes berkenaan.


Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Zulfadhli Tuah dan juga Rex Heng Yi Min, manakalan tertuduh tidak diwakili oleh Peguamnya.


Dalam kejadian yang berlaku pada 06 Mei 2021 yang lalu, Norhalim telah ditemui tersandar di sofa rumah sewa rakannya dengan kesan kecederaan akibat tembakan di kepala.


Mangsa yang tinggal di rumah transit di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sibu pergi ke rumah sewa rakannya di Lorong Permai Timur 9, untuk bermain permainan video sementara menunggu waktu berbuka puasa Bulan Ramadhan 2021.


Selain itu, Norhalim baru sahaja genap sebulan bertugas di Unit Rondaan Bermotosikal (URB) Sibu selepas menamatkan latihan asas Konstabel Polis.


Jenazah Norhalim telah disempurnakan pengkebumian di Kampung halamannya di Felda Bukit Damar di Lanchang, Temerloh, Pahang pada 09 Mei 2021 yang lalu


Allahyarham meninggalkan balu, Nor Fitrah Binti Ramli, 25 tahun dan anak perempuan mereka, Nur Asyfa Alisha yang baru berusia 14 bulan.


Innalillahirojiun.


Salam Takziah kepada seluruh keluarga mangsa.

 

>>>BACA LEBIH LANJUT ARTIKEL DI SINI<<< 

 https://www.jacknjillscute.com/2020/12/viral-polis-rakam-adegan-seks-cabul.html

https://www.jacknjillscute.com/2021/01/polis-sahkan-tiada-rakaman-cctv.html 

https://www.jacknjillscute.com/2021/01/viral-polis-disabitkan-kesalahan.html 

https://www.jacknjillscute.com/2020/12/viral-polis-rakam-adegan-seks-cabul.html 

https://www.jacknjillscute.com/2020/11/viral-warga-tempatan-suspek-utama-kes.html 

https://www.jacknjillscute.com/2020/11/viral-terkini-sah-pegawai-tertinggi.html 



@ Jackie San


1 件のコメント:

  1. https://www.jacknjillscute.com/2021/05/konstabel-ipd-sibu-dengan-sengaja.html

    返信削除

Featured post

KANAMARA MATSURI (PENIS FESTIVAL) JAPAN

  KANAMARA MATSURI (PENIS FESTIVAL) JAPAN @Jackie San Apr 6 / 11:00 AM   〜   4:45 PM Kanamara Matsuri (otherwise known as the “Penis Festiva...