2021年1月18日月曜日

VIRAL " Polis Disabitkan Kesalahan Membiarkan Remaja Bawah Umur Dirogol Dalam Lokap - MIRI "



KUCHING :

Polis Sarawak telah menggantungkan tugas terhadap dua (2) anggotanya selepas seorang gadis bawah umur mendakwa dirogol seorang tahanan lain ketika beliau ditahan di dalam sebuah lokap tahanan di Balai Polis Pusat Miri iaitu pada 09 Januari 2021 (Sabtu).


Gadis tersebut dipercayai ditahan pada 09 Januari 2021 (Sabtu) akibat daripada aktiviti judi secara online di Miri, pihak polis Miri telah menjalankan aktiviti serbuan dan beliau telah ditahan di dalam lokap bertempat di lokap tahanan Balai Polis Pusat Miri.


Ketika gadis tersebut ditangkap di tempat kerjanya, sehari sebelum kejadian, mangsa telah ditahan di dalam tahanan secara berasingan bagi tujuan membantu siasatan pihak polis Miri.


Bagaimanapun, sekitar jam 0400 pagi, lokap mangsa telah dibuka oleh suspek yang memiliki kunci lokap, dan akibat daripada kejadian itu, suspek telah merogol mangsa dalam bangunan Balai Polis Miri.


Kejadian tersebut telah dilaporkan kepada pihak polis dan suspek kemudian ditahan lanjut serta didakwa atas perbuatan kejinya.


Pada 12 Januari 2021 (Selasa), suspek telah didakwa di Mahkamah Seksyen Miri dan suspek mengaku bersalah.


Senator Alan Ling bersama mangsa serta bapanya telah membuat sekali lagi laporan polis bagi tujuan tindakan selanjutnya.


Laporan berkenaan adalah membabitkan kecuaian yang dilihat begitu kejam oleh Pegawai Kerajaan terutamanya yang melibatkan ketenteraman awam yang dilakukan di bangunan Balai Polis kerana ianya boleh disabitkan Pihak Polis Membenarkan Kejadian Ini Berlaku Di Dalam Premis Mereka.


Oleh yang demikian, tindakan Mahkamah akan dijalankan ke atas Kecuaian Pihak Polis.


Lanjutan daripada itu, Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Aidil Ismail memaklumkan, kedua-dua anggota polis yang bertugas pada hari kejadian telah digantung tugas akibat kecuaian mereka dan tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ketika menjalankan tugas.


Kes ini masih dalam siasatan.



@ Jackie San



1 件のコメント:

  1. https://www.jacknjillscute.com/2021/01/viral-polis-disabitkan-kesalahan.html

    返信削除

Featured post

Things To Do Oita Nakatsu Japan One Day Itinery

  https://youtu.be/QIoZPdN2E1c?si=Lx4VQB-YcEa8I9CO >>> MORE VIDEO JUST CLICK TO WATCH <<<