2021年7月16日金曜日

HANYA 15 SAAT VARIAN DELTA BOLEH MEREBAK

KUALA LUMPUR, MALAYSIA

Varian Baharu iaitu Detla boleh merebak dengan cepat dalam tempoh 15 saat sahaja dan ianya akan menyebabkan kes COVID-19 semakin hari semakin meningkat di negara kita.

 

Seperti yang dimaklumkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Bin Abdullah, peningkatan kes mula dikesan pada 26 Jun 2021 di negara ini.

 

Selain itu juga, beliau turut memaklumkan bahawa varian Delta merebak sangat cepat dengan nilai kebolehjangkitan (Rt) di antara 5 hingga 8, berbanding varian lain iaitu nilai (Rt) hanya sekitar 2.5 hingga 3.

 

" Sebelum ini, penilaian yang dilakukan terhadap kontak rapat kes positif turut mendapati bahawa mereka akan terdedah dalam tempoh 15 minit atau pada jarak kurang satu (1) meter.

 

" Tetapi varian baharu ini (Delta), jangkitan boleh berlaku dalam tempoh hanya 15 saat sahaja dan jangkitan mengikut pengudaraan sekitar. Jangkitan terlalu cepat berlaku di tempat yang sempit dan ruang pengudaraan yang tidak baik," katanya dalam satu sidang media khas di Putrajaya.

 

Turut hadir adalah Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba; Ketua Setiausaha Kesihatan, Datuk Mohd Shafiq Abdullah; Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), Datuk Dr Chong Chee Kheong dan Pengarah Kesihatan Negeri Selangor, Datuk Dr Sha'ari Ngadiman.

 

Beliau turut mengulas, Varian Delta juga telah dikesan merebak di Labuan hasil penjujukan genom yang dilakukan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebelum ini.

 

Selain itu, beliau turut memaklumkan bahawa peningkatan kes yang mendadak sehingga 1,340 kes dalam tempoh seminggu dan disebabkan varian Delta yang telah menular dalam kalangan pekerja industri perkapalan.

 

" Kita laksanakan tindakan kesihatan awam dan memulakan pemberian vaksinasi dalam masa dua (2) minggu.

 

" Kita lihat dapat mengawal kes dan hari ini membuktikan hanya 26 kes dilaporkan di Labuan. Ini menunjukkan walaupun varian Delta ini menular, tapi apa yang lebih penting adalah kita perlu meningkatkan Program Vaksinasi, ' ulasnya.

 

Selain itu, beliau turut memaklumkan bahawa bukti kawalan kesihatan awam dan juga program vaksinasi telah berjaya membendung penularan wabak kes jangkitan dalam komuniti.

 

 >>>BACA LANJUT DI SINI<<<

https://www.jacknjillscute.com/2021/07/viral-bandaraya-kuching-sarawak-sunyi.html

https://www.jacknjillscute.com/2021/06/viral-keindahan-bandaraya-kuching.html 

https://www.jacknjillscute.com/2021/06/viral-statistik-kes-kematian-akibat.html

https://www.jacknjillscute.com/2021/06/kenapa-6-jun-2021-dun-sarawak-tidak.html 

https://www.jacknjillscute.com/2021/06/kes-positif-covid-19-negeri-sembilan.html

https://www.jacknjillscute.com/2021/06/tidak-solat-pun-confirm-saya-masuk.html 

https://www.jacknjillscute.com/2021/05/jangan-kaitkan-saya-dgn-selipar-neelofa.html


@ Jackie San 



1 件のコメント:

  1. https://www.jacknjillscute.com/2021/07/hanya-15-saat-varian-delta-boleh-merebak.html

    返信削除

Featured post

WHY JAPAN COUNTRY HAS MANY FESTIVALS ?

WHY JAPAN COUNTRY HAS MANY FESTIVALS ? @Jackie San EXPERIENCE JAPANESE FESTIVALS WITH HISTORY In the past,  the celebrations served as eithe...