Friday, 25 June 2021

KENAPA 6 JUN 2021, DUN SARAWAK TIDAK DIBUBAR ?

KUALA LUMPUR

 


Tanggapan bahawa Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak akan terbubar automatik pada 06 Jun 2021 yang lepas adalah tidak tepat langsung.

 

Memetik laparan dari Sinar Harian yang lepas, Ahli Majlis Tertinggi Gabungan Parti Sarawak (GPS), Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar menjelaskan ini kerana kerajaan Negeri Sarawak adalah tertakluk kepada Ordinan Darurat yang akan sedang dilaksanakan sehingga 01 Ogos 2021 kelak. 

 

" Orang yang membuat tanggapan bahawa DUN Sarawak secara automatik akan terbubar pada 06 Jun 2021 yang lepas ini sebenarnya tidak akan berlaku sama sekali."

 

" Pengisytiharan darurat telah menyebabkan penggantungan Perlembagaan Malaysia dan juga semua negeri termasuk sekali Negeri Sarawak.

 

" Jika darurat tidak dibubarkan, maknanya perlembagaan dalam penggal ini masih turut tergantung," katanya.

 

Wan Junaidi berkata demikian pada sidang akhbar Majlis Pelancaran Platform Warongku peringkat kebangsaan di SME Corp Malaysia di Platinum Sentral di sini, pada Ahad yang lalu.

 

Jelasnya lagi, Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak akan dilaksanakan sekiranya mendapat persetujuan daripada Yang di-Pertuan Agong, Yang di-Pertua Negeri dan juga Ketua Menteri Sarawak.

 

" Negeri tidak boleh mengadakan pilihan raya melainkna Yang di-Pertuan Agong berbincang dengan Yang di-Pertua Negeri dan Ketua Menteri Sarawak.

 

" Apabila mereka bersetuju untuk mengisytiharkan hari pilihan raya di Sarawak, baru pilihan raya boleh diadakan," ujarnya.

 

Beliau yang juga Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi berkata, pilihan raya di Sarawak masih tidak sesuai untuk diadakan pada masa ini disebabkan kes harian COVID-19 di negeri Sarawak masih tinggi dan masih tidak stabil sehingga ke hari ini.

 


@ Jackie San



2 comments:

  1. https://www.jacknjillscute.com/2021/06/kenapa-6-jun-2021-dun-sarawak-tidak.html

    ReplyDelete
  2. This is another testimony on how Chief Dr Lucky cured my HIV disease. Do you need a cure for your HIV disease? Do you want to be cured from your cancer disease? Or you want to be free from any type of disease. Kindly visit https://chiefdrluckyherbaltherapy.wordpress.com/ . He just cured my HIV disease and I’m very grateful to him, he is the only herbalist that can cure you.
    WhatsApp number : +2348132777335
    Via Email : chiefdrlucky@gmail.com
    Thank you all for reading,
    God bless"

    ReplyDelete

Featured post

Program Pemimpin Bersama Rakyat Di Rh Aling Thaddeus Pulau Brunei, Daer...

  https://youtu.be/cRX8JpTL0X0