2021年8月25日水曜日

Kluster Kampung Matang Lot, Kuching Sarawak - COVID-19



KUCHING: Tiga (3) Kluster jangkitan COVID-19 telah diisytiharkan di Sarawak kelmarin dengan kesemuanya melibatkan kluster di kalangan komuniti.

 

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) turut memaklumkan bahawa, kluster komuniti itu adalah Kluster Kampung Matang Lot, Kuching; Kluster Kampung Lintang Baru, Serian dan Kluster Sungai Penyarai 2. 

 

Beliau turut mengulas mengenai Kluster Kampung Matang Lot, Kuching. Kluster ini berpunca dan melibatkan penduduk komuniti Kampung Matang Lot, Kuching.

 

" Seramai 100 orang telah melakukan saringan dengan 22 orang didapati positif wabak COVID-19 termasuk kes indeks manakala 52 individu didapati negatif dan seramai 27 individu yang masih menunggu keputusan makmal ujian saringan mereka.

 

" Manakala satu (1) kes baharu  dilaporkan pada 23 Ogos 2021 (Isnin) dengan kesemua yang terlibat dalam kluster ini telah mendapatkan rawatan serta diasingkan di Hospital Umum Sarawak dan PKRC di Daerah Kuching," katanya dalam satu kenyataan semalam.

 

Bagi Kluster Kampung Lintang Baru, Jawatankuasa turut memaklumkan, ia dikesan dan melibatkan penduduk di  Kampung Lintang Baru, Serian.

 

Menurutnya lagi, seramai 92 orang yang telah disaring dengan 62 orang didapati positif termasuk kes indeks dan terdapat 30 orang individu didapati negatif COVID-19.

 

 

" Manakala tiga (3) kes baharu turut dilaporkan pada 23 Ogos 2021 (Isnin) dengan kesemua yang terlibat dalam kluster ini telah mendapat rawatan serta diasingkan di Hospital Serian dan PKRC di Daerah Serian, " ujarnya.

 

Kluster Sungai Penyarai 2 pula adalah melibatkan penduduk sebuah rumah panjang yang mempunyai sejarah menghadiri upacara pengebumian di sebuah rumah panjang yang telah diletakkan di bawah Perintah Kawalan Pergerkan Diperketatkan (PKPD) di Kawasan Sungai Penyarai Kakus, Tatau, Bintulu.

 

"Seramai 101 orang telah melakukan saringan dengan 57 orang didapati positif termasuk kes indeks dan 44 individu masih menunggu keputusan makmal berkaitan ujian saringan mereka.

 

" Manakala 53 kes baharu dilaporkan pada 23 Ogos 2021 (Isnin) dengan kesemua mereka diletakkan di Hospital Bintulu dan PKRC di Daerah Bintulu, " katanya.

 

Dengan pertambahan kluster itu, JPBN turut memaklumkan bahawa, sebanyak 119 kluster yang masih aktif di  Negeri Sarawak dengan 19 daripadanya merekodkan penambahan sebanyak 221 kes baharu kelmarin.

 

>>>BACA BANYAK ARTIKEL DI SINI<<< 

 https://www.jacknjillscute.com/2021/08/indonesia-kes-pesakit-covid-19.html

https://www.jacknjillscute.com/2021/08/negara-brunei-tetapkan-pematuhan-sop.html 

https://www.jacknjillscute.com/2021/07/majlis-makan-makan-di-skudai-membawa.html 

https://www.jacknjillscute.com/2021/07/hanya-15-saat-varian-delta-boleh-merebak.html 

https://www.jacknjillscute.com/2021/06/kes-positif-covid-19-negeri-sembilan.html 

https://www.jacknjillscute.com/2021/05/pkp-penuh-kelantan-esok-21-mei-2021.html 

https://www.jacknjillscute.com/2021/05/tidak-kisah-jika-disaman-rm-1-juta.html 

 


@ Jackie San

1 件のコメント:

  1. https://www.jacknjillscute.com/2021/08/kluster-kampung-matang-lot-kuching.html

    返信削除

Featured post

KAGOSHIMA TSURUMARU CASTLE RUINS (GOROMON GATE)鹿児島(鶴丸)城跡・御楼門)

   https://youtu.be/wk8QifEz4ek?si=nApzoSeFQoPIbh3T >>> MORE VIDEO JUST CLICK AND WATCH HERE <<<