Tuesday, 28 September 2021

CECAIR MERAH KELUAR DI TANAH PERKUBURAN ISLAM FOREST HEIGHTS

SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN 25 SEPT 2021 (SABTU)


 

Tanah Perkuburan Islam Forest Height, Senawang Negeri Sembilan di sini ditutup dengan serta - merta dan semua aktiviti pengebumian jenazah akan dipindahkan serta merta ke Tanah Perkuburan Islam Bandar Ainsdale Seremban, Negeri Sembilan.

 

Ianya seperti dimaklumkan oleh Majlis Bandaraya Seremban (MBS), penutupan itu dilakukan berikutan tapak perkuburan sedia ada sudah penuh dan mungkin akan mengambil masa sehinggalah projek tapak baharu yang terletak bersebelahan siap sepenuhnya kelak.

 

" Kita telah mempunyai kawasan perkuburan yang baharu dan juga masih kosong namun sehingga kini masih belum dapat beroperasi. Apabila ianya siap nanti maka, ia akan dibuka bagi urusan pengebumian," katanya ketika dihubungi oleh Sinar Harian pada 25 September 2021 (Sabtu).

 

Selain itu, beliau turut memaklumkan bahawa semua urusan pengebumian jenazah dilakukan di Tanah Perkuburan Islam Bandar Ainsdale Seremban bermula pada Jumaat 24 September 2021.

 

Sementara itu, beliau turut ditanya berkenaan isu yang tular di media sosial baru - baru ini berikutan terkeluarnya cecair merah di kawasan tanah perkuburan di situ. Beliau turut memaklumkan ianya masih dalam siasatan Jabatan Mineral dan Geosains Negeri Sembilan / Melaka.

 

" Setakat ini cecair berkenaan bukanlah seperti yang di viralkan di media sosial iaitu darah," jelasnya.

 

Untuk makluman, Tanah Perkuburan Islam Forest Heights adalah antara lokasi utama di daerah ini bagi urusan pengebumian jenazah yang disediakan oleh MBS diurus secara sistematik dan juga profesional.

 

Baru-baru ini telah berlakunya tular di media sosial seperti Facebook, Twitter dan juga Instagram apabila ramai pelayarnya tertanya-tanya berkenaan situasi sebenar di Tanah Perkuburan Islam Forest Heights susulan terkeluarnya cecair yang dipercayai darah dan netizen rata-rata mahu kepastian oleh kerajaan berkenaan perkara tersebut.

 

>>>BACA LANJUT DI SINI<<< 

https://www.jacknjillscute.com/2021/08/icu-hospital-kedah-tenat-covid-19.html 

https://www.jacknjillscute.com/2021/07/sajat-diisytihar-bankrap.html 

https://www.jacknjillscute.com/2021/07/majlis-makan-makan-di-skudai-membawa.html 

https://www.jacknjillscute.com/2021/06/viral-statistik-kes-kematian-akibat.html 

https://www.jacknjillscute.com/2021/06/kenapa-6-jun-2021-dun-sarawak-tidak.html 

https://www.jacknjillscute.com/2021/06/muhyiddin-yassin-derhaka-kepada.html 

https://www.jacknjillscute.com/2021/06/ibu-sanggup-lemaskan-5-anak-dalam-tab.html 

https://www.jacknjillscute.com/2021/06/pakaian-seksi-itu-mudah-elizabeth-tan.html 


@ Jackie San

 

 

 

 

1 comment:

  1. https://www.jacknjillscute.com/2021/09/cecair-merah-keluar-di-tanah-perkuburan.html

    ReplyDelete

Featured post

The Thriller Film Sinks Teeth Into Hungary's Opposition !

 THRILLER FILM SINKS TEETH INTO HUNGARY'S OPPOSITION     " We screwed up," reads the giant billboard on the highway into Budap...