2021年6月22日火曜日

IBU SANGGUP LEMASKAN 5 ANAK DALAM TAB MANDI

BERLIN 


Seorang wanita berusia 28 tahun di Jerman telah dituduh membunuh dengan sengaja  lima (5) orang daripada enam (6) anaknya di bilik mandi, tahun 2020.

 

Tertuduh iaitu Christiane K berdepan hukuman penjara seumur hidup, jika didapati bersalah atas kesalahan pembunuhan kejam tersebut.

 

AFP turut melaporkan bahawa mayat tiga (3) orang anak perempuannya yang berusia satu, dua dan tiga tahun, bersama - sama dua (2) anak lelaki yang berusia enam (6) dan lapan (8) tahun ditemui di pangsapuri keluarga itu di bandar Solingen pada September 03, 2020 yang lalu.

 

Mereka semua ditemui terbaring di atas katil, masing-masing dalam keadaan berbalut dengan tuala.

 

Pendakwa percaya ibu mereka mencampurkan ubat ke dalam minuman untuk sarapan anak-anaknya bagi membuat mereka mengantuk, sebelum niat untuk melemaskan kesemua anak-anaknya seramai 5 orang tersebut di dalam tab mandi rumah mereka.

 

Dia kemudian cuba untuk membunuh diri dengan terjun di stesen kereta api Duesseldorf, tetapi telah diselamatkan dan tidak mengalami sebarang  kecederaan.

 

Manakala anak keenam-enamnya, seorang budah lelaki berusia 11 tahun, terselamat kerana berada di sekolah.

 

Christiane K mendakwa dia tidak bersalah dan mengatakan seorang lelaki bertopeng memasuki flat itu dan telah membunuh kesemua anak-anaknya (5 orang).

 

Menurut pendakwa raya, penyiasat tidak menemui bukti untuk menyokong dakwaan wanita kejam tersebut.

 

Motif pembunuhan itu juga masih belum jelas tetapi pendakwa raya Heribert Kaune-Gebhardt berkata, sebelum kejadian, wanita itu pernah bertengkar dengan suaminya yang sudah tidak tinggal bersamanya.

 

Pertengkaran itu mengenai kekasih baharu kepada lelaki itu.

 

Dalam pada itu juga, Pendakwa Raya menuduh Christiane K melakukan pembunuhan berniat jahat, dan mengatakan bahawa dia mengambil kesempatan atas kelemahan anak-anaknya.

 

Keluarga itu berada dalam pengawasan perkhidmatan sosial tetapi tidak ada petunjuk bahawa anak-anak itu dalam keadaan bahaya.

 

 >>>BACA LEBIH BANYAK ARTIKEL SINI<<<

https://www.jacknjillscute.com/2021/06/pakaian-seksi-itu-mudah-elizabeth-tan.html 

https://www.jacknjillscute.com/2021/06/suara-hati-istri-14-year-old-girl.html 

https://www.jacknjillscute.com/2021/06/cara-mudah-menurunkan-berat-badan.html 

https://www.jacknjillscute.com/2021/06/kes-positif-covid-19-negeri-sembilan.html 

https://www.jacknjillscute.com/2021/06/tidak-solat-pun-confirm-saya-masuk.html 


@ Jackie San 

1 件のコメント:

  1. https://www.jacknjillscute.com/2021/06/ibu-sanggup-lemaskan-5-anak-dalam-tab.html

    返信削除

Featured post

KANAMARA MATSURI (PENIS FESTIVAL) JAPAN

  KANAMARA MATSURI (PENIS FESTIVAL) JAPAN @Jackie San Apr 6 / 11:00 AM   〜   4:45 PM Kanamara Matsuri (otherwise known as the “Penis Festiva...