Monday, 13 December 2021

IPD Kuala Kangsar Tahan 4 Pelajar Terlibat Kes Buli

4 PELAJAR TERLIBAT MEMBULI DITAHAN DI IPD KUALA KANGSAR, PERAK

 


PETALING JAYA, SELANGOR : Empat (4) pelajar yang juga suspek utama kes buli rakan setingkatan di sebuah sekolah berasrama penuh di Kuala Kangsar, Perak ditahan polis, kata Ketua Polis Perak Mior Faridalathrash Wahid.

 

Beliau turut memaklumkan bahawa keempat - empat pelajar yang berusia 13 tahun itu ditahan ketika hadir di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Kangsar, antara pukul 6 hingga 7 petang.

 

" Empat pelajar telah ditahan petang tadi untuk siasatan lanjut," katanya menurut laporan yang diterbitkan KOSMO.

 

Terdahulu Mior Farid turut memaklumkan bahawa kertas siasatan kes berkenaan turut dibuka mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana penggunaan tidak wajar kemudahan rangakaian atau perkhidmatan rangkaian.

 

Beliau turut memaklumkan, kesemua lapan (8) pelajar terbabit, termasuk seorang mangsa telah dikenalpasti dan mereka turut dipanggil bagi memberi keterangan untuk tujuan membantu siasatan.

 

Katanya lagi, turut dipanggil untuk dirakamkan percakapan adalah pemilik akaun media sosial yang menularkan video kejadian sebagai tatapan penonton di luar dan menyebabkan viralnya video tersebut.

 

" Siasatan awal yang dilakukan mendapati kejadian itu berlaku semalam antara pukul 1 hingga 2 pagi melibatkan tujuh (7) suspek remaja dan seorang mangsa.

 

" Satu laporan polis telah dibuat oleh pengetua sekolah berkenaan hari ini ekoran penularan video pergaduhan yang mendapat perhatian ramai serta menganggu gugat ketenteraman sekolah asrama penuh tersebut dan telah menyebabkan pengurusan sekolah kecoh," katanya.

 

Terdahulu, dalam video yang berdurasi 10 saat itu, tular di media sosial dan memaparkan seorang pelajar menumbuk seorang pelajar lain dalam asrama. Ia dikatakan berlaku di sekolah berasrama penuh di Kuala Kangsar Perak.

 

>>>BACA LANJUT BERITA DI SINI<<< 

https://www.jacknjillscute.com/2021/11/di-mana-keadilannya-untuk-allahyarham.html 

https://www.jacknjillscute.com/2019/12/kes-buli-sekolah-tahfiz-disumbat-najis.html 

https://www.jacknjillscute.com/2020/01/kaki-buli-sm-sains-kuching-3-pelajar.html 

https://www.jacknjillscute.com/2020/02/ustazah-firaun-dia-tidak-layak-hukum.html 

https://www.jacknjillscute.com/2020/07/viral-dibuli-ditendang-dipaksa-cium.html 

https://www.jacknjillscute.com/2021/08/kes-buli-punca-anggota-tudm-maut-dalam.html 

https://www.jacknjillscute.com/2021/10/masyarakat-dungun-dipanggil-konservatif.html 

https://www.jacknjillscute.com/2021/10/isteri-murung-disebabkan-suami-kedekut.html 

https://www.jacknjillscute.com/2021/11/18-pembunuh-zulfarhan-dibebaskan-dengan.html 

 


@ Jackie San

2 comments:

  1. https://www.jacknjillscute.com/2021/11/zulfarhan-dibunuh-kejam-berpunca.html

    ReplyDelete
  2. https://www.jacknjillscute.com/2021/12/ordered-to-remove-election-posters.html

    ReplyDelete

Featured post

TO SHORE UP HONDURAS TIES, VP TO ATTEND INAUGURATION : TAIWAN

TAIWAN TO SHORE UP HONDURAS TIES, VP TO ATTEND INAUGURATION !   TAIPEI : Taiwan Vice President William Lai will attend the inauguration of ...