2020年6月28日日曜日

Viral "Pelajar Dibuli Sehingga Trauma Melampau, Guru dan Pengurusan Tidak Mahu Bertanggungjawab"


Ibu Pelajar Saman Sekolah RM 2 Juta !

Oleh kerana seorang pelajar perempuan trauma akibat dibuli sehingga memberi tekanan ke atas dirinya, ibu pelajar telah menuntut tindakan undang-undang. The Star, melaporkan sebuah sekolah kerajaan di Temerloh, Pahang telah disaman lebih dari RM 2 Juta daripada keluarga pelajar bagi mendapatkan keadilan dan juga maruah pelajar perempuan tersebut.

Pelajar Murung, Tertekan dan Bertindak Agresif - Perlu Jumpa Pakar Setiap Bulan!

"Anak saya mesti berjumpa dengan pakar psikiatri dan psikologi si sebuah hospital kerajaan setiap bulan untuk diberikan ubat bagi mengatasi kemurungan dan juga masalah emosinya," kata Ibunya.

Menuntut Keadilan dan Mengembalikan Maruah

Tambahnya lagi, dia sekeluarga telah berpindah ke Selangor selepas kejadian akibat tidak boleh menerima tragedi yang berlaku ke atas anaknya. Anaknya kini mengalami kecedaraan pada tulang rusuk, kaki, lengan, mata dan juga leher serta paling teruk mengalami trauma yang sangat agresif. Bukan sahaja ingin mencari keadilan tetapi ingin membuka mata rakyat, terutamanya pihak pentadbiran sekolah dan juga guru yang dianggap ibu bapa kedua selepas keluar dari rumah (Sekolah) dan keluarga ingin membuka mata rakyat apa yang bakal terjadi pada mangsa buli pada masa akan datang jika tidak dibendung segera.

Sebagai ibu dan keluarga mangsa kami menuntut ganti rugi am sebanyak RM 1.5 Juta, ganti rugi teladan dan juga tambahan sebanyak RM 600 ribu, manakala kos undang-undang dan juga kos lain yang sesuai dan akan diperlukan oleh mahkamah kelak turut dituntut.

https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

Payu dara DiRamas dan Muka Ditampar!

Tambahnya, kejadian yang berlaku hampir setahun yang lepas iaitu pada 11 Julai 2019 itu, pembuli dikatakan telah mengusik dan juga sering mengganggu mangsa ketika berada di dalam kawasan sekolah. Selepas berada di dalam kelas, mangsa turut dilemparkan 'bola kertas' di khalayak ramai dan sebatang pen ke arah mangsa semasa kelas Sejarah.

Selepas itu, tamat sahaja sesi pembelajaran kelas Sejarah, mangsa telah ditampar berkali-kali menggunakan tangan yang telah dilumurkan dengan dakwat pen. Pembuli juga turut mencubit muka mangsa serta menarik tudung mangsa. Selain itu, yang amat kejam sekali, pembuli turut menolak dada, perut dan kaki mangsa serta meramas payu dara mangsa berkali - kali.

Pengurusan dan Guru Anggap Bukan Tugas Mereka Untuk Jaga Pelajar Di Sekolah!

Pihak pengurusan dan guru sekolah terbabit rata-rata menyifatkan bahawa mereka tiada masa untuk menjaga semua pelajar sekolah dan bukan tugas mereka untuk menjaga pelajar terbabit. Mereka juga menyifatkan ibu bapa yang harus dipersalahkan kerana tidak mendidik anak mereka dengan betul dan mempersoalkan kenapa keluarga mangsa menyaman sekolah berkenaan dan disifatkan tidak adil.

https://www.jacknjillscute.blogspot.com/
@ Jackie San


1 件のコメント:

  1. https://www.jacknjillscute.com/2020/06/viral-pelajar-dibuli-sehingga-trauma.html

    返信削除

Featured post

KANAMARA MATSURI (PENIS FESTIVAL) JAPAN

  KANAMARA MATSURI (PENIS FESTIVAL) JAPAN @Jackie San Apr 6 / 11:00 AM   〜   4:45 PM Kanamara Matsuri (otherwise known as the “Penis Festiva...