Monday, 25 April 2022

PEGUAM BAINUN YAKIN BELLA CUBAAN BUNUH DIRI DI RUMAH BONDA SEBENARNYA ?

PEGUAM BAINUN YAKIN BELLA CUBAAN BUNUH DIRI DI RUMAH BONDA SEBENARNYA ?

 


SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN :Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob meluangkan masa kira-kira 20 minit menyantuni ataupun melawat remaja Sindrom Down berusia 13 tahun dikenali sebagai Bella di sebuah pusat perlindungan kanak-kanak milik Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) pada 23 April 2022 (Sabtu).

 

Perdana Menteri turut berkata, keadaan Bella semakin sihat dan juga sudah banyak berubah sepanjang ditempatkan di pusat jagaan berkenaan sejak tahun 2021.

 

" Bella di bawa ke pusat jagaan tersebut sejak Julai 2021 dan daripada pemerhatian saya mendapati Bella dalam keadaan normal dan tiada lagi gangguan emosi seperti mana ketika dia mula-mula masuk ke pusat jagaan tersebut.

 

" Malah kecederaannya pun sudah pulih seperti sedia kala. Saya juga nampak Bella sudah mempunyai keyakinan diri yang tinggi, belajar melukis bersama-sama kawan - kawan beliau yang lain.

 

" Sewaktu saya melawat ke  tiga asrama, dia yang tunjukkan kepada saya asrama berkenaan dan ini bermakna Bella sudah ada keyakinan yang tinggi, malah dia turut memperkenalkan kepada saya dengan rakan-rakan dia yang lain," katanya.

 

Ismail Sabri Yaakob turut memaklumkan, terdapat banyak perubahan yang ketara pada diri Bella dan beliau amat berterima kasih kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan pihak yang terbabit menjaga remaja berkenaan.

 

" Bella dijaga dengan amat baik, malah keadaan remaja ini sudah banyak berubah seperti cara pembawaan dia, makan dia dan juga sebagainya.

 

" Terdapat 80 orang kanak-kanak dan remaja yang diletakkan di bawah jagaan pusat perlindungan tersebut ketika ini dan semua penghuni dijaga dengan baik sekali, " katanya.

 

Sementera itu, Perdana Menteri turut berkata, masyarakat perlu serahkan sahaj kepada mahkamah untuk membuat keputusan terhadap kes membabitkan remaja berkenaan yang kononnya mangsa dera.

 

Beliau juga mengingatkan kepada masyarakat ataupun netizen media sosial agar seharusnya tidak memberikan terlampau banyak komen kerana ia boleh menimbulkan subjusdis jika terus dibincangkan secara meluas.

 

" Perkara ini sudah di bawa ke Mahkamah, jadi kalau jita terlalu memberi komen boleh dianggap sebagai mengganggu perjalanan mahkamah, boleh bersifat subjusid terhadap perjalanan perbicaraan.

 

" Saya nasihatkan kita berikan seluruh kepercayaan kepada pihak mahkamah kendalikan kes tersebut. Ramai orang kata kenapa kerajaan tidak sedia banyak peguam....tidak timbul isu kenap kerajaan tidak hantar peguam yang ramai.

 

" Saya nasihatkan juga kepada seluruh masyarakat yang aktif di media sosial agar jangan pandang remeh terhadap kenyataan menyatakan bahawa Bella cuba untuk membunuh diri dan bukannya akibat deraan di rumah Bonda. Ianya tidak logik dik akal. Sepatutnya ada perbuatan yang salah di situ dan kita harus siasat seadilnya," bahkan beliau tidak memberikan komen lebih.

 

" Pendakwa raya atau Jabatan Peguam Negara saja yang mewakili kerajaan," tegasnya mengular mengenai tindakan netizen di laman sosial terhadap kes berkenaan."

 

>>>BACA LANJUT DI SINI<<< 

https://www.jacknjillscute.com/2022/04/video-rakaman-siti-bainun-kejam-melayan.html 

https://www.jacknjillscute.com/2022/04/siti-bainun-diklasifikasikan-manusia.html 

https://www.jacknjillscute.com/2021/11/18-pembunuh-zulfarhan-dibebaskan-dengan.html 

https://www.jacknjillscute.com/2021/11/di-mana-keadilannya-untuk-allahyarham.html 

https://www.jacknjillscute.com/2021/11/zulfarhan-dibunuh-kejam-berpunca.html 

https://www.jacknjillscute.com/2022/03/8-pelajar-sekolah-agama-berasrama-maut.html 

https://www.jacknjillscute.com/2022/03/rm-25-k-barang-kemas-warga-emas-disamun.html 

https://www.jacknjillscute.com/2021/06/ibu-sanggup-lemaskan-5-anak-dalam-tab.html 

 https://www.jacknjillscute.com/2022/04/kematian-remaja-basikal-belum-terungkai.html

 


 @ Jackie San

 

 

4 comments:

  1. https://www.jacknjillscute.com/2022/04/siti-bainun-diklasifikasikan-manusia.html

    ReplyDelete
  2. https://www.jacknjillscute.com/2022/04/bite-bellas-tummy-ordered-from-rumah.html?sc=1650985859408#c5318155575876578515

    ReplyDelete
  3. https://www.jacknjillscute.com/2022/05/adakah-bainun-akan-menang-ke-atas-bella.html

    ReplyDelete
  4. https://www.jacknjillscute.com/2022/05/anak-ahli-parlimen-mendapat-layanan.html

    ReplyDelete

Featured post

Melawat Tapak Projek Di Long Adang Ulu Limbang

   https://youtu.be/tQHPtJQDDvs