Wednesday, 11 May 2022

KEDAI EMAS DISERBU SEMPENA AIDILFITRI SELEPAS PENGELUARAN KHAS KWSP SELURUH NEGARA

KEDAI EMAS DISEBU SEMPENA AIDILFITRI SELEPAS PENGELUARAN KHAS KWSP SELURUH NEGARA 

 


JOHOR BAHARU : Pengeluaran khas wang KWSP bermula pada 19 April 2022 (Selasa) telah menyebabkan pusat komersil dan juga beli belah di bandaraya Johor menjadi sesak dan tumpuan orang ramai selepas pengeluaran wang di KWSP untuk berbelanja sempena Aidilfitiri menjelang tiba.

 

Tinjauan yang dilakukan di Pusat Komersial UDA, Tampoi mendapati kedai emas dan juga butik menjual pakaian raya antara premis yang menjadi tumpuan ramai.

 

Deretan kedai emas di Pusat Komersial di situ, dilihat dipenuhi orang ramai yang sanggup untuk menunggu giliran di luar premis sejak ia dibuka pada jam seawal 10 pagi.

 

Seorang bekas pekerja swasta, Emelda Bachok, 46, menyatakan kesyukuran dengan keprihatinan kerajaan yang meluluskan pengeluaran khas KWSP bermula semalam kepada beliau.

 

Beliau sekeluarga lega apabila mendapat wang tambahan bagi menyediakan persiapan Aidilfitri tidak lama lagi di samping keperluan membeli belah bersama keluarga.

 

" Sebelum ini memang agak mencabar kerana saya mempunyai tanggungan besar, suami pula baru kehilangan kerja.

 

" Dengan pengeluaran khas KWSP ini dapatlah bernafas sikit untuk membeli apa yang sepatutnya. Separuh wang akan disimpan dan digunakan ketika kecemasan sahaja dan separuh lagi adalah khas untuk berbelanja persiapan Aidilfitri, jelas beliau.

 

" Saya memang dah berniat nak belikan dua (2) anak perempuan saya yang berusia di antara 15 dan juga 12 tahun barang kemas hadiah untuk Aidilfitri, sama ada gelang atau cincin emas dengan duit KWSP ini. Alhamdulillah niat ini tercapai juga akhirnya dan terima kasih kepada kerajaan yang begitu prihatin," katanya.

 

Juruteknik, Mohd Ashraf A Safar, 27, pula turut memanjat kesyukuran dan lega kerana permohonan mengeluarkan wang KWSP khas untuk tujuan berbelanja menyambut Aidilfitri diluluskan kerajaan.

 

" Alhamdulillah, saya hanya mengeluarkan separuh daripada jumlah had dibenarkan tetapi memang sangat lega dan bersyukur.

 

" Ada juga wang lebih selepas bayar hutang, bil dan juga keperluan lain. Hari ini saya bawa isteri, Nurul Nur Syafiqah Zuraimi, 26 tahun, untuk membeli belah membeli barang kemas emas kerana banyak membantu saya ketika susah senang. Hadiah barangan kemas tersebut adalah sebagai penghargaan kepada isteri tercinta.

 

" Ini juga sebagai pelaburan juga ketika waktu susah kerana emas yang dibeli sama ada boleh dijual semula atau digadaikan ketika kami memerlukan wang nanti," jelasnya.

 

Dalam pada itu, pemilik kedai emas De Aurora, Dayana Haironi, mengakui pelanggan ke kedainya bertambah secara mendadak mulai 19 April 2022 (Selasa).

 

" Sebelum ini, pelanggan ramai juga tetapi tidak seramai pada tarikh tersebut dan hari hari mendatang saya rasa akan bertambah al-maklumlah keperluan barang kemas emas ni memang penting terutamanya bagi kaum wanita yang hendak berhias dan menggunakan sempena Aidilfitri nanti.

 

" Saya jangkakan pelanggan akan terus bertambah dan juga memuncak pada hujung bulan ini berikutan pengeluaran khas KWSP dan orang ramai yang menerima wang tersebut semestinya bermimpi-mimpi setiap malam untuk berbelanja dengan barang kemas emas. Dari itu kami senantiasa untuk bersedia dan menambah stok baran gkemas emas baharu selain menggunakan kakitangan tambahan dan sepenuhnya seramai 30 pekerja sehingga penghujung Ramadhan," jelasnya.

 

>>>BACA LEBIH BANYAK ARTIKEL DI SINI<<<

https://www.jacknjillscute.com/2021/03/tak-rugi-jika-melabur-duit-dengan-emas.html 

https://www.jacknjillscute.com/2021/03/kenapa-kita-perlu-isytihar-harta.html 

https://www.jacknjillscute.com/2021/05/mudahnya-jadi-jutawan-dengan-pelaburan.html 

https://www.jacknjillscute.com/2022/03/rm-25-k-barang-kemas-warga-emas-disamun.html 

https://www.jacknjillscute.com/2022/04/pdrm-enggan-terima-laporan-berkaitan.html 

https://www.jacknjillscute.com/2022/04/pesawat-malaysia-airlines-tiba-tiba.html 

https://www.jacknjillscute.com/2022/04/netizen-kecam-jabatan-kerja-raya.html 

https://www.jacknjillscute.com/2022/04/video-rakaman-siti-bainun-kejam-melayan.html 

 


@ Jackie San

 

 

6 comments:

  1. https://www.jacknjillscute.com/2022/04/pati-cuba-bolos-pos-sempadan-malaysia.html

    ReplyDelete
  2. https://www.jacknjillscute.com/2022/05/kejam-tentera-russia-musnahkan-habis.html

    ReplyDelete
  3. https://www.jacknjillscute.com/2022/05/5902-saman-dikeluarkan-pada-ops-selamat.html

    ReplyDelete
  4. https://www.jacknjillscute.com/2022/05/adakah-bainun-akan-menang-ke-atas-bella.html

    ReplyDelete
  5. https://www.jacknjillscute.com/2022/05/anak-ahli-parlimen-mendapat-layanan.html

    ReplyDelete
  6. https://www.jacknjillscute.com/2022/05/4-wanita-aktif-menyundal-ditahan.html?sc=1652544754536#c5454522895961678423

    ReplyDelete

Featured post

Kenangan Abadi

   https://youtu.be/znV3BXif2q4 >>> BANYAK LAGI VIDEO DI SINI <<<