Thursday, 14 April 2022

NETIZEN KECAM JABATAN KERJA RAYA SARAWAK ISU JETI KAYU 15 METER BERNILAI RM 50,000 DI MIRI

NETIZEN KECAM JABATAN KERJA RAYA SARAWAK ISU JETI KAYU 15 METER BERNILAI RM 50,000 DI MIRI

 


PETALING JAYA, SELANGOR :Netizen mengambil serius mengenai kos membina sebuah jeti kayu di Bekenu, Bahagian Miri Sarawak hanya sepanjang 15 meter dan bernilai RM 50,000 yang disifatkan terlampau mahal dan tidak masuk akal.

 

Menurut laporan yang tular di media sosial termasuk media, jeti selebar 1 meter di Kampung Mutap, Bekenu itu dibina bermula bulan Mac 2022 dan telah siap sepenuhnya 1 April 2022 yang lepas. Ianya menggantikan jeti yang lama yang telah rosak dan tidak selamat digunakan lagi.

 

Seperti yang dilaporkan dalam Media Sosial "Facebook" oleh 'Corporate Communication JKR Sarawak', projek jeti itu telah dilaksanakan di bawah Inisiatif Projek Transformasi Luar Bandar (RTP).

 

Walau bagaimanapun, netizen tidak berpuashati mengenai Projek Jeti Kayu itu yang memakan belanja RM 50,000.00 dan ianya tidak masuk akal.

 

Seperti komen Nik Lee turut mempersoalkan " kayu apa ni sampai RM 50,000 harganya ? Kayu emas ka ni?" turut dibalas oleh Nazli Imran Mohd Mansor " Kayu Belian Kot".

 

Jujie Helman turut memberikan komen di komentar Facebook, yang mana beliau amat terkejut dengan kos projek jeti kayu tersebut.

 

" Mak ai 50k projek tu. Baik suruh budak pengakap je buat. Ni lain tak bukan mesti salah Russia dan Ukraine yang menyebabkan inflasi harga yang tidak munaSarawak," katanya dengan nada sinis.

 

Jujie Helman turut berseloroh, " Tapi Nak Buat Macam Mana Benda Dah Siap, Dah Post Dah Pun. Share Pun Beribu, Like Pun Dah Beribu. Tak Boleh Buat Apa Dah. Enjoy Je Lah."

 

Sehingga laporan ini ditulis, hantaran berhubung projek jeti kayu itu mendapat lebih 6,700 ulasan dan dikongsi sebanyak 4,300 kali di media sosial.

 

Seorang lagi pengguna media sosial Facebook turut memberi komentar, Tan Wei Teck yang membuat sindiran pedas: " Uish Mana Mungkin 50 ribu je, patut 100 ribu baru betul."

 

Aideel Norfahmee turut memberi komentra beliau" " Amat Amat Amat Dasyat.Bersangka baik, ' Seabed Level ' mungkin dalam 10 meter dan ada kerja-kerja 'piling'."

 

Isham Hafiz turut menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) segera bertindak menyiasat projek RTP berkenaan yang amat diragui serta mempersoalkan agensi terbabit.

 

" SPRM patut melawat sekali, adakah kos yang tinggi disebabkan bahan mentah susah bawa masuk atau ada tangan-tangan ghabib minta tambang bawah meja," katanya.

 

>>>LEBIH BANYAK ARTIKEL DI SINI<<<

https://www.jacknjillscute.com/2021/07/15000-pokok-durian-mousang-king-selesai.html 

https://www.jacknjillscute.com/2021/08/annuar-yakin-bn-ada-calon-jadi-perdana.html 

https://www.jacknjillscute.com/2021/10/masyarakat-dungun-dipanggil-konservatif.html 

https://www.jacknjillscute.com/2022/03/8-pelajar-sekolah-agama-berasrama-maut.html 

https://www.jacknjillscute.com/2022/03/rm-25-k-barang-kemas-warga-emas-disamun.html 

https://www.jacknjillscute.com/2022/04/pdrm-enggan-terima-laporan-berkaitan.html 

 


@ Jackie San

2 comments:

  1. https://www.jacknjillscute.com/2022/04/pesawat-malaysia-airlines-tiba-tiba.html

    ReplyDelete
  2. https://www.jacknjillscute.com/2022/04/amat-kejam-pertempuran-di-masjid-al.html?showComment=1650227346392#c3740542252803953639

    ReplyDelete

Featured post

Kenangan Abadi

   https://youtu.be/znV3BXif2q4 >>> BANYAK LAGI VIDEO DI SINI <<<