2021年7月18日日曜日

15,000 POKOK DURIAN MOUSANG KING SELESAI DITEBANG - ISU POLITIK PAHANG

RAUB : Kira-Kira 15,000 pokok Durian Mousang King yang dilaporkan media ditanam secara haram di Hutan Simpan Batu Talam seluas lebih 101 hektar dan sedang berbuah sudah habis ditebang serta-merta.

 


Ketua Penolong Pengarah (Penguat kuasa), Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) Nor Azirim Ahmad memaklumkan, ia pencapaian di luar jangkaan pihaknya yang memulakan Op Pamah pada 03 Julai 2021 yang lalu.

 

Menurutnya lagi, beberapa faktor yang mempercepatkan aktiviti pelaksanaan penebangan ialah pegawai mereka mempunyai pengalaman dan kemahiran yang tinggi ditambah dengan kehadiran jumlah mereka yang ramai pada operasi kali ini telah mempercepatkan pelaksanaan kerja - kerja tersebut.

 

Beliau turut memaklumkan bahawa, terdapat 100 kakitangan yang turut serta dalam operasi dan mereka telah dikerah untuk membantu dalam melancarkan aktiviti penebangan pokok Durian Mousang King tersebut.

 

" Saya amat teruja dan tidak menyangka dalam tempoh sembilan (9) hari sahaja hampir semua 15,000 pokok Durian Mousang King yang kini sedang berbuah yang ditanam secara haram dalam Hutan Simpan Batu Talam telah berjaya ditebang dengan jayanya, peringkat awal ianya dijangka mengambil masa yang lama iaitu sebulan.

 

" Pencapaian dan kerjasama yang ditunjukkan oleh semua pihak amat membanggakan saya terutama apabila dapat menyelesaikan tugas dalam jangka masa yang begitu pantas sekali gus, " katanya di sini hari ini.

 

Nor Azirim turut memaklumkan, kerjasama yang amat erat secara berpasukan antara kakitangan JPNP dengan Unit Penguatkuasa Negeri Pahang (UPNP) turut menjadi faktor kelancaran Op Pamah yang dilaksanakan.

 

Katanya lagi, tugas seterusnya adalah untuk membersihkan tapak untuk kerja menanam semula pokok hutan dalam hutan simpan yang amat luas tersebut.

 

" Aktiviti penanaman pokok hutan harus dilaksanakan dengan kadar segera secara berperingkat dan dianggarkan lebih 20,000 pokok hutan yang akan ditanam kelak.

 

" Pejabat Pembangunan Hutan Pahang Barat, Rotan Tunggal di sini bertanggungjawab sepenuhnya menanam pokok yang turut dibantu kakitangan daerah lain," katanya.

 

Selain itu, beliau turut menafikan pelaksanaan penebangan pokok Durian Mousang King di Raub ini adalah tidak melibatkan atau seperti yang diwar warkan melibatkan kalangan Politik serta dikaitkan tapak projek sedia ada akan menjadi milik keluarga diraja Pahang.


 >>>BANYAK ISU DI SINI<<<

https://www.jacknjillscute.com/2021/07/hanya-15-saat-varian-delta-boleh-merebak.html

https://www.jacknjillscute.com/2021/07/kaedah-kawalan-perosak-serangga-tanaman.html

https://www.jacknjillscute.com/2021/07/viral-bebaskan-anak-kucing-agar-tidak.html

https://www.jacknjillscute.com/2021/07/viral-cara-mudah-pantas-membuat-laksa.html

https://www.jacknjillscute.com/2021/07/viral-kesalahan-ketidakhadiran-ke.html

https://www.jacknjillscute.com/2021/06/pendapatan-lumayan-dengan-youtube.html

https://www.jacknjillscute.com/2021/06/kenapa-6-jun-2021-dun-sarawak-tidak.html

https://www.jacknjillscute.com/2021/06/ibu-sanggup-lemaskan-5-anak-dalam-tab.html



@ Jackie San

2 件のコメント:

  1. https://www.jacknjillscute.com/2021/07/15000-pokok-durian-mousang-king-selesai.html

    返信削除
  2. https://www.jacknjillscute.com/2021/07/15000-pokok-durian-mousang-king-selesai.html

    返信削除

Featured post

DESPITE KING'S CALL FOR CLOSURE, UMNO YOUTH CHIEF SAYS NO LET UP ON KK MART BOYCOTT

DESPITE KING'S CALL FOR CLOSURE, UMNO YOUTH CHIEF SAYS NO LET UP ON KK MART BOYCOTT  @Jackie San KUALA LUMPUR (April 3,2024) : Umno Yout...