Tuesday, 31 May 2022

ISU PERKAUMAN, TUAN RUMAH TERMASUK PENYEWA : UNDANG - UNDANG BAHARU AKAN DILAKSANAKAN

ISU PERKAUMAN, TUAN RUMAH TERMASUK PENYEWA : UNDANG - UNDANG BAHARU AKAN DILAKSANAKAN

 


PETALING JAYA, SELANGOR :Cadangan undang-undang baharu mengenai penyewaan rumah bagi menangani isu perkauman dalam pasaran perumahan telah menimbulkan dua pandangan berbeza mengenai bilakah masanya ia perlu dibawa ke Parlimen.

 

Setiausaha Agung Persatuan Pembeli Rumah Kebangsaan (HBA) Chang Kim Loong berkata, kerajaan sebaliknya harus memberi tumpuan terhadap ekonomi kerana undang-undang itu tidak dapat mengurangkan masalah diskriminasi kaum dalam pasaran perumahan.

 

Bagaimanapun, penyelidik kemiskinan dan juga anggota Kumpulan Rentas Parti Parlimen Malaysia (KRPPM) mengenai matlamat pembangunan lestari James Raj pula turut menyuarakan, undang-undang itu perlulah dibentang di Parlimen pada sesi akan datang pada Julai 2022 nanti.

 

Chang berkata, Akta Sewaan Kediaman (RTA) tidak diperlukan pada masa ini lagi. Beliau tidak bersetuju dengan objektif yang dinyatakan untuk menangani diskriminasi kaum seperti yang disebut oleh seorang menteri dua tahun yang lalu.

 

" Tumpuan harus diberikan untuk memulihkan ekonomi. Mungkin RTA yang dicadangkan itu perlu dikaji semula dalam tempoh lima (5) tahun," katanya.

 

" Malangnya, amalan perkauman yang berleluasa bukan sahaja dalam pasaran penyewaan tetapi dalam kehidupan dan masyarakat yang lain. Lihat sekeliling dan kamu akan membuat kesimpulan sendiri.

 

" Sekiranya say ingin menyewakan rumah, saya tidak peduli mengenai warna kulit. Jika kamu boleh membayar, saya akan sewakan kepada kamu. Katakanlah jika ada orang Cina datang keada saya untuk menyewa dengan tawaran sewa RM 2,000 tetapi orang yang seterusnya berbangsa Melayu yang menawarkan sewa RM 2,300. Jelas sekali, saya akan memilih sewa paling tinggi."

 

Chang turut menyatakan, daripada menggunakan undang-undang baharu untuk memerangi perkauman, lebih baik mendidik tuan rumah dan juga penyewa mengenai peranan serta tanggungjawab bersama.

 

Selain itu, masalah mungkin terletak pada persepsi bahawa orang daripada kumpulan etnik tertentu menjadi penyewa yang menimbulkan rasa kurang selesa dan ia mungkin berlarutan akibat kurangnya pemahaman ataupun pendidikan mengenai perbezaan budaya kelak.

 

" PENALTI UNTUK TUAN RUMAH BERSIKAP PERKAUMAN " 

 

Raj turut berkata, akta itu boleh menangani masalah perkauman sekiranya undang-undang mengandungi peruntukan penguatkuasaan, seperti penalti ke atas tuan tanah yang mengamalkan pilihan kaum dalam iklan mereka.

 

Selain itu, bakal penyewa yang berbangsa India tidak mendapat kelebihan daripada iklan seperti itu nanti.

 

" Tuan rumah tidak sepatutnya tidak boleh menyebut langsung mengenai kaum apabila mereka ingin menyewakan rumah mereka. Kita bercakap mengenai inklusiviti di Malaysia, persekitaran yang selamat, saksama dan juga mampu milik," katanya.

 

>>>BACA BANYAK LAGI ARTIKEL DI SINI<<< 

https://www.jacknjillscute.com/2021/11/18-pembunuh-zulfarhan-dibebaskan-dengan.html 

https://www.jacknjillscute.com/2021/11/di-mana-keadilannya-untuk-allahyarham.html 

https://www.jacknjillscute.com/2021/12/ipd-kuala-kangsar-tahan-4-pelajar.html 

https://www.jacknjillscute.com/2022/03/vaksin-covid-19-berjaya-dihasilkan-oleh.html 

https://www.jacknjillscute.com/2022/03/8-pelajar-sekolah-agama-berasrama-maut.html 

https://www.jacknjillscute.com/2022/04/pesawat-malaysia-airlines-tiba-tiba.html 

https://www.jacknjillscute.com/2022/04/netizen-kecam-jabatan-kerja-raya.html 

https://www.jacknjillscute.com/2022/04/kematian-remaja-basikal-belum-terungkai.html 

 


@ Jackie San

 

 

2 comments:

  1. https://www.jacknjillscute.com/2022/05/pelajar-sekolah-mengaku-bersalah.html

    ReplyDelete
  2. https://www.jacknjillscute.com/2022/05/cincang-cincang-anak-buaya-menyebabkan.html

    ReplyDelete

Featured post

Fabian & FaFa My New Kittens In The Houz

   https://youtu.be/BTesEz5rDU0 >>> MORE VIDEO HERE JUST CLICK <<<