Thursday, 3 March 2022

VAKSIN COVID-19 BERJAYA DIHASILKAN OLEH PENYELIDIK INDONESIA

VAKSIN COVID-19 BERJAYA DIHASILKAN OLEH PENYELIDIK INDONESIA

 


JAKARTA, INDONESIA : Indonesia berhasrat melancarkan Vaksin COVID-19 buatan rakyat mereka sendiri pada Ogos 2022 nanti, dengan fasa pertama bagi ujian klinikal untuk Vaksin Merah Putih itu kini kita dijalankan.

 

Penganalisis turut memaklumkan bahawa ia adalah perkembangan terbaik serta perkembagan amat penting bagi Negara Indonesia di mana lebih 65 peratus daripada penduduknya yang layak sudah divaksin sepenuhnya (Dos Penggalak), jika vaksin berkenaan boleh dihasilkan dalam negara daripada sumber yang boleh dipercayai.

Penyelidikan mengenai vaksin yang dinamakan sempena warna merah dan putih (Bendera Indonesia yang dilambangkan) itu telah dijalankan di Universiti Airlangga yang berpangkalan di Surabaya dan syarikat farmaseutikal tempatan, Biotis Pharmaceuticals Indonesia.

 

Fasa pertama bagi ujian keselamatan vaksin itu akan membabitkan 90 sukarelawan dewasa dimulakan pada 09 Februari 2022 yang lepas, diikuti fasa kedua pada Mac 2022 ini dengan jumlah keseluruhan 405 sukarelawan dan seterusnya bagi fasa ketiga akan dilaksanakan pada bulan April 2022 dengan jumlah 5,000 sukarelawan turut serta.

 

Fasa kajian seterusnya akan menguji sama ada vaksin yang menggunakan virus yang tidak aktif itu boleh meransang tindak balas imunisasi tubuh badan dalaman manusia terhadap virus COVID-19.

 

Profesor Fedik Abdul Rahman, yang mengetuai pasukan penyelidikan vaksin Universiti Airlangga, memaklumkan bahawa vaksin itu akan melindungi manusia daripada varian coronavirus sedia ada.

 

Beliau bagaimanapun tidak menyatakan secara spesifik jenis varian berkenaan.

 

Dalam beberapa ujian pra klinikal yang membabitkan haiwan, vaksin itu menunjukkan keberkesanan 85 peratus terhadap Varian Delta COVID-19.

 

Fedik turut memaklumkan, pihaknya berharap mendapat kebenaran penggunaan kecemasan Agensi Pemantauan Makanan dan Ubat (BPOM) Indonesia pada Bulan Julai 2022 ini jika percubaan itu berjaya dan vaksin berkenaan akan sedia untuk dilancarkan pada Bulan Ogos 2022 kelak.

 

Katanya lagi, vaksin itu dihasilkan untuk kepelbagaian kumpulan, termasuk di kalangan kanak-kanak dan juga wanita hamil, namun kumpulan yang sebenar akan ditentukan selepas fasa ketiga ujian ini kelak.

 

Indonesia, negara keempat paling ramai penduduk di dunia dengan jumlah keseluruhan 270 juta rakyatnya. Setakat ini amat bergantung kepada vaksin dari negara luar terutama Vaksin Sinovac buatan Negara China, yang dibeli negara itu atau disumbangkan bagi kempen vaksinasinya.

 

>>>BACA LEBIH BANYAK ARTIKEL DI SINI<<< 

https://www.jacknjillscute.com/2022/01/omicron-virus-menyerang-malaysia-kini.html 

https://www.jacknjillscute.com/2021/11/kenapa-perlu-vaksin-booster.html 

https://www.jacknjillscute.com/2021/08/indonesia-kes-pesakit-covid-19.html 

https://www.jacknjillscute.com/2021/07/hanya-15-saat-varian-delta-boleh-merebak.html 

https://www.jacknjillscute.com/2021/03/jangan-terlalu-leka-dengan-pandemik.html 

https://www.jacknjillscute.com/2021/03/diskriminasi-sosial-terhadap-positif.html 

https://www.jacknjillscute.com/2021/03/muka-bengkak-selepas-disuntik-vaksin.html 

https://www.jacknjillscute.com/2021/01/indonesia-minta-simpati-dunia-percuma.html 

https://www.jacknjillscute.com/2021/02/kes-kematian-akibat-vaksin-covid-19-isu.html 

 


@ Jackie San

 

 

1 comment:

  1. https://www.jacknjillscute.com/2021/11/kenapa-perlu-vaksin-booster.html

    ReplyDelete

Featured post

Kemalangan Terok Di Petra Jaya Kuching 09 Jun 2022

   https://youtu.be/Hk0pbUPfJlM >>>BANYAK LAGI VIDEO DI SINI<<<