2023年2月10日金曜日

SEDIH REMAJA INDONESIA SANGGUP BUNUH DAN CULIK BUDAK 11 TAHUN UNTUK JUAL ORGAN

SEDIH REMAJA INDONESIA SANGGUP BUNUH DAN CULIK BUDAK 11 TAHUN UNTUK JUAL ORGAN 

 

@Jackie San

Dua remaja, AR (17 tahun) dan AF (14 tahun) didakwa menculik dan turut membunuh seorang kanak-kanak lelaki bernama Fadli, berusia 11 tahun di Makassar, Sulawesi Selatan, Indonesia. Suspke membunuh mangsa bagi mendapatkan organ badan iaitu ginjal untuk tujuan jual.

 

Polis pada awalnya menerima laporan orang hilang dari ibu bapa mangsa. Selanjutnya, mayat Fadli ditemui pada 08 Januari 2023 dan mengesyaki mangsa telah diculik dan dibunuh secara terancang.

 

Menurut polis lagi, kedua-dua suspek mengaku telah menculik mangsa lalu membunuhnya untuk mendapatkan ginjal.

 

" Suspke mengaku tertarik dengan harga penjualan organ manusia untuk mendapatka rang," kata jurucakap Polis Daerah Panakkukang, Inspektor Polis Dua Ahmad Halim pada 11 Januari 2023.

 

Beliau turut menjelaskan, dua suspek itu terdahulu melayari laman sesawang jual beli organ. Tertarik dengan harga yang ditawarkan, mereka merancang untuk menculik mangsa dan kemudian terus membunuhnya.

 

" Suspke AF merayu agar mangsa membantunya membersihkan rumahnya dengan upah RP50,000 atau RM14. Selanjutnya mereka bertiga pergi ke rumah AR di mana mangsa dicekik dari belakang dan dihentak ke dinding sebanyak tiga hingga ke lima kali sehingga mati.

 

" Kaki mangsa diikat dan disumbat ke dalam plastik berwarna hitam lalu dibuang ke bawah jambatan," katanya.

 

Tidak beberapa lama selepas itu, polis menerima laporan orang hilang daripada ibu bapa mangsa. Bertindak di atas laporan itu, polis mula menjalankan siasatan dan memeriksa sejumlah video rakaman kamera litar tertutup (CCTV).

 

08 Januari 2023, mayat mangsa ditemui dan polis mengklasifikasikan kes itu sebagai kes penculikan dan pembunuhan terancang.

 

Dalam temubual bersama TV One, suspek mengaku membunuh mangsa dengan kejam bagi mendapatkan wang dengan jumlah besar dari hasil penjualan organ mangsa. Dengan wang tersebut, suspke mahu membantu keluarganya membina rumah dan membeli laptop untuk kakaknya.

 

" Dengan hasil jualan organ tersebut, saya dapat belikan laptop untuk kakak saya, dapat bantu bina rumah orang tua, " kata suspek.

 

Bagaimanapun setelah membunuh mangsa, suspek mengaku mereka tidak tahu di mana letaknya jantung dan juga ginjal. Malah, pihak yang mahu membeli organ tersebut juga dikatakan tidak dapat dihubungi.

 

" Saya belum belah mayat mangsa, saya tidak tahu di mana letaknya jantung dan juga ginjal. Saya panik di situ bila mana individu yang dikenali dari internet tidak membalas panggilan saya," katanya.

 

Hal itu menyebabkan kedua-dua suspek mengambil keputusan untuk membuang mayat mangsa di bawah jambatan.

 

@Jackie San

Menurut suspek (AF) organ ginjal boleh dijual dengan harga sehingga US$80,000 atau RM 350,000.

 

Kedua-dua suspek ditahan pada jam 3 pagi pada 10 Januari 2023 lalu dan dibawa ke balai untuk siasatan lanjut.

 

Kes itu menggemparkan warga penduduk tempatan yang kemudian beramai-ramai menyerang rumah keluarga suspek sehingga hancur. Hal itu menyebabkan polis terpaksa datang untuk mengawal keadaan.

 

>>>BACA BANYAK LAGI ARTIKEL DI SINI<<< 

https://www.jacknjillscute.com/2022/11/indonesians-march-for-justice-after.html 

https://www.jacknjillscute.com/2022/12/two-indonesian-soldiers-get-7-months.html 

https://www.jacknjillscute.com/2022/12/2-calves-of-endangered-javan-rhinos.html 

https://www.jacknjillscute.com/2023/01/indonesia-will-formally-chair-asean.html 

 


@Jackie San

0 件のコメント:

コメントを投稿

Featured post

Kagoshima City Aquarium And Sakurajima Ferry Terminal Kagoshima

  https://youtu.be/5oTOt19W8Cg?si=ZcQezugH_AcExNDl >>> MORE VIDEO JUST CLICK AND WATCH HERE <<<