Monday, 13 June 2022

19 MURID & 2 GURU MATI DITEMBAK - TEXAS

19 MURID & 2 GURU MATI DITEMBAK - TEXAS

 


UNVALDE, TEXAS :Sebelum mengamuk dan melepaskan tembakan di sebuah sekolah rendah di Texas, remaja menembak 19 murid-murid sekolah dan 2 (dua) orang guru pada 04 Jun 2022 (Jumaat). Remaja yang dikenali sebagai Salvador Ramos, turut menembak neneknya di rumah orang tua itu seperti diceritakan oleh pengawai keselamatan di tempat kejadian.

 

Remaja warga Amerika Syarikat yang berusia 18 tahun itu, kemudian terbunuh akibat ditembak oleh polis.

 

Salvador Ramos, 18 tahun adalah seorang pelajar di Uvalde, sebuah penempatan kecil terletak berhampiran sempadan Mexico.

 

" Insiden pertama adalah di kediaman neneknya di mana Salvador Ramos berjaya menembak neneknya itu," kata Encik Erick Estrada dari Jabatan Keselamatan Awam Texas, sambil menambah wanita tua itu telah dibawa ke kemudahan perubatan bagi rawatan lanjut.

 

Selepas kejadian, Salvador Ramos kemudian melarikan dirinya dengan menaikki sebuah kereta sambil memakai jaket kalis peluru dan turut bersama beliau dengan bersenjatakan senapang, kata Encik Estrada.

 

Tragedi pembunuhan beramai-ramai dengan kejam tersebut adalah kejadian tembakan di sekolah paling buruk di negara itu dalam masa hampir sedekad.

 

Semasa memandu melarikan diri itu, Salvador Ramos telah merempuh beberapa buah kereta berhampiran Sekolah Rendah Robb di Uvalde, Texas, iaitu sebuah bandar kira-kira 130 kilometer ke Barat San Antonio.

Motif pembunuhan beramai-ramai itu masih belum juga diketahui.

 

Pegawai polis awalnya melihat remaja lelaki bersenjata itu keluar dari kenderaannya yang terbabas sambil membawa bersama senapang dengan polis turut berusaha " mengawalnya".

 

Namun suspek berjaya meluru ke sekolah tersebut dan telah melepaskan tembakan membabi buta, kata Sarjan Estrada kepada CNN.

 

Pihak berkuasa berkata suspek bertindak bersendirian.

 

>>>BACA BERITA LEBIH LANJUT<<< 

https://www.jacknjillscute.com/2022/06/wanita-india-dirogol-dibunuh-dibakar.html 

https://www.jacknjillscute.com/2022/05/isu-perkauman-tuan-rumah-termasuk.html 

https://www.jacknjillscute.com/2022/05/lima-rentung-dan-pemandu-treler-didakwa.html 

https://www.jacknjillscute.com/2022/05/remaja-rempuh-pekerja-ketika-memandu.html 

 


@ Jackie San 

2 comments:

  1. https://www.jacknjillscute.com/2022/06/praying-with-fan-trending-in-malaysia.html

    ReplyDelete
  2. https://www.jacknjillscute.com/2022/06/tidak-perlu-guna-pelitup-muka-indonesia.html

    ReplyDelete

Featured post

FLOUR THIEF CAUGHT BREAKING INTO CAR - JOHOR BAHARU

FLOUR THIEF CAUGHT BREAKING INTO CAR -  JOHOR BAHARU   @Jackie San PASIR GUDANG, JOHOR BAHARU: Police have arrested a man for allegedly stea...