Friday, 20 May 2022

LIMA RENTUNG DAN PEMANDU TRELER DIDAKWA KE MAHKAMAH

LIMA RENTUNG DAN PEMANDU TRELER DIDAKWA KE MAHKAMAH

 


KUALA KANGSAR, PERAK: Pemandu treler yang terbabit kemalangan di Lebuhraya Utara Selatan hingga menyebabkan kematian lima (5) penuntut Universiti Sultan Azlan Shah (USAS), Khamis lalu telah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret pada 17 Mei 2022 (Selasa).

 

Mohammad Amirul Aznizam Razali, 28 tahun, yang menghadapi lima (5) pertudukan telah membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Mohd Shazmeer Zamhari.

 

Amirul Aznizam turut dituduh memandu treler jenis Volvo di jalan raya dengan cara yang seterlah mengambil perhatian segala hal keadaan, adalah berbahaya sehingga menyebabkan kematian lima (5) individu iaitu Iqbal Hasnun Halimi, 23;  Muhammad Nasrun Aidol Munir Akbar, 22; Ahmad Naim Najmi Ahmad Hafizan, 21; Muhammad Nabil Haikal Muhammad Fariz, 19; dan Ahmad Akmal Ahmad Mokhlis, 20 tahun.

 

Kesalahan itu dilakukan di KM 245.2, Lebuhraya Utara Selatan arah utara, di sini, kira-kira pada jam 0100 pagi pada 12 Mei 2022 dan Amirul Aznizam turut didakwa mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman penjara minimum lima (5) tahun dan juga maksimum 10 tahun, denda antara RM 20,000 hingga RM 50,000 dan juga sabitan diendorskan pada lesen memandu, jika sabit bersalah.

 

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nur Asmaniza Mohammad, manakala tertuduk diwakili peguam G Ravishankar.

 

Terdahulu juga, Nur Asmaniza memohon jumlah jaminan tinggi dikenakan terhadap tertuduh mengambil kira kes itu berkepentingan awam serta mendapat liputan meluar media, selain memohon lesen memandu tertuduh digantung sementara.

 

Bagaimanapun, Ravishankar merayu jaminan rendah atas faktor anak guamnya hilang pendapatan apabila lesen digantung selain isterinya yang hanya berniaga kecil-kecilan dan juga mereka perlu menanggung tiga anak berusia dua hingga 14 tahun.

 

Sebelum itu juga, beliau membantah pendakwaan yang mengemukakan lima (5) pertuduhan yang berbeza, sebaliknya memohon agar pertuduhan itu dikemukakan bersekali kerana kesalahan, tarikh, masa dan juga tempat adalah sama dengan semua mangsa berada dalam satu kenderaan.

 

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jaminan RM 20,000 dan seorang penjamin bagi semua pertuduhan dan pada 30 Jun 2022 depan adalah sebagai tarikh sebutan semula kes.

 

Tertuduh membayar ikat jamin sebanyak RM 20,000 bersama isteri.

 

>>>BACA LEBIH BANYAK ARTIKEL DI SINI<<< 

https://www.jacknjillscute.com/2022/05/anak-ahli-parlimen-mendapat-layanan.html 

https://www.jacknjillscute.com/2022/05/aidilfitri-2022-biar-berhabis-tak.html 

https://www.jacknjillscute.com/2022/05/remaja-rempuh-pekerja-ketika-memandu.html 

https://www.jacknjillscute.com/2022/05/4-wanita-aktif-menyundal-ditahan.html 

https://www.jacknjillscute.com/2022/05/orang-kaya-kaya-imam-paduka-tuan-diapit.html 

 


@ Jackie San

3 comments:

  1. https://www.jacknjillscute.com/2019/06/khasiat-kebaikan-jeranggau-merah-asli.html

    ReplyDelete
  2. https://www.jacknjillscute.com/2019/06/5-cara-mudah-menyegarkan-kulit-wajah.html

    ReplyDelete
  3. https://www.jacknjillscute.com/2022/05/raja-pecut-malaysia-azeem-tersingkir.html?sc=1653096134796#c3480263698778615288

    ReplyDelete

Featured post

Hidup Di Desa Amat Bermakna Bersama Komuniti Penan Long Adang Tahun 2022

  https://youtu.be/IoTD1RopT34   >>> BANYAK LAGI VIDEO MENARIK DI SINI <<<