Monday, 16 May 2022

Orang Kaya Kaya Imam Paduka Tuan Diapit 2 Wanita Di Kelab Malam

Orang Kaya Kaya Imam Paduka Tuan Diapit 2 Wanita Di Kelab Malam


 

IPOH PERAK : Orang Besar Delapan Negeri Perak, Datuk Dr Afifi al-Akiti memohon perkenan Sultan Perak untuk berundur diri daripada menyandang gelaran Orang Kaya Kaya Imam Paduka Tuan.

 

Setiausaha Dewan Negara Perak, Datuk Seri Ayop Hashim dalam satu kenyataan memaklumkan, warkah perkenan mengundur diri bertarikh 15 Mei 2022 itu telah diangkah sembah untuk pertimbangan baginda Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.

 

Selain itu, menurutnya lagi, baginda berkenan menerima permohonan tersebut untuk berkuatkuasa bermula 15 Mei 2022 (Ahad).

 

" Baginda turut menzahirkan penghargaan atas segala khidmat yang diberikan oleh beliau dalam tempoh menyandang gelaran Orang Kaya Kaya Imam Paduka Tuan," katanya.

 

Dalam warkah berkenaan, Dr Afifi menjelaskan, bahan-bahan yang ditularkan di media sosial sejak dua (2) minggu lalu telah mencemarkan nama dan juga dilihat mempertikaikan kesesuaian peranan beliau dengan institusi istana dalam hal ehwal agama Islam.

 

Justeru itu katanya, warkah berundur diri daripada menyandang gelaran itu disampaikan sebagai menginsafi perkara itu jika berlarutan dan tidak dibendung akan menjejaskan darjat kemuliaan Raja Pemerintah dan Institusi Istana.

 

" Keputusan ini, saya lakukan atas rasa tanggungjawab dan juga sifat taat setia seorang rakyat kepada sultannya, demi melindungi darjat kemuliaan baginda sultan tidak dicacatkan, begitu juga untuk mengelak institusi istana daripada dicemari.

 

" Saya memilih tidak mahu mengulas atau memberikan sebarang jawapan (berhubung isu tular) yang boleh mencetuskan berdebatan berpanjangan yang tidak memberikan sebarang manfaat," jelasnay dalam warkah itu.

 

Pada 02 Mei 2022 yang lalu, pengguna Facebook yang menggunakan nama akaun Zaharin Mohd Yasin telah memuat naik tangkapan layar daripada video yang berdurasi tiga (3) minit dan 24 saat yang memaparkan imej seorang lelaki yang tidak jelas wajahnya dengan memakai topi yang diapit oleh dua (2) orang wanita di sebuah kelab malam.

 

Lelaki berkenaan didakwa merupakan salah seorang penasihat dalam Majlis Raja-Raja Hal Ehwal Islam. 

 

>>>LIHAT BANYAK LAGI ARTIKEL DI SINI<<< 

https://www.jacknjillscute.com/2022/05/kedai-emas-disebu-sempena-aidilfitri.html 

https://www.jacknjillscute.com/2022/05/4-wanita-aktif-menyundal-ditahan.html

https://www.jacknjillscute.com/2022/05/remaja-rempuh-pekerja-ketika-memandu.html 

https://www.jacknjillscute.com/2022/05/aidilfitri-2022-biar-berhabis-tak.html 

https://www.jacknjillscute.com/2022/05/anak-ahli-parlimen-mendapat-layanan.html 

 


@ Jackie San

3 comments:

  1. https://www.jacknjillscute.com/2022/05/remaja-rempuh-pekerja-ketika-memandu.html

    ReplyDelete
  2. https://www.jacknjillscute.com/2022/05/4-wanita-aktif-menyundal-ditahan.html

    ReplyDelete
  3. https://www.jacknjillscute.com/2022/05/skuad-badminton-malaysia-jangan.html?sc=1652755726684#c2497670786924343723

    ReplyDelete

Featured post

FLOUR THIEF CAUGHT BREAKING INTO CAR - JOHOR BAHARU

FLOUR THIEF CAUGHT BREAKING INTO CAR -  JOHOR BAHARU   @Jackie San PASIR GUDANG, JOHOR BAHARU: Police have arrested a man for allegedly stea...