PILIHAN RAYA NEGERI (PRN) SABAH PILIHLAH POLITIK MATANG JANGAN TERSILAP PANGKAH - KOTA KINABALU SABAH
Sabah sekali lagi menjadi tumpuan politik negara selepas pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, membuka jalan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-16 dalam tempoh 60 hari.
PRN Negeri Sabah itu dijadualkan pada 29 November 2025 dengan hari penamaan calon pada 15 November.
Keadaan ini mencetuskan pelbagai persoalan, adakah PRN Sabah kali ini akan melahirkan kerajaan stabil atau hanya merugikan Rakyat Negeri Sabah seperti sebelum ini.
Persoalan ini bukan sekadar ungkapan semata-mata, tetapi menggambarkan ujian sebenar terhadap kematangan politik Negeri Sabah serta sejauh mana rakyat membuka mata adakah peneraju kepimpinan mampu meninggalkan budaya politik lompat si katak lompat yang sudah sekian lama menular berakar umbi di Negeri Sabah, Negeri Di Bawah Bayu (katanya).
Bagi Rakyat Negeri Sabah sendiri, politik bukan hanya soal perubatan kuasa sahaja atau slogan lima (5) kali setahun pilihan raya. Ia adalah soal maruah dan masa depan anak bangsa Negeri Sabah sendiri. Sejak beberapa dekad lalu, terlalu banyak episod pertukaran kerajaan berlaku bukan kerana pilihan rakyat di peti undi, tetapi akibat tindakan individu berpaling tadah atas alasan kepentingan peribadi.
Fenomena ini mencalar keyakinan rakyat Sabah terhadap demokrasi dan menjejaskan kestabilan pentadbiran negeri. Setiap kali kerajaan bertukar, dasar pembangunan sentiasa berubah. Projek dirancang semestinya terbantut, pelabur menangguh keputusan dan akhirnya rakyat menanggung akibatnya.
Budaya lompat parti (katak si katak lompat) di Negeri Sabah memang agak tular bukan perkara baru dalam sejarah Negeri Di Bawah Bayu ini. Ia pernah dianggap sebagai strategi kelangsungan politik bagi sesetengah pemimpin, tetapi bagi rakyat, tindakan itu pengkhianatan terhadap mandat diberikan. Mandat rakyat seharusnya dihormati dan tidak dijadikan bahan tawar-menawar untuk kepentingan sementara.
Undang-undang anti-lompat parti telah diperkenalkan pada peringkat Persekutan adalah langkah penting bagi memperkukuhkan sistem demokrasi. namun, pelaksanaannya pada peringkat negeri memerlukan komitmen politik yang tinggi.
Sabah perlu menjadi negeri contoh memperkukuhkan prinsip ini. Jika setiap wakil rakyat berpegang kepada integriti dan menghormati janji kepada rakyat, budaya lompat parti boleh dihentikan sepenuhnya.
PRN akan datang bukan sekadar medan memilih wakil rakyat, tetapi peluang untuk rakyat Sabah menyampaikan mesej jelas kepada seluruh negara.
Adakah rakyat akan terus memilih berdasarkan emosi dan janji manis atau berdasarkan kejujuran dan prestasi calon kawasan masing-masing? Adakah pemimpin pernah melompat parti masih akan diberikan peluang atau rakyat menolak mereka sebagai tanda penolakan terhadap politik tidak berprinsip?
Perkembangan teknologi dan media sosial kini menjadikan rakyat Negeri Sabah semakin celik politik seharusnya. Maklumat yang disebarkan dengan pantas dan rakyat Sabah seharusnya tidak lagi mudah dipengaruhi dengan retorik semata-mata.
Anak muda Sabah khususnya semakin berani bersuara dan menuntut kebertanggungjawaban pemimpin. Mereka mahukan pemimpin ikhlas berkhidmat, bukan sekadar mencari kedudukan di MEDIA SOSIAL. Inilah generasi baru yang akan menentukan hala tuju masa depan negeri Sabah sendiri.
Namun, perubahan sebenar hanya akan berlaku jika rakyat dan pemimpin bergerak seiringan. Rakyat Sabah perlu berani menolak calon yang tidak amanah, berintegrisi, tidak berprinsip, sementara pemimpin harus berani menegakkan nilai integriti meskipun menghadapi tekanan politik.
Sabah tidak boleh terus menjadi medan percubaan bagi parti yang hanya datang mencari peluang. Negeri itu memerlukan kepimpinan konsisten, berwawasan dan benar-benar memahami denyut nadi rakyat.
Kematangan politik tidak akan datang secara spontan. Ia memerlukan masa, pengalaman dan keazaman memperbetulkan kesilapan lalu.
Sabah melalui pelbagai fasa politik yang negatif sejak dahulu, dari era pemerintahan tidak stabil hingga usaha memperkukuhkan perpaduan pelbagai kaum dan agama. Setiap fasa membawa pengajaran berharga dan membuka ruang refleksi terhadap hala tuju masa depan negeri itu.
Menjelang hari pengundian nanti, semua pihak perlu merenung sejenak sejarah pentadbiran politik Sabah. APAKAH MAHU MELIHAT SEJARAH BURUK BERULANG ATAU MAHU MENERUSKAN KEMUNDUAN WILAYAH ATAU DAERAH ATAUPUN MAHU MENULIS DI BUKU DIARI LEBIH BERMARUAH DAN SEMESTINYA MATANG. PILIHAN KINI DI TANGAN RAKYAT SABAH NEGERI DI BAWAH BAYU SENDIRI.
Pemimpin perlu melihat politik sebagai amanah yang datang bersama tanggungjawab besar, bukan sekadar permainan kuasa yang buruk. Rakyat pula harus buka mata dan sedar undi mereka adalah simbol harapan dan senjata perubahan. Jika kedua-dua pihak memahari peranan masing-masing, Sabah akan mampu muncul sebagai negeri contoh dengan budaya politik matang dan berintegriti.
Ujian kematangan politik Sabah bukan hanya bergantung kepada undang-undang atau peraturan. Ia bergantung kepada kejujuran dan kekuatan moral mereka yang memegang kuasa.
Sejauh mana mereka mampu menolak godaan, menahan tekanan dan berpegang pada prinsip akan menentukan masa depan Negeri Sabah. Rakyat pula harus bersedia menilai calon bukan sekadar berdasarkan nama atau parti, tetapi pada nilai perjuangan yang akan dibawa.
Dalam tempoh 60 hari mendatang, seluruh Negara Malaysia akan menumpukan perhatian ke arah Sabah. Ia akan menjadi pentas ujian terhadap sejauh mana kita benar-benar memahami makna demokrasi dan kestabilan POLITIK.
Inilah masanya untuk membuktikan Sabah bukan sekadar negeri sering bergolak, bermasalah tetapi mampu bangkit dengan semangat baru dan kematangan politik tinggi.
Sabah harus dikenang bukan sebagai negeri sering bertukar kerajaan, masalah BULI, tetapi negeri berjaya melangkaui budaya politik lama dan juga membina masa depan lebih stabil, adil dan juga makmur.
Rakyat Sabah berhak menikmati keamanan politik berkekalan dan pentadbiran berkesan. Bagi mencapai itu semua, kesedaran dan keberanian rakyat menentukan hala tuju politik mereka adalah kunci utama.
Kini, masa depan Negeri Sabah berada di persimpangan. Sama ada terus dibayangi sejarah lama atau melangkah ke era baru lebih matang dan ianya bergantung kepada pilihan rakyar pada PRN November nanti. Tidak mustahil Sabah mampu menulis lembaran sejarah baru membanggakan seluruh warganya dan menjadi inspirasi kepada negeri lain di Malaysia.
Semoga Kejayaan PRN buat SELURUH RAKYAT NEGERI DI BAWAH BAYU, SABAH, MALAYSIA.
>>>BANYAK ARTIKEL DI SINI KLIK DAN BACA<<<
https://www.jacknjillscute.com/2025/10/viral-zara-qairina-locked-herself-in.html
https://www.jacknjillscute.com/2025/10/bagaimana-pengurusan-kes-5-remaja.html
https://www.jacknjillscute.com/2025/10/dpp-awaits-agcs-say-on-contempt-action.html
https://www.jacknjillscute.com/2025/10/bagaimana-pengurusan-kes-5-remaja.html
@Jr_Paku Midin Channel


https://www.jacknjillscute.com/2025/10/some-students-didnt-like-zara-qairina.html
返信削除https://www.jacknjillscute.com/2025/10/preferred-sleeping-on-floor-insted-of.html
返信削除https://www.jacknjillscute.com/2025/10/viral-dakwaan-cinta-ditolak-motif.html
返信削除