BAGAIMANA PENGURUSAN KES 5 REMAJA DIDAKWA BERLANGSUNG PADA HARI SAMA INKUES DIJALANKAN - TERKINI ISU KES ZARA QAIRINA MAHATHIR
KOTA KINABALU, SABAH - Prosiding pengurusan kes bagi lima remaja yang didakwa berkaitan dengan kematian Zara Qairina Mahathir dijadualkan berlangsung di Mahkamah Kanak-Kanak, di sini pada Khamis.
Prosiding itu yang kedua selepas pengurusan kes yang pertama diadakan pada 25 September lalu.
Sementara itu, prosiding inkues kematian remaja berusia 13 tahun itu turut diadakan pada hari yang sama dan difahamkan, ia akan dihentikan seketika untuk memberi laluan prosiding pengurusan kes dijalankan.
Peguam, Shahlan Jufri berkata, untuk prosiding inkues yang memasuki hari ke-24 terdapat dua saksi kanak-kanak akan memberi keterangan di Mahkamah Koroner.
"Cuma saya difahamkan juga ada prosiding untuk Mahkamah Kanak-Kanak.
"Jadi mungkin kita akan mula dulu dengan inkues dan sekiranya Mahkamah Kanak-Kanak bermula, mungkin inkues akan berehat seketika untuk memberi laluan kepada Mahkamah Kanak-Kanak," katanya.
Shahlan bersama rakan sepasukannya iaitu Rizwandean M Borhan, Mohd Syarulnizam Mohd Salleh, Mohd Luqman Syazwan Zabidi, Farrah Nasser dan Elhanan James mewakili Ibu kepada Zara Qairina, Noraidah Lamat, yang hadir sebagai pihak berkepentingan dalam inkues tersebut.
Allahyarham Zara Qairina ditemui tidak sedarkan diri di bawah bangunan asrama sekolahnya pada awal pagi 16 Julai lalu sebelum disahkan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth (HQE) keesokan harinya.
>>>MORE ARTICLE JUST CLICK AND READ<<<
https://www.jacknjillscute.com/2025/10/viral-zara-qairina-kes-terkiniprosiding.html
https://www.jacknjillscute.com/2025/10/viral-zara-qairina-locked-herself-in.html
https://www.jacknjillscute.com/2025/10/hamid-ismail-lawyer-in-high-profile.html
https://www.jacknjillscute.com/2025/10/some-students-didnt-like-zara-qairina.html
@Jr_Paku Midin Channel
https://www.jacknjillscute.com/2025/10/zara-qairina-mahathir-too-many.html
返信削除https://www.jacknjillscute.com/2025/10/student-witnesses-says-no-one-dared.html
返信削除https://www.jacknjillscute.com/2025/10/dpp-awaits-agcs-say-on-contempt-action.html
返信削除