5 REMAJA BAWAH UMUR AKAN DIDAKWA ATAS DAKWAAN UGUT DAN BUNUH ZARA QAIRINA GUNA KOMUNIKASI - AG KOTA KINABALU SABAH MALAYSIA
KUALA LUMPUR – [DIKEMAS KINI] Seramai lima remaja perempuan berusia bawah 18 tahun akan didakwa di Mahkamah Kanak-kanak Kota Kinabalu, Sabah pada Rabu ini atas pertuduhan membuli pelajar Tingkatan Satu, Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir dengan mengugut melalui komunikasi.
Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar berkata, pendakwaan terhadap kesemua remaja terbabit akan dibuat mengikut Seksyen 507C (1) Kanun Keseksaan (Pindaan 2025).
Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
“Mereka akan dituduh pada lusa kerana kesalahan berkaitan kes buli Allahyarhamah Zara Qairina,” katanya ketika dihubungi pada Isnin.
Mengikut peruntukan tersebut, sesiapa sahaja yang dengan apa-apa cara menggunakan perkataan atau komunikasi berunsur ancaman, kesat atau menghina sehingga menyebabkan seseorang merasa diganggu, tertekan, takut atau bimbang, boleh dikenakan tindakan undang-undang.
Sebelum ini, Jabatan Peguam Negara (AGC) mengesahkan pihaknya meneliti kertas siasatan polis dan membuat keputusan menuduh beberapa individu yang terbabit dalam kes buli berkenaan berdasarkan keterangan yang diperoleh.
AGC turut menjelaskan, keputusan menuduh suspek bagi kesalahan buli tidak akan menjejaskan prosiding inkues kematian Zara Qairina yang akan dijalankan di mahkamah.
Sinar Harian sebelum ini melaporkan prosiding inkues bagi kes kematian gadis asal Sipitang, Sabah itu ditetapkan bermula 3 September ini selama 19 hari.
Pengarah Mahkamah Negeri Sabah, Azreena Aziz yang bersidang sebagai Koroner menetapkan tarikh inkues pada 3 dan 4, 8 hingga 12, 17 hingga 19 serta 22 hingga 30 September.
>>>BANYAK LAGI ARTIKEL SILA BACA DAN KLIK DI SINI<<<
https://www.jacknjillscute.com/2025/10/viral-zara-qairina-locked-herself-in.html
https://www.jacknjillscute.com/2025/10/viral-dakwaan-cinta-ditolak-motif.html
https://www.jacknjillscute.com/2025/10/dpp-awaits-agcs-say-on-contempt-action.html
https://www.jacknjillscute.com/2025/10/inquest-senior-student-admits-scolding.html
@Jr_Paku Midin Channel


0 件のコメント:
コメントを投稿