VIRAL - DAKWAAN CINTA DITOLAK MOTIF PELAJAR TINGKATAN 4 DIBUNUH KEJAM - PETALING JAYA
POLIS meneliti semua aspek dan motif yang menjadi punca seorang pelajar perempuan di Sekolah Menengah Kebangsan (SMK) Bandar Utama 4, Petaling Jaya, Selangor dibunuh pada Selasa.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shamsudin Mamat berkata pihaknya masih meneliti semua sudut termasuk kemungkinan suspek bertindak akibat cintanya ditolak.
“Namun, masih terlalu awal untuk mengesahkan motif sebenar. Siasatan menyeluruh sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian,” katanya.
Terdahulu, kejadian sekitar 9.30 pagi itu menggemparkan negara apabila seorang pelajar lelaki berusia 14 tahun menikam pelajar senior sekolah itu yang berusia 16 tahun.
Menurut maklumat awal, suspek, pelajar peralihan tingkatan 1 itu dipercayai menyerang dan menikam mangsa, yang belajar di tingkatan 4 ketika waktu persekolahan.
Dalam kejadian berhampiran tandas perempuan itu, polis turut merampas dua senjata tajam yang dipercayai digunakan dalam insiden tersebut.
Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
>>>MORE ARTICLE JUST CLICK AND READ<<<
https://www.jacknjillscute.com/2024/07/pembunuhan-zulfarhan-amat-kejam-dan.html
https://www.jacknjillscute.com/2025/09/viral-suspek-kes-bunuh-zara-qairina.html
https://www.jacknjillscute.com/2025/08/viral-siapa-dalang-sebenar-pembunuhan.html
https://www.jacknjillscute.com/2024/07/pembunuhan-zulfarhan-amat-kejam-dan.html
@Jr_Paku Midin Channel


https://www.jacknjillscute.com/2025/10/bangkok-offers-vibrant-mix-of-cultural.html
返信削除https://www.jacknjillscute.com/2025/10/putus-cinta-punca-lelaki-kerat-teman.html
返信削除https://www.jacknjillscute.com/2025/10/viral-terkini-pelajar-perempuan-16.html
返信削除