VIRAL TERKINI - PELAJAR PEREMPUAN 16 TAHUN DIBUNUH DIPERCAYAI DITIKAM BEBERAPA KALI OLEH SEORANG PELAJAR LELAKI - BANDAR UTAMA PETALING JAYA
KUALA LUMPUR, MALAYSIA: Seorang pelajar perempuan 16 tahun di sebuah sekolah di Bandar Utama, Petaling Jaya, maut selepas dipercayai ditikam beberapa kali seorang pelajar lelaki, pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shamsudin Mamat, berkata kejadian dikatakan sekitar jam 9.30 pagi, berlaku di luar bilik darjah berhampiran kawasan tandas perempuan.
Dua senjata tajam dipercayai digunakan oleh suspek, pelajar lelaki berusia 14 tahun (Tingkatan 1, Kelas Peralihan) telah dirampas polis.
Shamsudin berkata, siasatan awal mendapati terdapat beberapa tikaman di bahagian badan mangsa.
"Kita ada rampas dua senjata tajam yang kita percayai digunakan dalam kejadian ini. Kita akan sahkan kemudian (jenis senjata digunakan) nanti.
"Kecederaan tikaman (didapati di bahagian badan (mangsa). Apabila laporan postmortem (bedah siasat) keluar nanti, kita akan tahulah berapa jumlah tikaman yang sebenar," katanya.
Kejadian tikam berlaku di luar kelas dalam kawasan sekolah - KPN
Sementara itu, Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail, berkata kejadian tikaman membabitkan mangsa, pelajar berusia 16 tahun dan suspek 14 tahun di sebuah sekolah di Bandar Utama, Petaling Jaya disahkan berlaku di luar kelas dalam kawasan sekolah.
Setakat ini, motif kejadian masih dalam siasatan pihak berkuasa.
Beliau turut menyifatkan kejadian itu sangat menyedihkan dan menuntut siasatan segera.
"Kejadian membabitkan pelajar berusia 16 tahun yang meninggal dunia, dan setakat ini kita tidak dapat memastikan motif kejadian ini.
Suspek sudah ditangkap
"Tangkapan sudah dibuat dan insya-Allah Ketua Polis Selangor akan memberikan butiran lanjut mengenai perkara itu," katanya pada sidang media selepas pelancaran Program Kempen Anti Buli di sini, hari ini.
Mohd Khalid turut mengesahkan suspek berusia 14 tahun tidak boleh didedahkan identitinya kerana masih di bawah umur.
Polis sahkan tiada unsur buli
Dalam pada itu, Shamsudin juga mengesahkan tiada unsur buli dalam kejadian itu. Siasatan awal menunjukkan terdapat beberapa tikaman di badan mangsa yang dipercayai dibunuh di kawasan berhampiran tandas perempuan.
"(Setakat siasatan yang sudah dibuat) saya mengesahkan tiada unsur buli yang berlaku.
"Tetapi siasatan lanjut kita akan jalankan kalau timbul perkara-perkara lain," katanya.
Beliau turut memaklumkan mayat perempuan tingkatan empat yang dibunuh sudah dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (UM) untuk bedah siasat.
Katanya, motif kejadian juga masih dalam siasatan pihak polis.
Mengulas lanjut, Shamsudin berkata, kejadian itu disedari guru yang terdengar jeritan dan cuba untuk membantu tetapi kejadian sudah berlaku. Mangsa dan suspek adalah pelajar di sekolah sama namun berbeza tingkatan.
"Bagaimanapun punca kejadian masih dalam siasatan lanjut dan senjata tajam yang dipercayai digunakan suspek sudah dirampas juga untuk tindakan lanjut," katanya.
Suspek sudah ditahan dan akan direman untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Tiada mangsa lain cedera
"Kejadian itu tidak membabitkan mangsa lain yang cedera, hanya membabitkan seorang mangsa saja. Kita akan dapatkan permohonan reman terhadap suspek, esok untuk siasatan lanjut," katanya.
>>>MORE ARTICLE JUST CLICK AND READ<<<
https://www.jacknjillscute.com/2023/10/viral-aniq-suhair-hamilkan-wanita-anak.html
https://www.jacknjillscute.com/2025/09/inkues-kematian-adik-zara-qairina.html
https://www.jacknjillscute.com/2025/09/viral-kes-zara-qairinia-plot-twist.html
https://www.jacknjillscute.com/2025/09/viral-pakar-patologi-sahkan-zara.html
@Jr_Paku Midin Channel


0 件のコメント:
コメントを投稿