2025年9月11日木曜日

VIRAL KES ZARA QAIRINIA - 'PLOT TWIST NARATIF' JAHAT, PEGUAM MINTA AG DAKWA INDIVIDU TERBABIT BULI DIHUKUM SETIMPAL - KUALA LUMPUR MALAYSIA

VIRAL KES ZARA QAIRINIA - 'PLOT TWIST NARATIF' JAHAT, PEGUAM MINTA AG DAKWA INDIVIDU TERBABIT BULI DIHUKUM SETIMPAL - KUALA LUMPUR MALAYSIA  

@Jr_Paku Midin Channel


KUALA LUMPUR: Peguam mewakili keluarga Allahyarham Zara Qairina Mahathir mencadangkan Jabatan Peguam Negara (AGC) supaya mendakwa individu yang terbabit dalam perbuatan buli, berdasarkan keterangan yang diberikan kepada polis berkaitan kes kematian remaja itu.


Ia susulan kenyataan yang dibuat Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk M Kumar pada sidang media, semalam bahawa hasil siasatan Pasukan Petugas Khas JSJ Bukit Aman mendapati wujud keterangan yang menjurus ke arah buli sebelum kejadian menimpa Zara Qairina.


Kumpulan peguam, diketuai Shahlan Jufri, berkata jika tindakan dakwaan itu dilakukan, inkues terhadap kematian pelajar berusia 13 tahun itu tidak perlu lagi diadakan.


"Jika keterangan di atas boleh dipercayai di mahkamah, kami mencadangkan kepada AGC supaya mendakwa individu atau individu-individu di dalam keterangan itu, yang melakukan buli di bawah seksyen 507D(2) Kanun Keseksaan.


"Di bawah seksyen itu, pesalah boleh dihukum penjara hingga 10 tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.


"Bagaimanapun, jika keterangan di atas tidak kuat atau tidak mencukupi bagi membentuk satu kesalahan di bawah seksyen 507D(2), siasatan lanjut perlu diteruskan bagi memperkuat keterangan itu.


"Dalam keadaan ini, inkues perlu diadakan serentak dengan penyiasatan lanjut tadi. Pendakwaan boleh dilakukan kemudian," katanya dalam kenyataan bersama, hari ini.


Siasatan polis menjurus ke arah berlakunya buli sebelum kejadian

Pada sidang media semalam, Kumar memaklumkan, siasatan pasukan petugas khas berhubung kematian Zara Qairina menjurus ke arah berlakunya buli sebelum kejadian.


Katanya, ia hasil keterangan yang dirakamkan dan dapatan siasatan setakat ini, dan susulan itu, satu kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 507D (2) Kanun Keseksaan untuk siasatan lanjut.


Semalam, AGC mengarahkan prosiding inkues dilakukan terhadap kematian Zara Qairina, susulan laporan siasatan yang dikemukakan Polis Diraja Malaysia (PDRM) baru-baru ini.


Prosiding inkues itu bertujuan menentukan punca dan sebab kematian, termasuk mengenal pasti sama ada terdapat unsur jenayah atau sebaliknya dalam kematian pelajar itu.


Plot twist naratif jahat

Sementara itu, Shahlan berkata, kenyataan pada sidang media itu juga membuktikan bahawa 'plot twist' yang ditularkan beberapa minggu lalu di platform media massa, kononnya anak guam mereka, Noraidah Lamat, iaitu ibu kepada Zara Qairina adalah tidak benar.


"Plot twist itu adalah satu naratif jahat dan jijik yang direka untuk memfitnah anak guam kami dan Zara," katanya.


Pada masa sama, Shahlan merayu mana-mana individu yang mempunyai maklumat yang boleh membantu siasatan polis mengenai kematian Zara Qairina untuk tampil ke hadapan.


"Salurkan maklumat anda kepada polis. Jika anda takut atau memerlukan bantuan untuk berbuat demikian, anda boleh berjumpa dengan kami," katanya.


Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada pihak polis kerana bertindak pantas dalam siasatan kes berkenaan, selain kepada seluruh rakyat Malaysia yang menyokong dan berdoa mencari keadilan untuk Zara Qairina.


"Dalam pada yang sama, elakkan membuat spekulasi yang tidak benar mengenai kes kematian Zara," katanya.


Zara Qairina, 13, ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri selepas dilaporkan terjatuh dari tingkat tiga bangunan asrama sebuah sekolah agama di Papar, pada 16 Julai lalu dan disahkan meninggal dunia keesokan harinya di Hospital Queen Elizabeth I (HQEI).


Kematian pelajar Tingkatan Satu itu mendapat perhatian daripada pelbagai pihak termasuk di media sosial apabila ia didakwa dikaitkan dengan kejadian buli di sekolah itu.

>>>BACA BANYAK ARTIKEL DI SINI KLIK<<<

https://www.jacknjillscute.com/2025/06/nissan-considers-closing-2-kanagawa.html

https://www.jacknjillscute.com/2025/07/viral-kejam-kes-bunuh-zara-qairina.html

https://www.jacknjillscute.com/2025/06/japan-to-renovate-aging-sewage-pipes-by.html

https://www.jacknjillscute.com/2025/07/western-japan-sees-earliest-end-to.html



@Jr_Paku Midin Channel

0 件のコメント:

コメントを投稿

Featured post

VIRAL KES ZARA QAIRINIA - 'PLOT TWIST NARATIF' JAHAT, PEGUAM MINTA AG DAKWA INDIVIDU TERBABIT BULI DIHUKUM SETIMPAL - KUALA LUMPUR MALAYSIA

VIRAL KES ZARA QAIRINIA - 'PLOT TWIST NARATIF' JAHAT, PEGUAM MINTA AG DAKWA INDIVIDU TERBABIT BULI DIHUKUM SETIMPAL - KUALA LUMPUR M...