2025年9月12日金曜日

VIRAL - PAKAR PATOLOGI SAHKAN ZARA QAIRINA MELOMPAT SEBELUM MEMBUNUH DIRI ?

VIRAL - PAKAR PATOLOGI SAHKAN ZARA QAIRINA MELOMPAT SEBELUM MEMBUNUH DIRI?

@Jr_Paku Midin Channel


Prosiding inkues kematian pelajar Tingkatan Satu, Zara Qairina, pada hari kedua sesi pagi menyaksikan keterangan penting daripada pakar patologi Hospital Queen Elizabeth (HQE), Dr. Jessie Hiu.


Beliau memberitahu bahawa Zara Qairina berkemungkinan melompat dari tepi (luar) penghadang konkrit (concrete ledge) atau menghayunkan badannya (swing over). Perkara itu dinyatakan ketika menjawab soalan Timbalan Ketua Pendakwaan II, Jabatan Peguam Negara, Datuk Badius Zaman Ahmad yang membantu Mahkamah Koroner.


Keterangan di mahkamah

Badius Zaman: Boleh sahkan si mati melompat atau menghayunkan diri?


Dr. Hiu: Berdasarkan maklumat mengenai posisi dan lokasi si mati pada 16 Julai lalu, dia sama ada melompat atau menghayunkan diri.


Pada prosiding hari ini, Dr. Hiu turut membuat demonstrasi bagi menyokong keterangannya.


Beliau juga menunjukkan lebih kurang 30 keping gambar hasil lawatan ke lokasi kejadian serta lakonan semula yang dibuat dengan bantuan pegawai perubatan Jabatan Forensik HQE, Dr. Lau Cheng.


Dr. Cheng dipilih kerana mempunyai ketinggian hampir sama iaitu 152cm, manakala Zara Qairina 154cm dan perbezaan mereka adalah 2cm.


Demonstrasi Lakonan Semula

Menurut Dr. Hiu:

  • Dr. Cheng berjaya memanjat ke bahagian luar penghadang konkrit dan berdiri di tebing.
  • Di bahagian atas terdapat palang besi (suspended grill) yang boleh dijadikan pemegang ketika berada di tebing konkrit itu.
  • Beliau menjelaskan perbezaan jatuh dalam dua keadaan:

    • Jika duduk dan jatuh: seseorang itu akan jatuh ke hadapan dan mendarat kepala dahulu sama ada di dalam longkang atau berhampiran longkang.
    • Jika berdiri dan jatuh: tubuh akan berpusing dan kepala akan jatuh terlebih dahulu sama ada dalam longkang atau berhampiran longkang.

    “Terdapat jarak di antara kaki kiri Zara Qairina ketika ditemukan pada 16 Julai lalu dan longkang. Untuk berada di lokasi ia ditemukan dengan kaki mendarat dahulu, seseorang perlu melompat dari embok penghadang atau bergayut sambal memegang palang besi sebelum melonjakkan badan ke hadapan,” kata Dr. Hiu.

    Kecederaan Utama

    Dr. Hiu menegaskan kecederaan paling parah adalah pada kaki kiri, yang menunjukkan ia menjadi impak pertama ketika jatuh.

    Semalam, beliau turut menerangkan bahawa lakonan semula mendapati Zara Qairina mendarat dengan kaki kiri terlebih dahulu diikuti rapat oleh kaki kanan. Selepas hentakan, remaja itu terjatuh ke belakang terutamanya pada bahagian kiri badan.

    Ia menyebabkan kecederaan lebih teruk pada tumit kiri dan tulang kaki kiri (comminuted fracture of the left calcaneum, comminuted fracture and oblique fracture of the distal left tibia).

    Comminuted fracture adalah keadaan yang mana tulang patah tiga atau lebih. Merujuk kepada kes ini, Dr. Hiu menyatakan tulang kaki kiri Zara Qairina patah menjadi bahagian lebih kecil.

    Ketinggian Penghadang

    Menurut Dr. Hiu, walaupun Zara Qairina lebih tinggi sedikit daripada Dr. Cheng, ketinggian tembok penghadang adalah sekitar tiga perempat tubuh remaja itu.

    “(Melihat kepada) ketinggian tembok penghadang dan tinggi si mati, adalah tidak mungkin akan jatuh secara tidak sengaja atau terjatuh akibat ditolak. Tidak mungkin akan terjatuh tidak kira sama ada akan ditolak dari hadapan atau dari belakang kerana dihalang oleh tembok.” katanya.

    Prosiding inkues bersambung semula pada sesi petang

>>>BACA LEBIH BANYAK ARTIKEL DI SINI<<<






@Jr_Paku Midin Channel

0 件のコメント:

コメントを投稿

Featured post

PILIHAN RAYA NEGERI (PRN) SABAH JANGAN BERFIKIRAN KOLOT DAN BUTA TERHADAP SEJARAH - KOTA KINABALU SABAH

PILIHAN RAYA NEGERI (PRN) SABAH PILIHLAH POLITIK MATANG JANGAN TERSILAP PANGKAH - KOTA KINABALU SABAH @Jr_Paku Midin Channel Sabah sekali la...