PAGES

2026年2月4日水曜日

PESAWAT INDONESIA AIR TRANSPORT HILANG DARI RADAR, 11 INDIVIDU DIKHUATIRI KORBAN - JAKARTA INDONESIA

PESAWAT INDONESIA AIR TRANSPORT HILANG DARI RADAR, 11 INDIVIDU DIKHUATIRI KORBAN - JAKARTA INDONESIA

@Jr_Paku Midin Channel


Jakarta: Sebuah pesawat komersial milik syarikat Indonesia Air Transport (IAT) dilaporkan hilang daripada radar ketika sedang melakukan penerbangan dari Yogyakarta menuju ke Makassar, hari ini.


Pesawat jenis ATR 42-500 dengan nombor pendaftaran PK-THT itu membawa seramai 11 individu, merangkumi lapan kru penerbangan dan tiga penumpang, lapor Antara News.


Jurucakap agensi mencari dan menyelamat nasional Indonesia (Basarnas) mengesahkan pesawat berkenaan terputus hubungan dengan menara kawalan udara (ATC) ketika melintasi ruang udara Leang-Leang di daerah Maros, wilayah Sulawesi Selatan.


Ketua Seksyen Operasi Basarnas Makassar, Andi Sultan berkata, pihaknya menerima laporan kecemasan mengenai insiden itu sebelum menggerakkan pasukan penyelamat ke lokasi terakhir pesawat dikesan.


"Berdasarkan koordinat awal yang diberikan oleh AirNav Indonesia, pesawat dipercayai berada di sekitar kawasan pergunungan kapur di daerah Maros.


"Kami sudah menghantar pasukan awal yang terdiri daripada 20 anggota penyelamat ke lokasi bagi memulakan operasi penilaian dan pencarian," katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.


Sementara itu, Ketua Pengarah Perhubungan Udara Kementerian Pengangkutan Indonesia, Lukman Laisa memaklumkan fasa kecemasan 'DETRESFA' telah diaktifkan serta-merta selepas komunikasi dengan pesawat terputus sepenuhnya.


"Pusat krisis (Crisis Center) telah dibuka di Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Hasanuddin, Makassar bagi menyelaras maklumat dan membantu waris mangsa yang terbabit.


"Operasi pencarian kini diperhebatkan dengan pembabitan unit dron serta bantuan daripada Pasukan Gerak Cepat (Pasgat) Tentera Nasional Indonesia Angkatan Udara (TNI AU)," katanya.


Sehingga kini, nasib kesemua 11 mangsa belum diketahui dan operasi mencari dan menyelamat (SAR) sedang giat dijalankan di kawasan yang dikenal pasti meskipun berdepan bentuk muka bumi yang mencabar.


Laporan awal media tempatan turut menyebut penduduk di sekitar kawasan Gunung Bulusaraung mendakwa ada mendengar bunyi dentuman kuat, namun pihak berkuasa masih dalam proses mengesahkan kaitan maklumat berkenaan dengan kehilangan pesawat itu.

>>>BANYAK BERITA BACA DI SINI<<<

https://www.jacknjillscute.com/2023/09/indonesia-lgbtq-event-moved-after.html

https://www.jacknjillscute.com/2025/10/putus-cinta-punca-lelaki-kerat-teman.html

https://www.jacknjillscute.com/2025/04/indonesia-to-bring-home-561-myanmar.html

https://www.jacknjillscute.com/2025/11/kasus-prada-lucky-legislator-minta.html



@Jr_Paku Midin Channel

0 件のコメント:

コメントを投稿