2025年5月13日火曜日

VIRAL - MALAYSIA BERDUKA " IBU GAJAH KEHILANGAN ANAKNYA DIGILIS LORI AKAN KEMBALI KE LOKASI KEJADIAN "

VIRAL - MALAYSIA BERDUKA " IBU GAJAH KEHILANGAN ANAKNYA DIGILIS LORI AKAN KEMBALI KE LOKASI KEJADIAN "

@Jr_Paku Midin Channel


GERIK – Ibu gajah yang kehilangan anaknya akibat dilanggar sebuah lori muatan ayam dalam kejadian kemalangan di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Gerik-Jeli, awal pagi tadi, mungkin akan kembali ke lokasi kejadian.


Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) bertindak menggunakan pelali untuk membawa ibu gajah terbabit jauh dari lokasi selepas haiwan tersebut enggan berganjak dari anaknya.


Tindakan itu terpaksa dilakukan bagi mengelak berlakunya risiko terhadap pengguna jalan raya di laluan berkenaan, selain memudahkan usaha mengeluarkan bangkai anak gajah tersebut.


Pengarah Perhilitan Perak, Yusoff Shariff berkata, dalam operasi itu, seramai 10 anggota dari Perhilitan Perak dan Kelantan ditugaskan membantu ‘menenangkan’ ibu gajah berkenaan.


“Pelali yang kita gunakan mengikut dos sesuai berdasarkan berat gajah tersebut bagi membolehkan ia dibawa ke hutan berhampiran. Lokasi pemindahan hanya sekitar satu kilometer dari tempat kejadian.


“Memang ada kemungkinan gajah itu akan kembali ke lokasi kejadian, tetapi kita berharap ia akan bertemu dengan kumpulan gajah lain dan terus mengikut kumpulan tersebut,” katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.


Yusoff berkata, gajah denak atau lori khas tidak digunakan dalam proses tersebut kerana tindakan perlu dilakukan segera bagi mengelak kesesakan trafik di lokasi berkenaan.


Terdahulu, video menyayat hati berdurasi seminit 11 saat yang tular di media sosial mengundang reaksi simpati dalam kalangan warganet apabila melihat tindakan ibu gajah yang enggan berganjak dari lokasi kerana mahu ‘menyelamatkan’ anaknya.


Difahamkan, kemalangan kira-kira jam 2 pagi itu membabitkan sebuah lori muatan ayam dan seekor anak gajah yang ditemui terperosok di bawah bahagian hadapan lori berkenaan.

>>>MORE ARTICLE JUST CLICK AND READ<<<

https://www.jacknjillscute.com/2024/03/viral-pdrm-tubuh-pasukan-khas-siasat.html

https://www.jacknjillscute.com/2024/08/selisih-faham-takut-rahsia-terbongkar.html

https://www.jacknjillscute.com/2024/07/kes-bunuh-zulfarhan-keputusan-muktamad.html

https://www.jacknjillscute.com/2024/07/pembunuhan-zulfarhan-amat-kejam-dan.html



@Jr_Paku Midin Channel

3 件のコメント:

  1. https://www.jacknjillscute.com/2025/03/9-year-old-girl-breaks-leg-after-being.html

    返信削除
  2. https://www.jacknjillscute.com/2025/04/viral-syawal-2025-dihangatkan-insiden.html

    返信削除
  3. https://www.jacknjillscute.com/2025/04/miri-house-fire-injures-one-destroys.html

    返信削除

Featured post

VIRAL - MALAYSIA BERDUKA " IBU GAJAH KEHILANGAN ANAKNYA DIGILIS LORI AKAN KEMBALI KE LOKASI KEJADIAN "

VIRAL - MALAYSIA BERDUKA " IBU GAJAH KEHILANGAN ANAKNYA DIGILIS LORI AKAN KEMBALI KE LOKASI KEJADIAN " @Jr_Paku Midin Channel GERI...