2025年9月30日火曜日

INKUES KEMATIAN ADIK ZARA QAIRINA: SELEPAS HARI HARI BERLALU, INI ANTARA FAKTA PENTING HARUS KITA KETAHUI DARI 8 SAKSI UTAMA - KOTA KINABALU SABAH MALAYSIA

INKUES KEMATIAN ADIK ZARA QAIRINA: SELEPAS HARI HARI BERLALU, INI ANTARA FAKTA PENTING HARUS KITA KETAHUI DARI 8 SAKSI UTAMA - KOTA KINABALU SABAH MALAYSIA

@Jr_Paku Midin Channel


KUALA LUMPUR: Inkues bagi mencari punca kematian Zara Qairina Mahathir, 13, di Mahkamah Koroner Kota Kinabalu, Sabah, masuk hari ke-10 semalam selepas bermula pada 3 September lalu.


Prosiding di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen, Amir Shah Amir Hassan yang bertindak sebagai koroner, menyenaraikan 70 saksi akan dipanggil memberi keterangan pada inkues ditetapkan 3 dan 4 September, 8 hingga 12 September, 17 hingga 19 September dan 22 hingga 30 September.


Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha itu ditemui tidak sedarkan diri pada 16 Julai lalu sebelum disahkan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth (HQE), Kota Kinabalu pada 17 Julai.


Lapan saksi sudah memberi keterangan ialah Pakar Patologi Forensik HQE, Dr Jessie Hiu; Pemeriksa Dokumen di Bahagian Pemeriksaan Dokumen, Pusat Analisis Sains Forensik, Jabatan Kimia Malaysia, Nurul Atiqah Mohd Noh; Pegawai Perubatan Jabatan Kecemasan dan Trauma HQE, Dr Janefer Voo dan Pegawai Perubatan Jabatan Neurosurgeri HQE, Dr Pavankumar Balachandran.


Selain itu, Pegawai Siasatan Jenayah di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah, Inspektor Maidon Bernadus; Pengawal keselamatan di SMKA Tun Datu Mustapha, Linah Mansoding @ Jaliha; Pegawai Perubatan Forensik HQE, Dr Logaraj Ratha dan Ketua Warden Asrama SMKA Tun Datu Mustapha, Azhari Abd Sagap.


Berikut antara fakta penting keterangan lapan saksi berkenaan.


SAKSI KELAPAN: Azhari Abd Sagap

Isu diari arwah

• Saksi memaklumkan pihaknya mahu tahu kandungan diari Zara Qairina kerana Noraidah Lamat, iaitu ibu arwah berulang kali menyebut mengenai dokumen itu, namun beliau mengakui tiada siapa memberi kebenaran kepada mereka untuk membacanya.


• Menjelaskan barangan milik arwah, termasuk sebuah diari bertulis Love and Peace, diserahkan kepada ibu arwah selepas dikemas daripada bilik isolasi asrama. Mengakui pertama kali melihat gambar diari terbabit pada prosiding 18 September, tidak pernah melihatnya sebelum itu.


• Menyatakan semua barangan di lokar Zara Qairina diberi kepada ibu arwah, kecuali diari yang dijumpai guru bernama Cikgu Miswati bersama dua pelajar ketika mengemas lokar atas arahannya. Beliau juga ingat bahawa dompet arwah juga ada dalam lokar dengan baki wang RM7.


• Menjelaskan 15 helaian kertas dipercayai mengandungi tulisan arwah ditemui di rak buku kayu di belakang kelas arwah yang tidak berkunci dan boleh diakses sesiapa. Mengakui tidak logik diari arwah disimpan di rak buku terbuka, tetapi menegaskan helaian tulisan itu memang ditemui di situ dan kemudian diserahkan kepada polis bersama gambar kedudukan rak.



Kisah 'Pelajar A'

• Seorang pelajar dirujuk sebagai A mengambil cuti sakit lebih dua minggu dengan tarikh berasingan selepas insiden malang menimpa arwah Zara Qairina pada 16 Julai lalu. Pelajar A seorang daripada lima remaja yang didakwa berhubung kes buli Zara Qairina.


• Sijil cuti sakit diperolehi daripada Klinik Kesihatan, yang pertama dari 28 Julai hingga 4 Ogos lalu dihantar pada 28 Julai, manakala yang kedua bermula 8 hingga 18 Ogos dihantar pada 7 Ogos dan pada 11 Ogos, ibu pelajar A memaklumkan akan datang ke sekolah untuk mengambil semua barang anaknya.


• Azhari berkata beliau mengetahui pelajar A ada melihat Zara Qairina diletakkan di tepi rumah warden, iaitu laluan antara bangunan Blok A ke Blok B sebelum ambulans tiba di asrama berkenaan dan tidak tidak menunjukkan tanda trauma.


• Dakwa ketua warden asrama itu lagi, dalam gambar dirakam oleh Linah ketika pelajar A dan seorang lagi pelajar diminta datang ke sekolah untuk diambil keterangan, pelajar A menunjukkan tanda peace.


• Azhari juga memberitahu mahkamah bahawa pelajar A yang dimaklumkan oleh ibu arwah bahawa dia kawan baik anaknya, telah berpindah sekolah beberapa minggu selepas kejadian menimpa Zara Qairina, namun tidak tahu alasan perpindahan itu.



Istilah 'MA' dan tuduhan mencuri

• Azhari memberitahu Mahkamah Koroner bahawa istilah 'MA' yang digunakan pelajar merujuk kepada "Mesyuarat Asrama", bermaksud perjumpaan ramai pelajar, bukannya sesi memanggil serta menyoal seorang pelajar secara peribadi dan beliau tidak tahu mengapa wujud sesi itu.


• Beliau difahamkan tindakan pelajar senior itu adalah melakukan siasatan terhadap kes curi membabitkan Zara Qairina, sekadar bertanya 'betul atau tidak kau (Zara Qairina) mencuri,'.


• Sebelum itu, pengawal keselamatan sekolah, Linah Mansoding mengesahkan wujud budaya 'MA', iaitu sesi perjumpaan antara pelajar senior dan junior di asrama sekolah itu dan tidak menolak kemungkinan Zara Qairina turut dipanggil menghadiri sesi berkenaan.



Isu 'Kak M'

• Azhari memaklumkan cerita mengenai 'Kak M' bermula sejak Mei lalu mengikut hasil siasatan pihak sekolah dan mempersoalkan kenapa Noraidah berdiam diri tidak membuat sebarang laporan kepada pihak sekolah walaupun anaknya dikatakan pernah mengadu mengenai masalah dihadapi di asrama.


• Dakwanya, ibu Zara Qairina juga tidak pernah menceritakan sebarang insiden buli kepadanya ketika mereka bertemu di unit kecemasan hospital selepas pelajar itu dimasukkan ke situ dan dakwaan berkenaan hanya diketahui selepas Noraidah membuat hantaran dalam TikTok.


• Sebelum ini, warganet menuduh 'Kak M' sebagai individu terbabit dalam kes membuli Zara Qairina susulan tular rakaman audio perbualan antara arwah dengan ibunya, dalam media sosial.


• Azhari memberitahu 'Kak M' adalah pelajar yang baik dan bukan individu yang wajahnya tular di media sosial dengan tuduhan terhadap pelajar itu disifatkannya sangat zalim hanya kerana dia orang pertama menjumpai Zara di bawah bangunan asrama.



Dakwaan ugutan, sembunyi kebenaran

• Azhari memberitahu bahawa 'Kak M' membuat kenyataan 'berbaur ugutan' dengan kata-kata 'kalau aku touch-touch kau ini, berdarah kau ni' terhadap arwah Zara Qairina kerana berada dalam keadaan emosi tidak stabil selepas tahu adik perempuannya dikatakan diejek oleh arwah dan seorang lagi pelajar .


• Terhadap dakwaan pihak pengurusan SMKA Tun Datu Mustapha dan kakitangannya tidak pernah cuba menyembunyikan kebenaran di sebalik kematian Allahyarham, Azhari menegaskan, mereka tidak pernah cuba melindungi pembuli atau pembunuh Zara Qairina.


• Beliau yang mengalirkan air mata ketika inkues berkata walaupun berusaha menyelamatkan arwah pada 16 Julai, menemani Zara Qairina dan ibunya di hospital, hadir ke pengebumian pelajar itu di Sipitang dan memberi kerjasama penuh kepada polis, beliau dan pihak sekolah tetap menerima kecaman.



Aduan buli

• Azhari menegaskan tidak pernah menerima sebarang aduan buli membabitkan Zara Qairina daripada mana-mana pihak sebelum ini, juga tidak pernah menerima aduan daripada ibu bapa arwah atau aduan bahawa Zara Qairina dibuli oleh empat remaja (B, C, D dan E) dan tiada pelajar memaklumkan kepadanya mengenai buli oleh B, C, D atau E semasa berada di lokasi kejadian.


• Menyatakan tiada pelajar memaklumkan bahawa Zara Qairina dipukul di kepala, sama ada di lokasi kejadian atau selepas 16 Julai dan selepas kejadian juga, tiada pelajar tampil membuat aduan bahawa arwah dibuli senior, ditolak, dibuang dari tingkat tiga atau dibunuh senior.


• Hanya tahu isu selepas melihat posting ibu arwah di TikTok, namun tidak pasti sama ada ia berunsur buli atau tidak. Menyifatkan tuduhan di media sosial bahawa CCTV di asrama dipotong bagi melindungi pembuli sebagai fitnah dan tidak betul kerana memang tiada CCTV dipasang di asrama dan perkara itu bukan bidang kuasanya.


SAKSI KETUJUH: Dr Logaraj Ratha

• Sekitar jam 5 petang, 17 Julai 2025, Dr Logaraj dimaklumkan mengenai kematian di Wad Neurosurgeri HQE yang membabitkan siasatan polis dan mayat Zara Qairina dipindahkan dari wad ke Jabatan Perubatan Forensik.


• Dr Logaraj memaklumkan perkara itu kepada pakar patologi forensik bertugas ketika itu, Dr Ding Chee Swan, selain menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Wong Yew Zhung dari Bahagian Siasatan Jenayah IPD Papar.


• Inspektor Wong memaklumkan telah berjumpa Dr Pavankumar Balachandran, pegawai perubatan bertugas di Jabatan Neurosurgeri yang mengesahkan punca kematian Zara Qairina ialah kecederaan otak traumatik teruk dengan hypoxic ischaemic encephalopathy.


• Inspektor Wong memberitahu perlu merujuk pihak atasan sebelum memberi maklum balas lanjut dan kemudian memaklumkan polis tidak akan mengeluarkan Borang Pol. 61 (Permintaan untuk Bedah Siasat). Dr Logaraj menerima surat pelepasan / kebenaran daripada Inspektor Wong untuk menyerahkan jenazah kepada Noraidah tanpa melalui proses bedah siasat undang-undang.



Tidak mahu bedah siasat

• Dr Logaraj bertemu Noraidah dan kakak iparnya, Nur Shira serta memaklumkan bahawa polis tidak mengeluarkan Borang Pol. 61, namun menerangkan kepada mereka keperluan dan kepentingan bedah siasat yang masih boleh dijalankan dengan persetujuan waris.


• Noraidah diberi masa secukupnya untuk membuat keputusan, kelihatan tenang dan diberi ruang untuk berfikir sebelum membuat keputusan, namun memutuskan bedah siasat tidak dilakukan walaupun sudah diberi penerangan.


• Berikutan itu, pihak hospital menyerahkan jenazah kepada Noraidah selaras dasar jabatan dan hospital bersama Surat Akuan Enggan Bedah Siasat Mayat Atas Kemahuan Sendiri.



SAKSI KEENAM: Linah Mansoding @ Jaliha

• Bertugas di asrama perempuan pada 15 Julai, bermula jam 8 malam hingga 8 pagi keesokannya dan sekitar jam 3 pagi, seorang pelajar senior datang memaklumkan ada pelajar pengsan di longkang berhampiran Blok Rabiatul Adawiyah.


• Bergegas ke lokasi dan melihat Zara Qairina terlentang di longkang tidak sedarkan diri, masih bernafas dengan tengkuk berdarah lalu menghubungi Azhari dan kemudian mengambil sekeping gambar arwah sebelum menghubungi hospital dan ambulans datang sekitar jam 4 pagi.


• Menjelaskan pelajar yang memaklumkan kejadian itu datang seorang diri tanpa ditemani pelajar lain, manakala blok asrama tempat kejadian tidak dilengkapi kamera litar tertutup (CCTV) dan tiada gril keselamatan di koridor.


• Menyatakan telefon awam di kawasan asrama ditutup 48 jam selepas kejadian 16 Julai dengan mematikan suis atas arahan ketua warden kerana pelajar banyak menghubungi ibu bapa mereka. Blok A mempunyai tiga telefon awam dan Blok B juga tiga.


SAKSI KELIMA: Inspektor Maidon Bernadus

• Menunjukkan kepada Mahkamah Koroner patung yang digunakan ketika menjalankan simulasi kejadian di asrama. Patung yang ditunjukkan kelihatan rosak dengan bahagian kepala terpisah daripada badan serta kedua-dua kaki patah.


• Simulasi bermula jam 3 pagi dengan bantuan cahaya lampu bangunan asrama serta lampu tambahan forensik. Patung berat asal 10 kilogram (kg) digunakan, ditambah pemberat batu bata di bahagian pinggang hingga ke bawah sehingga jumlah keseluruhan kira-kira 53kg, tinggi patung 180 sentimeter (sm), iaitu lebih 27sm daripada ketinggian Zara Qairina.


• Memaklumkan Zara Qairina dipercayai kali terakhir dilihat di tandas tingkat tiga asrama sebelum ditemui tidak sedarkan diri di tingkat bawah bangunan pada awal pagi 16 Julai berdasarkan siasatan awal Inspektor Wong.


• Tugas mengesan cap jari, kesan tapak kaki, darah atau tompokan darah tidak dijalankan pasukannya kerana ia siasatan susulan. Dua siasatan tempat kejadian terdahulu sudah dilakukan oleh Inspektor Alif dari Unit Forensik IPK Sabah.



SAKSI KEEMPAT: Dr Pavankumar Balachandran

• Menjelaskan punca utama kematian Zara Qairina ialah kecederaan otak traumatik teruk dengan komplikasi hypoxic-ischemic encephalopathy (HIE) iaitu kecederaan otak akibat kekurangan oksigen (hipoksia) dan aliran darah (iskemia) ke otak.


• Mangsa dikesan mengalami pendarahan teruk dalam otak serta tiada tindak balas otak sebaik tiba di hospital. Keadaan Zara Qairina merosot selepas dimasukkan ke HQE dan meninggal dunia pada 17 Julai, jam 1.07 tengah hari selepas dua hari dirawat pasukan pakar.


• Kematian dimaklumkan kepada pegawai penyiasat dan mayat disimpan di wad sehingga ketibaan pegawai penyiasat.


• Dimaklumkan kronologi insiden menimpa Zara Qairina sehingga dihantar ke Jabatan Kecemasan HQE jam 4.38 pagi oleh pasukan Pre-Hospital Care (PHC) Klinik Kesihatan Kinarut. Trauma alert diaktifkan jam 4.42 pagi.


Pemeriksaan neurosurgeri

• Pemeriksaan awal pasukan neurosurgeri mendapati mangsa sudah dalam keadaan intubasi, tidak menunjukkan sebarang tindak balas neurologi, bergantung sepenuhnya kepada mesin bantuan pernafasan, tahap kesedaran pada skala paling rendah dan anak mata kekal membesar tanpa refleks otak.


• Pemeriksaan luaran menemui bengkak dan luka koyakan pada bahagian belakang kepala yang telah dijahit bagi menghentikan pendarahan.


• Hasil imbasan CT scan otak menunjukkan pendarahan akut pada subarachnoid di kedua-dua belah hemisfera otak, pendarahan subdural di beberapa bahagian termasuk fissura interhemisferica dan tentorium cerebelli, selain tanda awal herniasi tonsillar di foramen magnum.


• Laporan perubatan turut merekodkan kehilangan kejelasan antara bahan kelabu dan putih otak, tanda kerosakan neurologi kritikal.



SAKSI KETIGA: Dr Janefer Voo


• Menyatakan tiada kesan lebam atau tanda penderaan pada tubuh pesakit ketika Zara Qairina tiba di HQE dan beliau menerima pesakit yang dalam keadaan tidak sedarkan diri pada jam 4.38 pagi 16 Julai.


• Antara kecederaan dialami mangsa adalah bengkak dan pendarahan di bahagian belakang kepala, patah tertutup pada pergelangan tangan kiri, patah terbuka pada pergelangan kaki kiri, patah tertutup pada pergelangan kaki kanan.


• Selepas pemeriksaan, trauma alert diaktifkan di Jabatan Kecemasan HQE pada jam 4.42 pagi 16 Julai bagi rujukan segera kepada pasukan Neurosurgeri, Ortopedik, Pembedahan dan Anestesiologi.



Kecederaan Zara Qairina

• Berdasarkan penilaian awal, pesakit disyaki mengalami kecederaan otak trauma yang serius, kecederaan di bahagian belakang kepala, patah kedua-dua pergelangan kaki serta pergelangan tangan kiri dan pendarahan dalaman akibat trauma impak tinggi pada badan.


• Menyatakan tekanan darah pesakit terlalu rendah, disyaki akibat kecederaan dalaman, namun tidak mengesan kesan lebam atau tanda penderaan pada tubuh pesakit.


• Selepas proses resusitasi dan pengimejan, pesakit didapati mengalami pendarahan dalam otak, patah terbuka pada pergelangan kaki kiri dan tumit kiri, patah tertutup pada lengan kiri dan kaki kanan, patah tulang lumbar vertebrae 2, 3 dan 4, pembekuan darah pada tulang pelvis dan otot psoas kiri.



SAKSI KEDUA: Nurul Atiqah Mohd Noh

• Menjelaskan sebanyak 21 beg barang kes PDRM mengandungi kertas bertulisan tangan diserahkan kepada Jabatan Kimia Malaysia, Petaling Jaya dan beliau membuat pengecaman semula dokumen terbabit di Mahkamah Koroner.


• Dokumen diperiksa termasuk helaian kertas bertulisan tangan yang ditanda 'Y' serta buku latihan, buku kerja dan buku nota milik Zara Qairina yang ditanda 'W' bagi membandingkan tulisan tangan dengan contoh tulisan yang ada untuk menentukan sama ada ia milik arwah atau bukan.


• Memeriksa dan membuat perbandingan antara tulisan dipertikaikan dan contoh tulisan Zara Qairina menggunakan kanta pembesar dan peralatan saintifik Video Spectral Comparator.


• Beberapa perenggan tulisan tangan Zara Qairina yang menyuarakan ketidakpuasan hati kepada ibu dibacakan di mahkamah dan saksi mengesahkan ia tulisan arwah kerana cirinya sama dengan tulisan pada buku yang bertulis nama arwah.

• Mendedahkan sebuah buku bertanda 'W3' mengandungi dua gaya tulisan tangan berbeza dan ada dua nama sebagai pemilik, ditulis oleh Zara Qairina dan seorang lagi individu secara bersilih ganti pada tarikh berbeza.

SAKSI PERTAMA: Dr Jessie Hiu

• Bedah siasat tidak mengesan dadah biasa dalam tubuh arwah, tetapi Phenytoin, iaitu ubat antisawan untuk merawat epilepsi, juga biasa diberi sebagai rawatan pencegahan dalam kes kecederaan otak traumatik teruk bagi mengurangkan risiko sawan awal selepas trauma, dikesan dalam tisu buah pinggang.


• Hasil pemeriksaan tidak menunjukkan sebarang pembengkakan, lebam, lecetan, koyakan atau kecederaan lain dan keadaan selaput dara didapati utuh.


• Merumuskan Zara Qairina tidak mungkin terjatuh secara tidak sengaja atau ditolak dari koridor tingkat tiga asrama sekolah berdasarkan pemeriksaan lokasi dan perbandingan ketinggian mangsa dengan pagar konkrit koridor.


• Mengenai dakwaan Zara Qairina dimasukkan ke dalam mesin basuh, Dr Jessie menyatakan mustahil untuk menghidupkan mesin basuh jika seseorang dengan berat 53 kilogram dimasukkan ke dalamnya.


• Menyerahkan kepada Mahkamah Koroner untuk menentukan sama ada Zara Qairina jatuh kerana membunuh diri atau atas kerelaan sendiri.

>>>MORE ARTCLE JUST CLICK HERE AND READ<<<

https://www.jacknjillscute.com/2025/09/viral-kes-zara-qairinia-plot-twist.html

https://www.jacknjillscute.com/2025/09/viral-pakar-patologi-sahkan-zara.html

https://www.jacknjillscute.com/2025/09/after-zara-qairina-was-found-bleeding.html

https://www.jacknjillscute.com/2025/09/2-new-key-findings-experts-revealed-at.html

https://www.jacknjillscute.com/2025/09/viral-inkues-kematian-zara-qairina.html



@Jr_Paku Midin Channel

2025年9月29日月曜日

VIRAL - INKUES KEMATIAN ZARA QAIRINA :PEGUAM AKUI CABARAN KENAL PASTI DIARI, BUKU, HELAIAN KERTAS TULISAN ARAWAH - KOTA KINABALU, SABAH

VIRAL - INKUES KEMATIAN ZARA QAIRINA :PEGUAM AKUI CABARAN KENAL PASTI DIARI, BUKU, HELAIAN KERTAS TULISAN ARAWAH - KOTA KINABALU, SABAH

@Jr_Paku Midin Channel


KOTA KINABALU: Usaha mengenal pasti kesahihan tulisan Allahyarham Zara Qairina Mahathir, 13, selain kronologi penulisannya dan berapa jumlah sebenar buku dimiliki pelajar itu menjadi cabaran dihadapi dalam inkues sedang berjalan di Mahkamah Koroner, di sini.


Peguam mewakili keluarga Zara Qairina, Mohd Syarulnizam Mohd Salleh mengakui berdepan cabaran mengenal pasti masa penulisan dokumen kerana kebanyakan tulisan remaja itu tidak disertakan dengan tarikh.


Ketika ditemui media di Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu hari ini, beliau berkata, terdapat dokumen berupa buku yang diserahkan kepada pakar forensik untuk diteliti, namun sebahagiannya belum sempat ditender kepada mahkamah serta dianalisis oleh Jabatan Kimia.


Mohd Syarulnizam menambah, gaya tulisan Allahyarham adalah agak lazim dalam kalangan kanak-kanak yang sedang melalui fasa peralihan ke usia remaja, justeru lebih banyak sampel tulisan Zara dari beberapa tahun lalu akan diteliti.


"Ia dipanggil 'copy printing' – di mana kanak-kanak sekolah rendah menulis dengan huruf bulat besar. Perkara ini memerlukan analisis teliti bagi menentukan sama ada tulisan itu sama atau tidak. Kita tidak boleh hanya bergantung kepada bukti yang ditender," katanya.


Beli replika buku 'Love and Peace'

Beliau turut memaklumkan pasukannya membeli beberapa replika buku "Love and Peace" yang dipercayai milik Zara dan telah ditandakan sebagai eksibit di mahkamah.


Katanya, mereka dimaklumkan terdapat beberapa helaian buku berkenaan yang sudah dikoyak dan ditenderkan sebagai bukti.


"Tujuan kami adalah meneliti proses rekonstruksi, khususnya bagi buku Love and Peace ini, kerana helaian yang dikoyak dipercayai datang daripada buku itu – sekurang-kurangnya pada pemerhatian kasar. Kami juga mahu melihat sama ada terdapat helaian lain yang hilang atau ditambah. Ini antara objektif kami, iaitu meliputi lebih banyak aspek," katanya.


Tambahnya lagi, wujud kemungkinan berlaku gangguan terhadap buku-buku tersebut kerana ia sebelum ini disimpan di tempat yang mudah diakses oleh sesiapa termasuk rakan sekolah.


Pasukan itu juga memberi perhatian untuk menyusun dokumen yang ditender mengikut kronologi.


"Jadi, kita perlu tambah semua supaya dokumen ini perlu dia contemporaneous, dia perlu ada kesinambungan. Dari tahun 2006, tulisan tahun lalu sehingga tahun ini, sehingga akhir-akhir masa, bulan tujuh (Julai). Jadi, kita perlukan kesahihan dari setiap gaya tulisan. Salah satu cabaran yang kita dapat dari analisis (pakar sebelum ini).


"Saya fikir ini akan jadi cabaran juga. Kebanyakan tulisan-tulisan arwah tidak menggunakan tarikh. Kita ada susun kronologi," katanya.


Analisis DNA

Mohd Syarulnizam menambah, buku Love and Peace antara yang telah diambil dan telah dihantar untuk analisis DNA.


"Jadi, dari sini kita lihat jumlah buku ini 240 buka surat, yang ditender (dikemukakan di mahkamah) 15 keping (muka surat). Jadi, buku yang tinggal itu, berapa (muka surat) yang tinggal di dalam dan berapa yang tidak ada.


"Soalan yang kita perlu ajukan. Setakat ini, berapa buku yang milik Zara? Yang telah ditender kita tahu ada 3. W1, W2, W3 dan cebisan kertas Y1 hingga Y15, 15 keping (helai). Jadi, yang kita faham, ada jumlah lebih kurang 27 item. Kita perlu asingkan mana yang dokumen, mana yang bukan dokumen.


"Salah satu lagi dokumen yang kita harap dapat maklumat ialah buku catatan solat Zara," katanya menambah pakar-pakar berkaitan dapat memberi kepastian berkaitan dokumen yang dikaitkan, namun akan memerlukan masa.


Mohd Syarulnizam berkata, tiga pakar forensik bebas hadir hari ini untuk memeriksa dokumen berkaitan Allahyarham, iaitu Tay Eue Kam, Dr Dzulkiflee Ismail dan Dr Wan Nur Syuhaila Mat Desa.


Eue Kam adalah pemeriksa dokumen, manakala Dr Dzulkiflee dan Wan Nur Syuhaila ialah pensyarah kanan serta penyelidik Program Sains Forensik Universiti Sains Malaysia (USM).


Menurut Mohd Syarulnizam yang mewakili keluarga Zara Qairina, pemeriksaan akan dijalankan mulai hari ini hingga Jumaat.


Semak bahan bukti guna sinaran UV, inframerah

Dari segi kaedah, katanya, pasukan itu menggunakan peralatan seperti sinaran UV, inframerah, pengesan elektrostatik untuk mengesan sama ada tulisan dipadamkan; selain alat pengesan cap jari.


"Apa yang ingin kita capai dengan pemeriksa dokumen ini ialah meneliti lebih banyak aspek dokumen yang telah ditandakan (sebagai bukti) di mahkamah.


"Minggu lalu, kita sudah ada seorang pakar, Dr Lintihni Gannetion, yang mengkhusus dalam analisis tulisan tangan dan memeriksa tulisan pada kertas serta buku bertanda.


"Minggu ini pula, kita meneliti dokumen secara keseluruhan – termasuk analisis dakwat, pen yang digunakan, sama ada terdapat tanda pengubahsuaian, penambahan atau penghapusan," katanya pada sidang media di Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu.


Pada hari ketiga prosiding inkues sebelum ini, mahkamah telah memanggil saksi pemeriksa dokumen Jabatan Kimia Petaling Jaya, Nurul Atiqah Mohd Nor, yang meneliti 21 eksibit termasuk helaian koyak, buku, buku teks sekolah dan buku latihan.


Inkues selama 17 hari, memasuki hari ke-13 hari ini dengan setakat ini 10 saksi sudah dipanggil memberi keterangan.

>>>MORE ARTICLE JUST CLICK AND READ<<<

https://www.jacknjillscute.com/2025/08/viral-kes-zara-qairina-tiga-pegawai.html

https://www.jacknjillscute.com/2025/09/heres-what-dr-jessie-hiu-testified.html

https://www.jacknjillscute.com/2025/08/japan-to-invite-nuclear-disarmament.html

https://www.jacknjillscute.com/2025/09/2-new-key-findings-experts-revealed-at.html



@Jr_Paku Midin Channel

2025年9月28日日曜日

ABOUT SURVEY - JAPAN PICKED AS TOP DESTINATION TO REVISIT : TOKYO JAPAN

ABOUT SURVEY - JAPAN PICKED AS TOP DESTINATION TO REVISIT : TOKYO JAPAN

@Jr_Paku Midin Channel


Japan has been picked as the top destination people want to revisit, partly due to the Asian country's cuisine and quality products, according to a recent survey by major advertising agency Dentsu Inc.


In the online poll asking people from 20 economies who have traveled to multiple countries where they would like to visit again, Japan ranked top at 52.7 percent, followed by South Korea at 20.0 percent and the United States at 16.6 percent.


Interest in Japanese cuisine and goods, including the quality of used items, outscored a weaker yen, was often cited as the reason for the growth in tourist numbers.


The most popular convenience store items among respondents were sushi at 46.9 percent and ice cream at 45.1 percent, while rice balls and sweets were picked by 43.3 percent.


The survey, conducted between May and June, received responses from 12,400 individuals in Australia, Britain, Canada, China, France, Germany, Hong Kong, India, Indonesia, Italy, Malaysia, the Philippines, Saudi Arabia, Singapore, South Korea, Spain, Taiwan, Thailand, Vietnam and the United States.


Among Japan's 47 prefectures, Tokyo, Hokkaido, Osaka and Kyoto topped the list in terms of recognition and visitor experience.


In contrast, the percentage of travelers who visited rural areas and did not go to Tokyo, Nagoya, Osaka or Kyoto was small.


Of those who visited rural areas, 96.2 percent were satisfied with their experience and 93.4 percent said they want to visit again.


A Dentsu official said while there is a "high potential" for tourism in rural areas, there are issues that need to be addressed.


According to the survey, a lack of Wi-Fi hotspots and multilingual support as well as inaccessibility discouraged people from visiting rural areas.

>>>MORE ARTICLE JUST CLICK AND READ<<<

https://www.jacknjillscute.com/2025/07/56-magnitude-earthquake-strikes-fiji.html

https://www.jacknjillscute.com/2025/07/in-reversal-japan-now-wants-rice.html

https://www.jacknjillscute.com/2025/08/japan-railway-affiliated-tokyo-shopping.html

https://www.jacknjillscute.com/2025/08/81-year-old-woman-apparently-killed-by.html



@Jr_Paku Midin Channel

2025年9月27日土曜日

OKINAWA UNVEILS DRAFT ORDINANCE ON FIXED-RATE ACCOMMODATION TAX - OKINAWA JAPAN

OKINAWA UNVEILS DRAFT ORDINANCE ON FIXED-RATE ACCOMMODATION TAX - OKINAWA JAPAN

@Jr_Paku Midin Channel


The Okinawa prefectural government on Tuesday unveiled a draft ordinance for a 2 percent accommodation tax, which it plans to submit to the prefectural assembly at a regular session later this month.


The planned fixed-rate lodging tax for hotel and inn stays would be the first of its kind introduced by a prefectural government, according to Okinawa officials.


The tax, slated for introduction by the end of fiscal 2026, would be levied on accommodation fees with an upper limit of 2,000 yen per person per night, while those participating in school trips and extracurricular activities could be exempted.


The levy is expected to generate about 7.8 billion yen in annual revenue.


The revenue would be split 40 percent to the prefectural government and 60 percent to five municipalities considering implementing their own accommodation tax, while all other municipalities would get a 50-50 split.

>>>MORE ARTICLE JUST CLICK AND READ<<<

https://www.jacknjillscute.com/2025/08/japans-oldest-person-is-114-year-old.html

https://www.jacknjillscute.com/2025/09/nowadays-bugs-are-popular-pets-in-japan.html

https://www.jacknjillscute.com/2025/09/team-pulls-out-of-high-school-baseball.html

https://www.jacknjillscute.com/2025/08/japan-sets-record-high-temperature-of.html



@Jr_Paku Midin Channel

Featured post

INKUES KEMATIAN ADIK ZARA QAIRINA: SELEPAS HARI HARI BERLALU, INI ANTARA FAKTA PENTING HARUS KITA KETAHUI DARI 8 SAKSI UTAMA - KOTA KINABALU SABAH MALAYSIA

INKUES KEMATIAN ADIK ZARA QAIRINA: SELEPAS HARI HARI BERLALU, INI ANTARA FAKTA PENTING HARUS KITA KETAHUI DARI 8 SAKSI UTAMA - KOTA KINABALU...