2015年10月8日木曜日

" Backpacker ke Busan, Pulau Jeju, Seoul, Nami Island "






NEGARA KOREA 


Image result for jeju
https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

Bulan Oktober adalah sesuai untuk mengembara atau bercuti ke Negara Korea untuk ku melihat Musim dedaun Luruh ke bumi. Haha....
Image result for seoul
https://www.jacknjillscute.blogspot.com/



Tiket penerbangan ke destinasi Negara Korea dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching - KLIA2 - Busan Gimhae International Airport yang mengambil masa penerbangan hampir 8 jam. Kos penerbangan semestinya sebagai seorang Backpacker mestilah dengan kos belian tiket serendah yang mungkin harganya. Untuk makluman tiket penerbangan ini telah dibeli pada 24/Aug/2014 iaitu setahun lebih awal untuk mendapatkan harga termurah kiranya (RM 750.00 termasuk Nasi Lemak)hehe...AirAsia.


Image result for seoul
https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

Sesampainya di Gimhae International Airport Busan pada jam 0830 am waktu tempatan Korea, aktiviti pertama adalah melepasi Imigresen dan Kastam KOrea. Laluan nya amat mudah, hanya memberikan destinasi seterusnya kepada pegawai Imigresen, Pasport dicop dan akhirnya urusan menempatkan bagasi. Tujuan adalah untuk bergerak ke Kotaraya Busan sementara menunggu penerbangan seterusnya ke Pulau JEJU, KOrea.

Image result for seoul
https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

1.  Gimhae International Airport, Busan, Korea


  • KTX Sta. Gimhae International Airport, Busan Korea.




Destinasi seterusnya adalah Nampo Area. Menaiki semula bas secara percuma dari Shinsegae Duty Free Mall - Busan Sta. bergerak menuju ke Busan Sta. untuk menaiki Metro line. Di antara destinasi menarik di kawasan Nampo area adalah : Yongdusan Park (Busan Tower), Yeongdodaegyo Bridge (Bascule Bridge), Gukye Market, Beach Market, Taejongdae dan Jagalchi Market (Fish Market).
Image result for busan tower
https://www.jacknjillscute.blogspot.com/ 


d. YONGDUSAN PARK (BUSAN TOWER)

 

Dari Busan Sta. menggunakan Metro (Exit 1) dengan kos W 5500. Nampo Sta. adalah stesen ke 3 dari Busan Sta. Keluar dari Exit 1 melalui kawasan kedai yang dipenuhi dengan bunga-bungaan. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 15 minit dari stesen. Mungkin jugak aku selalu berhenti untuk selfie dan mengambil gambar kenang2xan.





YONGDUSAN PARK (BUSAN TOWER)
https://www.jacknjillscute.blogspot.com/




e.  JAGALCHI MARKET

 

Image result for jagalchi market
https://www.jacknjillscute.blogspot.com/
Destinasi seterusnya adalah Jagalchi Market. Lokasi Yongdusan Park (Busan Tower) dan Jagalchi Market amat dekat. Pasar Basah Jagalchi adalah Pasar Ikan terbesar di Negara Korea. Pada hari ini amat ramai orang berada di pasar ini. Banyak hidupan air yang tak pernah aku tengok dapat diperhatikan di sini. 





f. YEONGDODAEGYO BRIDGE (BASCULE BRIDGE)

Image result for YEONGDODAEGYO BRIDGE
https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

Seterusnya lokasi yang menjadi pilihan aku as penutup untuk hari ini adalah Yeongdodaegyo Bridge (Jambatan yang boleh terangkat gitu..) Hanya beberapa minit dari Jagalchi Market sampailah ke jambatan ini. Kedinginan malam dihiasi dengan lampu jalan dan bangunan menampakkan betapa indahnya Ciptaan Tuhan. Melalui jambatan ini serta berada di atas nya dapat menunjukkan bahawa Bandaraya Busan sememangnya adalah Bandar Pelabuhan bagi Negara Korea kerana dibuktikan dengan adanya Pasar Ikan Terbesar di Negara Korea.



https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

Image result for nami island
https://www.jacknjillscute.blogspot.com/
Nami Island




Sepanjang pengembaraan selama lebih kurang 9 hari mulai 04 - 12 hb Oktober 2015 ke Negara Korea telah ku sajikan di sini sebagai kenangan peribadi. Dengan kos perjalanan yang amat budget boleh ku katakan. Di mulai dengan turun naik penerbangan dari Kuching/KL/Busan/Pulau Jeju hinggalah penghujungnya ke Bandaraya Busan. Banyak kenangan manis suka duka al maklum sendirian. Pahit duka hanya sendiri yang merasa. Bagi diri ku 'Prinsip Hidup Tiada Yang Mustahil Jika Kita Benar2x Menginginkannya..Tanamkan Niat Dalam Diri..Sampai Bila Kita Harus Takut Menempuh Dunia Yang Sementara Ini'...Well...Jejakkan kaki untuk Negara Ke 24 Telah Pun Selesai.




Insya - Allah kita bersambung pada Tahun 2016 nanti....









Sampai jumpa lagi..Wassalam semua nya. 

2015年8月18日火曜日

Backpacker ke Negara China




Cuti2x bagi Tahun 2015 seterusnya perancangan telah dibuat sebelum penerbangan ke Europe May 25, 2015 yang lepas. Kebanyakan tiket penerbangan telah dibeli bukannya untuk Tahun 2015 tetapi termasuk tiket penerbangan untuk Tahun 2016. Lagi awal murahla gamatnya!!! 


Memendekkan coretan ini…


Bertolak dari rumah pada jam 1700 pm menuju ke Kuching International Airport untuk penerbangan Malaysia Airlines (MH 2597) Kuching - Kuala Lumpur International Airport dengan kos penerbangan yang murah (promosi) pada jam 2000 - 2145 mlm. Seterusnya ambil bas KLIA - KLIA 2. Backpacker katakan semuanya kena budget!!!


Seawal jam 0555 am, 14hb Ogos 2015, penerbangan Kuala Lumpur (KLIA2) - Shenzhen, China (AK 156). Perjalanan mengambil masa selama 3 jam 55 minit. Untuk penerbangan ini, sememangnya aku akan menempah awal tiket penerbangan termasuk makanan di dalam kapal. Menu utama aku adalah Nasi Lemak Pak Nassier bermasa 3-in-1 Nescafe. Mana2x penerbangan inilah sahaja menu utama aku. Bcoz Nasi Lemak Pak Nassier ni memang sedopp!!!!


Tamatnya tempoh penerbangan, kami mendarat di lapangan terbang Shenzhen, China. Lapangan terbang yang berbentuk menarik amat mengagumkan. Tetapi semuanya bertulisan Cina. HEHE kena bukak nota study jugak la nampaknya.




 Shenzhen Airport




Visa dan Imigresen

Berbaris panjang untuk pengesahan serta cop rasmi dekat pasport di lakukan. Kat asia ni kiranya tidaklah sehebat Negara Eropah yang mana mereka lebih strict dalam pengesahan Visa dan juga Imigresen. Jikalau Negara Eropah aku rasa lebih kurang 30 - 45 minit pengecaman untuk seorang tu sudah pasti. Lagi la Negara France. huhu di Negera China ni syukur alhamdulillah cepat dan selamat.hahaha


Selepas urusan Visa dan juga imigresen, bergerak ke lokasi bagasi..just backpack jd tiada masalah untuk mengambil luggage. Tetapi yang bez nya..tue ada haiwan cute sedang menghidu beg2x yang membawa bermacam2x buah tangan dari Kuala Lumpur..Habis beg makcik tu kena selongkar.Maybe dia bawa mercun ataupun tepong susu. Kebanyakan mereka yang diminta untuk membuka luggage ku perhatikan membawa susu tepong dan juga barangan solek!!!


https://www.jacknjillscute.blogpsot.com/


( Anjing menghidu beg )



Berurusan di Enquiry Airport Counter, aku telah mengambil perjalanan yang mudah serta mempesonakan menggunakan perkhidmatan Airport Bus Coach 330. Alternatif perjalanan dari Shenzhen Airport - Shenzhen City Center (Berdekatan Railway Station Shenzhen). Airport Coach 330 namanya. Kos perjalanan menggunakan bus ini RMB 20 jer (RM 12.20). Perjalanan mengambil masa sekitar 1 jam bcoz jame uolssssss. Sesampainya di terminal station, aku terus berusaha untuk mencari penginapan untuk malam perama dan kedua. Rancangan untuk berada di Shenzhen dahulu ronda2x sebelum ke destinasi seterusnya. Ku lihat suasana di bandaraya ini lepas hujang dan nampaknya Negara China ni memang musim hujan jadi bersedia la untuk  menggunakan Sweater dan juga selipar jepun jer.



Bandaraya Shenzhen, China


Yejia Business Hotel 


Bagi malam pertama di Bandaraya China, aku mengambil keputusan untuk menginap di hotel berdekatan dengan Shenzhen Railway Station senang bagi ku untuk mengenalpasti serta merancang perjalanan destinasi seterusnya. Harga pengipan untuk malam pertama (RMB 198) dan diskaun untuk malam kedua (RMB 158) malas untuk berfikir lama aku terus menginap di sini. Sebelah petangnya, aku hanya berehat di bilik serta rancangan untuk meneroka dan melayari internet untuk mendapatkan informasi seterusnya tetapi internet di hotel ini amat slow dan merugikan!!! haha..Baik aku telah mencetak beberapa nota sebelum penerbangan. Maaf jika aku nyatakan di sini bahawa hotel ni tiada maklumat lansung berkaitan map destinasi menarik Negara mereka. Hurmmmmm pandai2x la hidup. Dahla bahasa Ing pun mereka tidak paham.. Sabar jerla. 



https://www.jacknjillscute.blogpsot.com/




Kota Shenzhen, China 


Gambar di atas menunjukkan Shenzhen Tower yang begitu indah, tinggi dan berada di puncaknya awal. Rasa nak naiklah esok. Manakala betul2x d hadapan hotel Yejia Business lokasi aku menginap, terdapatnya bangunan ataupun shopping Mall, Maaf belum pergi dan belum tahu namanya.


Yejia Business Hotel


Beginilah beta cantiknya bilik penginapan aku. 



https://www.jacknjillscute.blogpsot.com/



15hb Ogos 2015, hari Kedua berada di Kota Shenzhen, aku bercadang untuk menuju ke…tetapi hujan lebat la pulak. Untuk itu aku hanya berada di bilik menunggu hujan reda untuk mula2x mencari alternatif bergerak ke destinasi yang telah aku rancang jd kena tunggu la coretan seterusnya ke mana untuk kaki ku melangkah….bye!!!






Beberapa pic yang ku ambil semasa pusing2x dalam Window of The World






https://www.jacknjillscute.blogpsot.com/


https://www.jacknjillscute.blogpsot.com/


https://www.jacknjillscute.blogpsot.com/




https://www.jacknjillscute.blogpsot.com/

https://www.jacknjillscute.blogpsot.com/

https://www.jacknjillscute.blogpsot.com/

https://www.jacknjillscute.blogpsot.com/

https://www.jacknjillscute.blogpsot.com/

https://www.jacknjillscute.blogpsot.com/

https://www.jacknjillscute.blogpsot.com/






16hb Ogos 2015 (Ahad)



Seawal jam 0900 am bergerak dari Yuejia Business Hotel, Shenzhen menuju ke Shenzhen Railway Sta. untuk berangkat ke Guangzhau menggunakan Bullet Train C7116 pd jam 1006 am. Pengalaman semasa check in untuk boarding train embattle pants kerana peraturan Q kat Negara China ini tidak diamalkan. Amat membosankan boleh dikatakan. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 1 jam 45 minit sampaila ke Guangzhau dan Bullet Train berhenti kira2x dalam 5 buah Sta.


Guangzhau Sta.




https://www.jacknjillscute.blogpsot.com/

https://www.jacknjillscute.blogpsot.com/

https://www.jacknjillscute.blogpsot.com/



Perut agak kosong jadi aku mengambil keputusan untuk mencari apa2x makanan yang kiranya tdk memilih untuk mengambil makanan. Jadi aku mengambil keputusan untuk membeli 2 bungkus fries bersama pepsi di Burger King, Guangzhau Sta. dengan kos RMB 29.50. Syukur dapatlah mengenyangkan sikit perut yang tengah lapar. Kenyang rasanya aku bergerak pusing2x sekitar Guangzhau Sta. untuk mengenalpasti lokasi hotel terdekat di samping mencari destinasi menarik yang boleh aku lawati dalam masa 2 hari ini. 


https://www.jacknjillscute.blogpsot.com/

https://www.jacknjillscute.blogpsot.com/


https://www.jacknjillscute.blogpsot.com/

Indahnya Kotaraya Guangzhou, China


Ronda2x sekitar Guangzhau Sta. menjumpai 7daysinn Hotel aku menginap untuk 1 malam dengan kos RMB 257.00 sebelum itu ditawarkan RMB 358 amatlah mahal. Rupa2x nya hotel di  Daerah ini boleh dirunding lagi harganya. Bilik penginapan di hotel ini amat la besar dan dibekalkan cerek elektrik yang membolehkan aku untuk masak air (nescafe n maggie) menjadi pilihan ler. Hotel ini internet amat memuaskan dapatla melepas rindu untuk Wechat serta watsapp. Tapi Facebook dan Google Search Blocked…Watsapp itu pun limited.



17082015 (Isnin)




Seawal 10 pagi mengemas diri serta luggage untuk sarapan bersama maggie kari serta Nesface menjadi pilihan di bilik hotel penginapan ku. Tepat jam 1203 tgh, bergerak dari Guangzhou East Sta. Level 4 menuju ke Hung Hom Sta. Kowloon Hong Kong menggunakan perkhidmatan Z817 Class 1 HK Dollar 210.00 Bullet Train.


https://www.jacknjillscute.blogpsot.com/

Ticket Train ke Hong Kong Kowloon (Hung Hom Sta.)



Perjalanan menggunakan train ini mengambil masa lebih kurang 2 jam dari Guangzhao Sta. ke Kowloon serta melalui Shenzhen Sta. Maksudnya dari Shenzhen ke Kowloon agak dekat (lebih kurang 30 min). 



https://www.jacknjillscute.blogpsot.com/




Tibanya di Hung Hom Sta. Untuk masuk di Negara Hong Kong ni, Kita rakyat Malaysia tidak perlu memohon Visa, just di kaunter Imigresen akan diberikan borang Visa pelawat sementara.Kowloon, HK semasa di imigresen yang berbaris panjang, aku sempat berkenalan dengan 2 orang anak muda warga Indonesia yang bercuti selama 2 minggu di Negara China. Salah seorangnya mempunyai keluarga di HK. Jadi aku mengambil kesempatan untuk berkenalan serta mencuri idea untuk jalan2x di Kotaraya HK. Anak muda (gadis) fasih berbahasa Mandarin dan mengajak aku untuk turut serta bersama mereka menuju ke Tsim Tsa Tsui Sta. iaitu dari Hung Hum Sta. Perjalanan agak pendek menggunakan MTR HK dengan tambang HK $ 4.50. Amat beruntung kerana kedua2x mereka amat prihatin serta membantu.





Cewek dari Indonesia


Seterusnya, aku mengambil keputusan untuk menginap untuk semalam di NeoHome, milik Warga Korea. Harga semalam hotel di Kotaraya Hong Kong agak mahal HK$ 500 al maklum hotel ini betul2x di tengah bandaraya HK jadi aku x la kisah sangat lagi pun semalam jer. Penginap di hotel ni tidak dibenarkan untuk membawa kasut ke dalam dan dimestikan menggunakan selipar yang disediakan. Wah... macam Japan jugak ni. Bilik penginapan yang kecil tetapi lengkap dengan aircon, tv, bilik mandi serta tandas cukup selesa.


https://www.jacknjillscute.blogpsot.com/

https://www.jacknjillscute.blogpsot.com/




Berehat sebentar sambil mengupload beberapa pic ke instagram, aku mula bergerak ke Aveneu Of Star, Victoria Harbour (sempat menonton Symphony of Light), Museum of Arts, Ladies Night Market, Sunny Bay Sta., The Peak, Hong Kong Walk dan banyak lagi. Fridge magnet serta T-Shirt ku beli di E-Spirit sebagai buah tangan dari HK.


https://www.jacknjillscute.blogpsot.com/



https://www.jacknjillscute.blogpsot.com/


https://www.jacknjillscute.blogpsot.com/


https://www.jacknjillscute.blogpsot.com/







https://www.jacknjillscute.blogpsot.com/

https://www.jacknjillscute.blogpsot.com/

https://www.jacknjillscute.blogpsot.com/

https://www.jacknjillscute.blogpsot.com/



18 Ogos 2015 (Selasa)   Hong Kong - Macau - Hong Kong


Seawal Jam 0800 pagi aku bergerak ke China Ferry menggunakan taxi HK 25. Tiba di Terminal China Ferry, menuju ke Tingkat 2 untuk urusan pembelian Tiket Cotai Water Jet HK $ 165 untuk perjalanan Hong Kong - Macau Outer Harbour. Perjalanan mengambil masa 1 jam dan feri boleh dikatakan penuh dengan penumpang.

Cotai Water Jet (Hong Kong - Macau Outer Harbour)

Masa Perjalanan Ferry

Pelaburan China Ferry

Pada jam 1000 pagi feri bergerak meninggalkan kota Hong Kong dan menuju ke Macau. Sejam kemudian, tibalah kami di Kota Macau yang menarik. Pelancong bergegas2x untuk keluar menerusi Feri. Selepas urusan kastam dan imigresen Macau, pengisian Visa sementara untuk berada di Macau (kebenaran 1 bulan) akhirnya keluarlah menuju ke destinasi lobi Terminal. di Pelabuhan Macau ini urusan perjalanan amat mudah kerana terdapatnya kaunter pertanyaan dan dibekalkan dengan peta kota Macau.


Mata wang Negara ini adalah $ Dollar. Tetapi di Macau mereka menerima Hong Kong $ juga. Jadi senanglah berurusan. Aku sempat ke destinasi Lisbao Casino, Grand Palace Casino, Museum Science, Dataran Kelopak Bunga, Senado Square, St. Dominic, St. Paul's, Venetian Macau Resort Hotel, Venesia Italia dan banyak lagi lokasi menarik yang sempat diterjah.


https://www.jacknjillscute.blogpsot.com/

https://www.jacknjillscute.blogpsot.com/


https://www.jacknjillscute.blogpsot.com/

https://www.jacknjillscute.blogpsot.com/



https://www.jacknjillscute.blogpsot.com/



https://www.jacknjillscute.blogpsot.com/


https://www.jacknjillscute.blogpsot.com/
  
https://www.jacknjillscute.blogpsot.com/
  
https://www.jacknjillscute.blogpsot.com/


https://www.jacknjillscute.blogpsot.com/

https://www.jacknjillscute.blogpsot.com/


https://www.jacknjillscute.blogpsot.com/



19 Ogos 2015 (Rabu)


Menaiki penerbangan dari Hong Kong - Kuala Lumpur (MH 0073) pada jam 1445 petang.  Penerbangan kami terlewat lebih kurang satu jam akibat berlakunya insiden di dalam pesawat. Salah seorang penumpang telah mengesyaki ada penumpang lain membawa sejumlah wang yang banyak menuju ke Negara kita serta terdapat beg yang diragui. Oleh yang demikian (diceritakan kembali kepada saya kerana beliau berpindah dari tempat duduk belakang iaitu tempat duduk asal, dan kini duduk disebelah saya). Mengesyaki perkara tersebut uncle telah memberitahu pramugari dan seterusnya hadirlah beberapa orang pegawai Hong Kong Airport dan ramai juga polis terlibat. Akibat dari insiden tersebut, semua penumpang diminta bersabar sementara pihak polis dan kakitangan Hong Kong Airport mengesa pemilik beg untuk keluar dari pesawat. Terdapat juga penumpang yang terpaksa turun kembali berikutan kelewatan penerbangan dan mengambil keputusan untuk tidak terus menaiki pesawat bersama kami. Kemungkinan mereka mempunyai penerbangan seterusnya kelak sesampainya di Kuala Lumpur. 

Lebih kurang 45 minit pemilik dibawa keluar dari pesawat MH0073, kami diminta untuk memeriksa semua beg serta maklumat peribadi agar tidak berlaku sebarang masalah setibanya di KLIA oleh Pramugara bertugas. Selepas itu, pengumuman penting buat semua oleh Pegawai Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong di atas kerjasama penumpang serta sanggup bersabar untuk mereka menyelesaikan perkara tersebut.

Penerbangan pun dimulakan dan akhirnya, Alhamdulillah pada jam 0830 malam kami telah selamat tiba di KLIA, Kuala Lumpur. Welcome Home!!! 



Syukur....Selamat Tiba. dan Jumpa lagi sebulan yang akan datang bagi penerbangan ke KOREA.........



Dikongsikan di sini beberapa destinasi termasuk perancangan yang telah dibuat pagi perjalanan selama 8 hari ( Shenzhen, Guangzhao Negara China, Hong Kong serta Macau ). Diharap ianya menjadi rujukan kepada semua yang berminat. 



Sekian. Rancanglah dengan bijak dengan kos yang minima.









Featured post

FLIGHTS SCRAPPED, EVACUATIONS URGED AS TYPHOON NEARS TOKYO AREA - TOKYO JAPAN

FLIGHTS SCRAPPED, EVACUATIONS URGED AS TYPHOON NEARS TOKYO AREA - TOKYO JAPAN @Jr_Paku Midin Channel TOKYO Hundreds of flights were cancelle...