2020年10月1日木曜日

VIRAL " 260 Kes Positif Wabak COVID - 19 Direkodkan Negara Kedua Tertinggi Sejak Bermula "



PUTRAJAYA : 01 Oktober 2020 (Khamis), 260 kes terbaharu COVID-19 pandemik yang berbahaya ini dicatatkan pada hari ini dan ianya menunjukkan bahawa rekod tersebut adalah ke-2 tertinggi jumlahnya sejak Mac 2020 COVID-19 melanda. Kes tertinggi negara bagi COVID-19 yang direkodkan pada 04 Jun 2020 iaitu 277 kes.


Lebih membimbangkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) aalah hanya terdapat satu (1) rekod kes yang melibatkan import tercatat daripada jumlah tersebut. Manakala selainnya yang berjumlah 259 kes adalah merupakan wabak penularan dalam negara sendiri yang melibatkan sebanyak 130 warganegara dan 129 bukan warganegara.


"Daripada 259 Kes tersebut, 31 kes adalam mempunyai sejarah perjalanan ke Negeri Di Bawah Bayu (Sabah) yang telah menjadikan kes keseluruhan yang mempunyai sejarah perjalanan ke Sabah berjumlah 119 kes sejak 20 September 2020 yang lalu," seperti yang dimaklumkan oleh Pengarah KKM pada sidang media perkembangan COVID-19 di sini hari ini.


Beliau turut memaklumkan, jumlah kes positif pada hari ini telah menjadikan keseluruhan jumlah kes di Malaysia 11,484 kes manakala jumlah kes yang masih aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 berjumlah 1,334 kes.


Sementara itu juga, terdapat 47 kes yang telah pulih daripada wabak COVID-19 hari ini, dan ianya menjadikan jumlah kumulatif pesakit yang telah pulih kini adalah melebihi lima (5) angka iaitu sebanyak 10,014 kes ataupun 87.2 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.


Dalam pada itu juga, terdapat 20 kes positif COVID-19 yang telah ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan tiga (3) kes yang memerlukan bantuan pernafasan manakala jumlah kumulatif kes kematian di Malaysia kekal 136.


Memperincikan lagi pecahan kes hari ini, Pengarah KKM iaitu Dr Noor Hisham turut berkata, Negeri Sabah masih kekal mencatatkan kes tertinggi dengan 118 kes diikuti Negeri Kedah (98 kes), Negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur masing - masing dengan 13 kes, Johor dan Wilayah Persekutuan Putrajaya masing - masing dengan lima (5) kes, Negeri Terengganu dan Negeri Perlis masing - masing dengan dua (2) kes manakala Negeri Melaka, Pahang dan juga Negeri Pulau Pinang dengan masing - masing satu (1) kes.


Bagi kes import pula, ia melibatkan individu bukan warganegara yang baru pulang dari United Kingdom dan menetap di Kuala Lumpur.


Perkembangan kes pada hari ini ternyata membuahkan kerisauan kerana ketika negara mencatat kes tertinggi pada 04 Jun 2020, sebanyak 270 kes adalah dalam kalangan bukan warganegara dari Depot Tahanan Imigresen Bukit Jalil manakala yang melibatkan penularan tempatan hanyalah empat (4) kes sahaja.


"Bialangan kes ketiga (3) tertinggi pula dicatatkan pada 26 Mac 2020 semasa Perintah Kawalan Pergerakan Fasa 1 iaitu sebanyak 235 kes yang terdiri daripada 27 kes import dan 208 kes penularan di dalam negara yang melibatkan 157 kes warganegara Malaysia dan terdapat 51 kes melibatkan bukan warganegara, " katanya.


Justeru itu, dengan pelaksanaan Kawalan Rentas Daerah di seluruh Negeri Sabah yang akan dikuatkuasakan mulai 03 hingga 16 Oktober 2020 ini termasuk Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Bersasar (PKPDB) di empat (4) daerah, ia akan membantu mengawal situasi penularan di Negeri Di Bawah Bayu itu.


"Pada masa yang sama, KKM dan juga agensi berkaitan akan berusaha sedaya - upaya bagi mengawal penularan COVID-19 di seluruh Negara. Kerjasama semua pihak adalah diharap-harapkan."



@ Jackie San

Viral " Ternakan Ikan Air Tawar Membawa Keuntungan Besar Penternak "

2020年9月30日水曜日

Viral " Jom Pancing Pancing Ikan Hati Manyak Senang "

VIRAL " Jumaat ini Sabah dikenakan Lockdown ? "



KOTA KINABALU, SABAH : Penduduk Negeri Di Bawah Bayu resah berikutan tularnya berita sedemikian. Oleh yang demikian, penduduk di Negeri Sabah dinasihatkan agar tidak mudah percaya dengan berita palsu yang tersebar di media sosial kononnya tindakan ke atas negeri itu akibat kenaikan mendadak setiap hari kes positif Wabak COVID-19 yang mana kononnya tindakan 'lockdown' akan dikenakan di seluruh Negeri Sabah bermula Jumaat, 02 Oktober 2020.


Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Sabah menerusi kenyataan dalam laman Facebooknya turut memaklumkan, setakat ini hanya terdapat empat (4) daerah yang telah dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Bersasar (PKPDB) iaitu Daerah Kunak, Semporna, Tawau dan Lahad Datu.


" Daerah lain hanyalah masih di peringkat rendah ataupun cadangan sahaja," kata MKN Sabah hari ini.


Baru - baru ini tersebar berita palsu di media sosial terutama di Facebook yang telah menularkan: " Jumaat ini akan dikenakan Lockdown seluruh Sabah, sila sedia semua ya."


Isnin lepas Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilaporkan berkata, PKPDB dilaksanakan di empat (4) daerah itu bermula 0001 tengah malam pada 29 September 2020 (Selasa) yang melibatkan sejumlah 962,661 orang penduduk di keempat -  empat daerah tersebut.



@ Jackie San

2020年9月28日月曜日

VIRAL " Sabah Dikenakan PKPDB Di 4 Daerah - COVID 19 "



Daerah Semporna, Tawau, Lahad Datu & Kunak Sabah dikenakan ' Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Bersasar (PKPDB) bermula Tengah Malam 28 September 2020 sehingga ke tarikh 12 Oktober 2020.


Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, arahan ini berkuatkuasa mulai 0001 tengah malam ini (28 September 2020) dan membabitkan seramai 962,661 penduduk di 4 daerah tersebut (Semporna, Tawau, Lahad Datu dan Semporna).


Menteri Kanan turut memaklumkan, daripada jumlah tersebut, Lahad Datu telah merekodkan 241 kes, Tawau (634 kes), Kunak (65 kes) dan Semporna sebanyak 255 kes Positif COVID-19.


"Mengambil kira daripada jumlah kes COVID-19 terbabit, kerajaan atas nasihat Menteri Kesihatan telah memutuskan untuk melaksanakan arahan PKPDB secara pentadbiran ke kawasan-kawasan tersebut.


"Pelaksanaan PKPDB ini bertujuan untuk membendung penularan jangkitan wabak COVID-19 serta penularannya dalam daerah berkenaan serta mengelakkan dari membawa wabak ini ke luar daerah serta membolehkan aktiviti - aktiviti pengesanan kes secara bersasar dilaksanakan dalam tempoh 14 hari," katanya dalam kenyataan hari ini.


Beliau turut memaklumkan, bukan sahaja penduduk dan juga pelawat tidak akan dibenarkan masuk ke empat (4) daerah ini sepanjang tempoh perintah dilaksanakan.


"Semua aktiviti perniagaan dihentikan kecuali premis barangan keperluan dan juga perkhidmatan (essentials) di empat (4) daerah terbabit.


"Pengkalan Perubatan (Medical Base) akan turut dibuka di kawasan PKPDB, manakala semua laluan keluar masuk ke kawasan PKPDB ditutup serta merta, " katanya.


Menurutnya lagi, bagi memastikan pematuhan perintah tersebut, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela), pihak berkuasa tempatan (PBT) dan pegawai yang telah diberi kausa, akan mengawal seluruh kawasan terbabit.


Katanya lagi, bagi pelaksanaan perintah itu, semua penduduk diminta untuk bertenang dan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada petugas KKM serta mematuhi semua arahan pihak berkuasa.


Penduduk yang memerlukan bantuan ataupun mempunyai pertanyaan boleh lah menghubungi talian khas Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu, Tawau, Kunak serta Semporna, Sabah.



@ Jackie San

VIRAL " Kaedah Terbaik Pindah Ternakan Ikan Agar Tidak Stress & Cedera "

Viral " Perarakan Pemuda GPS Sempena Program Pameran Pemimpin Bersama Ra...

VIRAL " Kehadiran Ketua Menteri Datuk Patinggi Ketua Menteri Sarawak Ke ...

https://youtu.be/vdjOyE-iGGc

Featured post

FLIGHTS SCRAPPED, EVACUATIONS URGED AS TYPHOON NEARS TOKYO AREA - TOKYO JAPAN

FLIGHTS SCRAPPED, EVACUATIONS URGED AS TYPHOON NEARS TOKYO AREA - TOKYO JAPAN @Jr_Paku Midin Channel TOKYO Hundreds of flights were cancelle...