2025年8月15日金曜日

VIRAL - SIAPA DALANG SEBENAR PEMBUNUHAN ADIK ZARA QAIRINA ?

VIRAL - SIAPA DALANG SEBENAR PEMBUNUHAN ADIK ZARA QAIRINA?

@Jr_Paku Midin Channel


KOTA KINABALU: Peguam, Shahlan Jufri menegaskan proses bedah siasat Allahyarham Zara Qairina Mahathir yang dijalankan di Hospital Queen Elizabeth (HQE) di sini, semalam berlangsung secara telus, berintegriti dan mengikut prosedur.


Shahlan, yang mewakili keluarga Allahyarham, turut memuji dedikasi pasukan forensik menjalankan pemeriksaan dari jam 11 pagi hingga 7.30 malam tanpa henti, termasuk memeriksa setiap kecederaan secara terperinci sepanjang proses itu berlangsung.


Berikut temu bual beliau bersama petugas media di luar pekarangan Jabatan Forensik HQE kira-kira jam 9.30 malam tadi, tidak lama selepas proses bedah siasat selesai.


Peguam: Alhamdulillah, proses bedah siasat berjalan lancar, bermula kira-kira jam 11 pagi tadi (semalam) dan selesai sekitar jam 7.30 malam. Mengenai bedah siasat itu, saya turut berada di dalam bilik forensik. Saya melihat sendiri bagaimana pemeriksaan dijalankan dari bahagian luar sehingga ke organ dalaman. Beberapa anggota polis juga masuk (hadir), namun yang berada di dalam bilik bedah siasat hanyalah saya bersama pasukan forensik (pakar patologi dan polis). Sebab memang itu keinginan (permintaan) keluarga Zara (Qairina).


Peguam: Laporan bedah siasat akan disediakan oleh pasukan forensik. Tengoklah berapa lama pihak hospital yang akan (siapkan laporan bedah siasat) ini, saya pun tak berapa pasti. Cuma saya boleh beritahu, proses bedah siasat sangat baik, tidak ada unsur seperti yang tular di media sosial, (kononnya) ada 'tangan ghaib' apa semua, tiada. Saya sendiri melihat bagaimana (jenazah) arwah diperiksa sehinggalah selesai, termasuk pemeriksaan organ dalaman. Saya ada di situ dari jam 11 pagi sampai jam 7.30 malam tadi (semalam).


Wartawan: Anggaran berapa lama laporan bedah siasat boleh dikeluarkan?


Peguam: Tidak pasti, bergantung kepada pasukan forensik. Di dalam tadi (bilik bedah siasat) ada empat pakar (patologi) — seorang dari (Hospital Sultan Idris Shah) Serdang dan tiga lagi dari Hospital Queen Elizabeth. (Pakar Perunding Patologi Forensik) Doktor Khairul (Anuar Zainun), salah satunya dari Serdang. Jadi ada empat orang (termasuk tiga pakar patologi dari HQE). Dibantu jurugambar forensik serta jurugambar polis.


Wartawan: Biasanya sebagai peguam, berapa lama proses (menyiapkan laporan bedah siasat) ini?


Peguam: Tak tentu. Mungkin paling cepat tiga minggu, paling lambat mungkin dua bulan. Tak pasti.


Wartawan: Ada sebarang kejanggalan semasa proses bedah siasat?


Peguam: Tiada, proses berjalan lancar. Saya harus berterima kasih kepada pakar forensik, dari jam 11 pagi hingga 7.30 malam tidak duduk (berehat), sentiasa membuat pemeriksaan teliti. Secara teliti, mereka bukan (memeriksa secara) sembrono. Setiap kecederaan dinilai satu persatu. Bila mana ada kecederaan, mereka akan panggil saya untuk terangkan kecederaan itu.


Wartawan: Adakah kecederaan itu menunjukkan unsur jenayah?


Peguam: Kita habiskan (atau selesaikan laporan bedah siasat) itu dulu.


Wartawan: Berapa orang berada di dalam bilik (bedah siasat) tadi?


Peguam: Dalam tujuh hingga lapan orang. Pakar (patologi), polis ada, saya pun ada.


Wartawan: Jadi, proses (bedah siasat) ini berjalan telus?


Peguam: Telus. Jangan percaya spekulasi di media sosial. Saya mewakili keluarga ada di bilik bedah siasat, bukan di bilik kaca. Di bilik kaca ini, hanya boleh tengok apa yang dibuat (iaitu proses bedah siasat dari luar bilik bedah siasat). Di bilik bedah siasat, apa yang doktor-doktor (pakar) itu buat, saya tengok dan saya dengar (apa yang mereka perkatakan).


Wartawan: Siapa pula yang berada di bilik kaca itu?


Peguam: Dua pegawai polis. Ibu (Zara Qairina) tidak, saya mewakili ibu (arwah) untuk masuk ke dalam (bilik bedah siasat).


Wartawan: Apa yang pihak tuan rekodkan (sepanjang proses bedah siasat)?


Peguam: Saya rekodkan kecederaan yang ada, cuma saya tidak boleh cerita panjang (dan ulas lanjut) sebab masih dalam siasatan. Untuk makluman, laporan bedah siasat bukannya dokumen awam, maksudnya (dokumen) sulit. Jadi untuk mendapatkan laporan bedah siasat itu, hanya (boleh didedahkan) di mahkamah nanti, kalau ada inkues. Cuma saya mahu beritahu, proses bedah siasat itu berjalan dengan telus, integriti sangat tinggi dan lancar.


Wartawan: Selepas pengebumian semula jenazah Zara Qairina, apa langkah seterusnya?


Peguam: Selepas pengebumian, saya akan berbincang dengan keluarga (Zara Qairina) dan pasukan guaman. Kita tunggu (laporan) siasatan selesai, kemungkinan besar kami akan memohon inkues (di mahkamah).


Wartawan: Netizen masih tidak percaya dakwaan tiada VVIP masuk (ke bilik bedah siasat)?


Peguam: Saya sahkan tidak ada VVIP yang masuk ke dalam bilik bedah siasat. Memang tiada. Yang ada hanya wakil keluarga, doktor (pakar) dengan pihak polis. VVIP memang tiada. Jika mahu, saya boleh terangkan satu per satu proses bedah siasat kerana masih segar (di ingatan). Doktor sendiri terkejut kerana saya boleh tahan (atau kekal) di dalam (bilik bedah siasat sepanjang proses).


Wartawan: Tuan tidak keluar langsung?


Peguam: Tidak keluar. Bau macam mana pun, apa mereka (pakar patologi) buat, saya ada di situ.


Wartawan: Ada sesi soal jawab dengan doktor?


Peguam: Ada. (Doktor) ada terangkan (bedah siasat), memang semua ada.


Wartawan: Adakah keputusan bedah siasat akan dibawa ke Semenanjung?


Peguam: Tidak. Keputusan di sini. Doktor Khairul (dari Hospital Sultan Idris Shah, Serdang) itu hanya membantu.


Wartawan: Bagaimana dengan imbasan CT (terhadap Zara Qairina)?


Peguam: Saya tak pasti.


Wartawan: Ini kali pertama tuan berada di bilik bedah siasat?


Peguam: Ya, kali pertama. Selalunya hanya melihat gambar (proses bedah siasat). Ini memang kali pertama, pengalaman itu masih segar. Saya masih ingat keadaan arwah (Zara Qairina) macam mana, pisau (pembedahan) apa yang digunakan, mangkuk apa yang digunakan, macam-macam. Awal-awal sebelum datang, gementar, selepas itu, berasa kasihan. Sebab (kubur) terpaksa digali balik dan buat bedah siasat (jenazah). Bukan sesuatu yang mudah, memberi keinsafan.


Wartawan: Tuan makan atau minum di dalam (bilik bedah siasat)?


Tak makan minum selama 8 jam


Wartawan: Tak. Dari jam 11 pagi sampai jam 7 malam, tidak ada makan dan minum. Sebab itu saya cakap tadi, saya sangat-sangat berterima kasih dengan pasukan forensik (pakar patologi) sebab mereka bukan saja tidak makan dan minum, (malah) tidak duduk. Saya (masih) boleh duduk. Mereka tidak langsung boleh duduk, sentiasa bergerak untuk mencari kecederaan yang lama dan baharu kalau ada. Mereka tidak duduk.


Wartawan: Mungkin sekali lagi soalan, ada unsur jenayah atau tidak?


Peguam: Ada unsur jenayah atau tidak, kami sudah buat laporan polis (lebih) awal. (Dalam) laporan polis itu kami syak ada unsur jenayah. Untuk (mengesahkan) sekarang, ia masih dalam siasatan (sehingga laporan bedah siasat disiapkan), sulit. Kita tunggu laporan (rasmi) dan juga di mahkamah.


Wartawan: Berapa lama lagi laporan (bedah siasat) boleh siap?


Peguam: Seperti saya kata tadi, paling cepat seminggu, dua minggu. Paling lambat mungkin dua bulan.


Wartawan: Berpanjangan lagilah?


Peguam: Memang berpanjangan lagi. Tetapi kita mahu selesaikan (kes ini) secepat yang mungkin, seperti kemahuan waris (Zara Qairina).


Emosi ibu tak menentu


Wartawan: Bagaimana keadaan emosi ibu Allahyarham Zara Qairina?


Peguam: Emosinya tidak menentu. Ketika pengecaman (jenazah), dia berat (hati), bukan sesuatu yang mudah. Sedih terpaksa melalui proses itu. Bukan mudah, selepas (proses) gali (kubur arwah) dan proses bedah siasat. Saya sendiri nampak, bukan mudah.


Harian Metro sebelum ini melaporkan Zara Qairina meninggal dunia selepas didakwa terjatuh dari tingkat tiga bangunan asrama Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha, Limauan di Kinarut pada 16 Julai lalu.

>>>MORE ARTICLE JUST CLICK AND READ<<<

https://www.jacknjillscute.com/2021/11/18-pembunuh-zulfarhan-dibebaskan-dengan.html

https://www.jacknjillscute.com/2025/05/viral-malaysia-berduka-ibu-gajah.html

https://www.jacknjillscute.com/2024/08/kronologi-kes-bunuh-secara-kejam.html

https://www.jacknjillscute.com/2024/08/selisih-faham-takut-rahsia-terbongkar.html




@Jr_Paku Midin Channel

1 件のコメント:

  1. https://www.jacknjillscute.com/2025/06/nissan-considers-closing-2-kanagawa.html

    返信削除

Featured post

VIRAL - SIAPA DALANG SEBENAR PEMBUNUHAN ADIK ZARA QAIRINA ?

VIRAL - SIAPA DALANG SEBENAR PEMBUNUHAN ADIK ZARA QAIRINA? @Jr_Paku Midin Channel KOTA KINABALU: Peguam, Shahlan Jufri menegaskan proses be...