VIRAL - ISMANIRA DIHUKUM PENJARA 5 TAHUN ABAI ZAYN RAYYAN, HAKIM ARAH MULAKAN HUKUMAN SERTA - MERTA - PETALING JAYA, MALAYSIA
![]() |
| @Jr_Paku Midin Channel |
PETALING JAYA: Ibu kepada Allahyarham Zayn Rayyan Abul Matin hari ini dijatuhkan hukuman penjara lima tahun kerana cuai hingga menyebabkan kecederaan fizikal kepada kanak-kanak autistik itu.
Hukuman diputuskan terhadap Ismanira Abdul Manaf selepas tertuduh didapati bersalah atas tuduhan pengabaian yang mengakibatkan kecederaan fizikal terhadap Zayn Rayyan dua tahun lalu.
Hakim Mahkamah Sesyen, Dr Syahliza Warnoh, menjatuhkan hukuman itu selepas mendengar rayuan pengurangan hukuman oleh pihak pembelaan serta hujahan faktor pemberat daripada pihak pendakwaan.
Mahkamah memerintahkan Ismanira, 30, memulakan hukuman penjara serta-merta hari ini, selain mengenakan bon berkelakuan baik selama dua tahun dengan jaminan RM3,000 dan seorang penjamin.
Syahliza turut mengarahkan tertuduh melaksanakan 120 jam khidmat masyarakat dalam tempoh enam bulan selepas dibebaskan daripada penjara.
Permohonan peguam bela Ismanira, Haresh Mahadevan, untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman sementara menunggu rayuan di Mahkamah Tinggi petang ini ditolak oleh hakim.
Syahliza berkata, tiada keadaan luar biasa yang boleh membenarkan penangguhan itu.
"Tiada alasan yang meyakinkan mahkamah untuk membenarkan penangguhan. Alasan bahawa dia perlu menjaga seorang lagi anak autistik adalah urusan peribadi yang boleh diuruskan oleh keluarganya.
"Oleh itu, dia perlu dipenjarakan serta-merta," katanya.
Selepas hukuman dijatuhkan, Haresh terus memohon penangguhan pelaksanaan hukuman, dengan hujah bahawa terdapat keadaan khas yang wajar dipertimbangkan.
"Kami mohon budi bicara mahkamah kerana terdapat keadaan khas bagi menangguhkan hukuman sementara menunggu rayuan.
"Jika mahkamah membenarkan penangguhan, jaminan boleh dinaikkan dan syarat tambahan boleh dikenakan.
"Tertuduh bukan berisiko melarikan diri kerana dia tidak memiliki pasport. Tiada prejudis terhadap pihak pendakwaan sekiranya penangguhan dibenarkan sementara menunggu keputusan rayuan.
"Sekiranya rayuan diterima kelak, dia akan mengalami tempoh pemenjaraan yang sia-sia," katanya.
Haresh turut merayu mahkamah mengambil kira bahawa pelaku sebenar kematian Zayn Rayyan masih belum ditemui dan bahawa Ismanira mempunyai seorang lagi anak autistik yang kini dijaga oleh keluarga angkat di *Rembau, Negeri Sembilan, selepas diserahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
"Tanpa ibunya, kanak-kanak itu akan hilang arah, trauma dan tertekan. Dia sudah kehilangan abangnya, Zayn Rayyan dan kini tidak lagi dapat berjumpa ibunya seperti yang dibenarkan oleh Mahkamah Majistret Shah Alam sebelum ini.
"Ini akan menyebabkan trauma mendalam kerana dia amat menantikan masa 48 jam seminggu bersama ibunya.
"Sekiranya Mahkamah Tinggi mengekalkan keputusan Yang Arif, dia tetap akan menjalani hukuman. Tetapi jika sebaliknya, masa yang dihabiskan dalam penjara akan menjadi sia-sia," katanya.
Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Nur Sabrina Zubairi membantah permohonan itu, dengan alasan tiada keadaan khas atau luar biasa yang membenarkan penangguhan hukuman.
Rayuan tidak boleh dijadikan alasan automatik untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman.
"Mahkamah perlu mempertimbangkan bahawa rayuan dibuat selepas tertuduh disabitkan kesalahan melalui perbicaraan penuh.
"Tiada prejudis terhadap haknya sekiranya penangguhan tidak dibenarkan, memandangkan rayuan di Mahkamah Tinggi masih belum didengar atau diputuskan," katanya.
Terdahulu, Syahliza memutuskan pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah terhadap Ismanira, atas tuduhan pengabaian yang mengakibatkan kecederaan fizikal kepada anaknya dua tahun lalu.
Berikut kronologi mengenai kes kehilangan dan pembunuhan Zayn Rayyan
5 Disember 2023 - Ibu Zayn Rayyan berkongsi kisah kehilangan anaknya di Facebook.
6 Disember 2023
● Operasi pencarian babitkan Jabatan Bomba dan Penyelamat, Polis Diraja Malaysia dan anjing pengesan K9 di sekitar kawasan Apartment Idaman, Damansara Damai.
● Ibu Zayn Rayyan dakwa anaknya hilang ketika menaiki tangga di Blok R, kediaman mereka sekitar tengah hari pada 5 Disember.
● Keluarga kanak-kanak itu ikhtiar perubatan secara Islam dan adakan solat hajat.
● 9 malam: Operasi pencarian oleh penduduk dan polis sekitar Apartment Idaman babitkan 2,482 unit kediaman.
● 10 malam: Mayat Zayn Rayyan ditemukan di anak sungai, 100 meter dari kediaman keluarganya oleh penduduk.
● Lokasi anak sungai tempat mayat Zayn Rayyan ditemui adalah kawasan pencarian yang sudah dilakukan Unit Anjing Pengesan (K9) sebanyak tiga kali.
● Pada mulanya, penemuan mayat Zayn Rayyan diklasifikasikan polis sebagai kematian mengejut (SDR).
7 Disember 2023
● Keluarga Zayn Rayyan masih tunggu laporan bedah siasat.
● 5 petang: Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, mengesahkan Zayn Rayyan dibunuh, bedah siasat dapati ada kecederaan pada tubuh badan mangsa.
● Kes diklasifikasi sebagai kes bunuh dan disiasat ikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
● Jenazah Zayn Rayyan dikebumikan di Perkuburan Islam Seksyen 9, Kota Damansara.
● 6 petang: Lokasi penemuan mayat Zayn Rayyan ditutup polis yang mula mencari bukti.
8 Disember 2023 - Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain, berkata mangsa dibunuh di lokasi lain sebelum ditinggalkan di anak sungai tempat penemuannya.
10 Disember 2023
● Polis mencari bukti di sebuah stor berhampiran Blok R selain mengambil sampel di kediaman Zayn Rayyan
● Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, berkata setakat ini sebanyak 48 individu diambil keterangan babitkan ahli keluarga, jiran dan saksi-saksi.
● Sampel DNA diambil daripada 228 penduduk perumahan itu.
● Pemeriksaan dibuat terhadap 5,628 penghuni babitkan 2,484 kediaman perumahan itu.
13 Disember 2023
● Polis temui sehelai stokin dalam takungan air di anak sungai berhampiran lokasi mayat Zayn Rayyan dijumpai selepas dibantu Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Selangor yang menyedut keluar takungan air di lokasi itu.
● Polis tahan tiga individu dipercayai positif dadah di Apartment Damai hasil saringan DNA kes Zayn Rayyan tetapi tidak berkait kes bunuh itu.
14 Disember 2023
● Polis dapat maklumat dua saksi dakwa terlihat Zayn Rayyan di tingkat dua dan tiga Blok R Apartment Idaman, Damansara Damai, kira-kira jam 5 petang, hari mangsa dilaporkan hilang pada 5 Disember 2023.
● Sebanyak 86 keterangan dan 238 DNA sudah diambil polis setakat ini.
23 Disember 2023 - Bukit Aman minta bantuan Polis Antarabangsa (INTERPOL) bagi mendapatkan bantuan dalam semakan pangkalan data berkaitan beberapa maklumat yang diperoleh hasil siasatan kes bunuh Zayn Rayyan.
28 Disember 2023 - Polis mengeluarkan kenyataan tidak menutup siasatan kes bunuh Zayn Rayyan meskipun tiada petunjuk baharu setakat ini.
7 Januari 2024 - Polis mengesahkan menerima menerima maklumat INTERPOL namun secara am.
6 Februari 2024 - Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) Selangor tawar ganjaran RM20,000 kepada pihak yang salur maklumat sehingga tertangkapnya pembunuh Zayn Rayyan.
21 Mac 2024
● Polis nafi lambat bertindak dalam siasatan pembunuhan Zayn Rayyan.
● Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, tegaskan polis berusaha sejak hari pertama Zayn Rayyan dilaporkan hilang.
8 Mei 2024 - Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain, tegaskan polis tidak pernah menutup siasatan kes bunuh Zayn Rayyan dan masih menanti petunjuk baharu.
31 Mei 2024 - KP Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, mengesahkan ibu bapa Zayn Rayyan ditahan di Puncak Alam, Selangor, pada jam 10 pagi.
1 Jun 2024 - Ibu bapa Zayn Rayyan direman tujuh hari oleh Mahkamah Majistret Petaling Jaya.
7 Jun 2024 - Mahkamah Sesyen Petaling Jaya membenarkan tempoh reman pasangan suami isteri berusia 29 tahun dilanjutkan selama enam hari lagi sehingga 13 Jun.
10 Jun 2024 - Polis membawa ibu Zayn Rayyan ke Apartment Idaman Damasara Damai untuk melakonkan semula situasi kejadian semasa kehilangan Zayn Rayyan sehingga kepada penemuan mayat kanak-kanak itu.
12 Jun 2024 - Ibu Zayn Rayyan dibawa ke Mahkamah Sesyen Petaling Jaya bagi mendapatkan pengakuan salah wanita itu berhubung siasatan kes. Polis turut menahan datuk dan nenek Zayn Rayyan bagi membantu siasatan.
13 Jun 2024 - Ibu dan bapa Zayn Rayyan didakwa di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya atas pertuduhan mengabaikan kanak-kanak berkenaan dengan cara kemungkinan menyebabkan kecederaan fizikal terhadapnya.
21 Januari 2025 - Ibu bapa Zayn Rayyan memohon Mahkamah Tinggi Shah Alam agar dibebaskan serta-merta daripada pertuduhan mengabai kanak kanak-kanak autisme itu.
3 Februari 2025 - Perbicaraan kes ibu bapa Zayn Rayyan bermula di Mahkamah Sesyen.
24 April 2025 - Pihak pendakwaan menutup kes selepas memanggil 28 saksi pendakwaan sepanjang 20 hari perbicaraan.
7 Jun 2024 - Mahkamah Sesyen Petaling Jaya membenarkan tempoh reman pasangan suami isteri berusia 29 tahun dilanjutkan selama enam hari lagi sehingga 13 Jun.
10 Jun 2024 - Polis membawa ibu Zayn Rayyan ke Apartment Idaman Damasara Damai untuk melakonkan semula situasi kejadian semasa kehilangan Zayn Rayyan sehingga kepada penemuan mayat kanak-kanak itu.
12 Jun 2024 - Ibu Rayyan dibawa ke Mahkamah Sesyen Petaling Jaya bagi mendapatkan pengakuan salah wanita itu berhubung siasatan kes. Polis turut menahan datuk dan nenek Zayn Rayyan bagi membantu siasatan.
13 Jun 2024 - Ibu dan bapa Zayn Rayyan didakwa di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya atas pertuduhan mengabaikan kanak-kanak berkenaan dengan cara kemungkinan menyebabkan kecederaan fizikal terhadapnya.
21 Januari 2025 - Ibu bapa Zayn Rayyan memohon Mahkamah Tinggi Shah Alam agar dibebaskan serta-merta daripada pertuduhan mengabai kanak kanak-kanak autisme itu.
3 Februari 2025 - Perbicaraan kes ibu bapa Zayn Rayyan bermula di Mahkamah Sesyen.
24 April 2025 - Pihak pendakwaan menutup kes selepas memanggil 28 saksi pendakwaan sepanjang 20 hari perbicaraan. Mahkamah tetapkan 21 Julai sama ada ibu bapa Zayn perlu membela diri atau dibebaskan.
21 Julai 2025 - Ismanira diperintah bela diri, manakala suaminya, Zaim Ikhwan Zahari dilepas dan dibebaskan atas pertuduhan mengabaikan anak mereka dua tahun lalu.
26 Julai 2025 - Mahkamah Sesyen Petaling Jaya tetapkan 18 September tarikh baharu sebutan semula kes terhadap ibu bapa Zayn Rayyan.
5 Ogos 2025 - Ismanira selesai bela diri dengan lima saksi beri keterangan. Keputusan sama ada Ismanira disabitkan salah atau bebas diputuskan pada 31 Oktober 2025.
31 Oktober 2025
● Ismanira Abdul Manaf didapati bersalah oleh Mahkamah Sesyen Petaling Jaya kerana mengabaikan Zayn Rayyan hingga menyebabkan kecederaan fizikal terhadapnya, dua tahun lalu.
● Hakim Dr Syahliza Warnoh memutuskan demikian selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap Ismanira, di akhir kes pembelaan.
● Ismanira dijatuhkan hukuman penjara lima tahun kerana cuai hingga menyebabkan kecederaan fizikal kepada Zayn Rayyan.
● Hukuman diputuskan terhadap Ismanira Abdul Manaf selepas tertuduh didapati bersalah atas tuduhan pengabaian yang mengakibatkan kecederaan fizikal terhadap Zayn Rayyan dua tahun lalu.
>>>MORE ARTICLE JUST CLICK AND READ<<<
https://www.jacknjillscute.com/2025/09/heres-what-dr-jessie-hiu-testified.html
https://www.jacknjillscute.com/2023/12/motif-kes-pembunuhan-zayn-rayyan-polis.html
https://www.jacknjillscute.com/2025/10/viral-zara-qairina-kes-terkiniprosiding.html
https://www.jacknjillscute.com/2025/09/inkues-kematian-adik-zara-qairina.html
@Jr_Paku Midin Channel



