2025年8月18日月曜日

Peguam Agak Bimbang Kematian Zara Sebenarnya Akibat Ibu Sendiri Dan Boleh Ganggu Siasatan Kes - Kota Kinabalu Sabah Malaysia

 

Peguam Agak Bimbang Kematian Zara Sebenarnya Akibat Ibu Sendiri Dan Boleh Ganggu Siasatan Kes - Kota Kinabalu Sabah Malaysia

@Jr_Paku Midin Channel


Kota Kinabalu: Integriti siasatan terhadap kes Zara Qairina Mahathir mungkin terjejas, menurut peguam yang mewakilinya.


Ini susulan penyebaran isu yang digelar 'plot twist' di beberapa platform media sosial sejak minggu lalu yang membayangkan kematian Zara berpunca daripada kemurungan akibat ibunya sendiri sekali gus menunjukkan kemungkinan berlaku kebocoran daripada fail siasatan.


Hamid Ismail dan Shahlan Jufri yang mewakili ibu Zara, Noraidah Lamat, menyatakan bahawa sekeping kertas yang digambarkan sebagai 'diari' Zara menjadi sumber kepada naratif itu malah dilabelkan sebagai 'bukti fizikal'.


"Jika kertas itu sememangnya sebahagian daripada barangan peribadi Zara yang diambil dari lokernya di asrama oleh pihak polis selepas kematiannya, ini bermakna seseorang membocorkan kandungan fail siasatan kepada umum untuk membina naratif jahat dan persepsi negatif terhadap Zara dan ibunya," menurut mereka dalam satu kenyataan bersama.


Hamid Ismail dan Shahlan Jufri berkata, anak guam mereka tidak mencari 'kemenangan' dalam siasatan itu.


"Beliau hanya mahukan keadilan untuk anaknya, Zara. Beliau sentiasa bersedia membantu pihak polis dalam siasatan.


"Oleh itu, hari ini, kami akan menyerahkan semua pakaian dan barangan peribadi Zara yang disebutkan di atas kepada polis. Pihak polis menghubungi kami semalam untuk tujuan ini," kata mereka.


Kedua-dua peguam itu turut berterima kasih kepada semua individu dan pihak yang membantu mengetengahkan kes ini dalam usaha mencari keadilan untuk Zara.


Bagaimanapun, mereka juga menggesa orang ramai untuk menghentikan sebarang spekulasi yang boleh memfitnah mana-mana pihak.


Zara, pelajar tingkatan satu di sebuah sekolah di Papar, Sabah, ditemui tidak sedarkan diri selepas didakwa terjatuh dari bangunan asrama sebelum dia disahkan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth I (HQE I) pada jam 11 pagi, 17 Julai lalu.


Insiden itu tular di media sosial susulan dakwaan bahawa kes buli itu membabitkan anak-anak menteri, anak orang kenamaan (VIP) dan individu berpengaruh, mencetuskan reaksi meluas dalam kalangan orang ramai dalam talian.


'Mak, Zara takut terjumpa Kak M...' - Rakaman suara tular perbualan Zara Qairina, ibu

>>>MORE ARTICLE JUST CLICK AND READ<<<

https://www.jacknjillscute.com/2023/12/amat-kejam-kematian-zharif-bapa-belum.html

https://www.jacknjillscute.com/2024/07/pembunuhan-zulfarhan-amat-kejam-dan.html

https://www.jacknjillscute.com/2024/03/viral-dipukul-dibuang-dari-tingkat-2.html

https://www.jacknjillscute.com/2024/03/kolej-vokasional-lahad-datu-sabah.html



@Jr_Paku Midin Channel

1 件のコメント:

  1. https://www.jacknjillscute.com/2021/10/masyarakat-dungun-dipanggil-konservatif.html

    返信削除

Featured post

Peguam Agak Bimbang Kematian Zara Sebenarnya Akibat Ibu Sendiri Dan Boleh Ganggu Siasatan Kes - Kota Kinabalu Sabah Malaysia

  Peguam Agak Bimbang Kematian Zara Sebenarnya Akibat Ibu Sendiri Dan Boleh Ganggu Siasatan Kes - Kota Kinabalu Sabah Malaysia @Jr_Paku Midi...