2024年3月25日月曜日

KOLEJ VOKASIONAL LAHAD DATU SABAH PELAJAR MATI DIBUNUH - 12 PELAJAR TERMASUK WARDEN DISIASAT

KOLEJ VOKASIONAL LAHAD DATU SABAH PELAJAR MATI DIBUNUH - 12 PELAJAR TERMASUK WARDEN DISIASAT

"Kes Pelajar Mati Dipukul Lahad Datu, Sabah: KPM Tidak Kompromi! Minta Hormati Privasi Keluarga Mangsa"

@Jackie San


KEMENTERIAN Pendidikan Malaysia (KPM) menegaskan pihaknya tidak akan berkompromi berhubung kes kematian seorang pelajar lelaki yang dipukul rakan di sebuah vokasional dekat Lahad Datu, Sabah.


Dalam satu kenyataan, KPM memaklumkan kerjasama penuh akan diberikan terhadap siasatan dalam kes berkenaan.


“KPM menzahirkan rasa dukacita dan ucapan takziah kepada keluarga Muhd Nazmie Aizat Muhd Narul Azman, pelajar kolej vokasional di Sabah yang telah meninggal dunia.


“Pada masa sama, KPM menyeru semua pihak untuk menghormati privasi keluarga mangsa.


“KPM tidak berkompromi dengan salah laku buli di semua institusi pendidikan di bawah kelolaannya,” menurut kenyataan itu pada Sabtu.


Pada masa sama, KPM memaklumkan pihaknya akan turut menawarkan sokongan psikososial terhadap keluarga mangsa, pelajar, guru dan seluruh warga kolej berkenaan.


Pada Jumaat, seorang remaja lelaki ditemui mati di bilik asramanya selepas dipercayai dibelasah rakannya.


Mangsa yang juga pelajar kolej berkenaan, Muhd Nazmie Aizat Muhd Narul Azwan, 17, ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri oleh warden asrama yang bertugas pada pukul 6.50 pagi.


Susulan daripada itu, Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Dr Rohan Shah Ahmad seramai 13 pelajar lelaki berusia 16 dan 19 tahun ditahan.


Polis turut merampas satu alat pengecas telefon pintar yang dipercayai berkait dengan siasatan kes ini.


Kes disiasat mengikuti Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. — Majoriti


>>>BANYAK ARTIKEL PENTING KLIK BACA DI SINI<<<

https://www.jacknjillscute.com/2022/08/dibakar-hidup-hidup-remaja-dituduh-curi.html

https://www.jacknjillscute.com/2023/12/apa-motif-pegawai-kanan-pdrm-perak.html

https://www.jacknjillscute.com/2022/05/tidak-serik-kes-buli-pelajar-di-sabah.html

https://www.jacknjillscute.com/2023/12/amat-kejam-kematian-zharif-bapa-belum.html



@Jackie San

0 件のコメント:

コメントを投稿

Featured post

DISCOVER KAGOSHIMA WATERFONT PARK ウォーターフロントパーク)

   https://youtu.be/eUuPolFpbe8?si=9-Nnpj0-_QCQevDS >>> MORE VIDEO JUST CLICK HERE FOR WATCH <<<