2023年12月21日木曜日

APA MOTIF PEGAWAI KANAN PDRM PERAK LANGGAR PELAJAR SAMPAI MATI ? - TUNGGU KEPUTUSAN MAHKAMAH

APA MOTIF PEGAWAI KANAN PDRM PERAK LANGGAR PELAJAR SAMPAI MATI ? TUNGGU KEPUTUSAN MAHKAMAH 

@Jackie San


Kuala Lumpur, Malaysia: Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain menyambut baik keputusan Pejabat Peguam Negara untuk menuduh pegawai kanan polis terbabit kes langgar sehingga menyebabkan kematian seorang pelajar di Ipoh, Perak kelmarin mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan (bunuh).


Menurut beliau, keputusan itu menunjukkan bahawa siasatan yang dijalankan Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung kes itu adalah telus.


Katanya, PDRM hanya menjalankan siasatan berlandaskan undang-undang sedia berdasarkan dapatan yang diperoleh pegawai penyiasat.


"Keputusan ini adalah kebijaksanaan Jabatan Peguam Negara dalam membuat penilaian bersandarkan kepada siasatan yang dilakukan pegawai penyiasat.


"Kes ini dikendalikan oleh Ketua Polis Negeri dan Ketua Polis Daerah Ipoh bersama pasukan siasatan dengan baik dan berkredibiliti," katanya kepada BH, hari ini.


Beliau berkata, pegawai kanan polis berkenaan akan ditahan kerja sebaik sahaja pertuduhan dibaca esok.


"Apa yang jadi ini diharap akan menjadi pengajaran buat semua warga polis agar tidak mengambil kesempatan di sebalik lencana yang dipakai mereka sehingga boleh mencemarkan nama baik pasukan," katanya.


Terdahulu, dilaporkan pegawai kanan polis yang terbabit kes langgar sehingga menyebabkan kematian pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jati di Meru, Ipoh kelmarin akan dituduh di Mahkamah Majistret Ipoh esok.


Pejabat Peguam Negara melalui kenyataan berkata, pihaknya mendapati terhadap keterangan mencukupi untuk mendakwa suspek yang berusia 44 tahun itu atas kesalahan membunuh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.


"Jabatan Peguam Negara merujuk kes kemalangan jalan raya berlaku Khamis lalu berhampiran SMK Jati antara sebuah kereta dipandu seorang pegawai kanan polis dengan sebuah motosikal yang menyebabkan kematian (penunggang) pelajar berusia 17 tahun.


"Setelah membuat penelitian ke atas hasil siasatan dan keterangan dikemukakan dalam kertas siasatan, jabatan ini mendapati terdapat keterangan mencukupi bagi suatu kesalahan membunuh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan terhadap suspek," katanya.


Katanya, suspek akan dituduh secara tentatif di Mahkamah Majistret Ipoh esok, sebelum mahkamah sama menetapkan tarikh untuk memindahkan kes ke Mahkamah Tinggi bagi tujuan perbicaraan.


Dalam kejadian kira-kira 12.30 tengah hari kelmarin, Muhammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie maut selepas dipercayai dilanggar seorang pegawai kanan polis yang bertugas di Kedah ketika mangsa dalam perjalanan pulang ke rumah di Chemor dari SMK Jati.


Sebelum kejadian berlaku pertengkaran membabitkan pegawai polis yang memandu Perodua Ativa itu dan mangsa yang dikatakan membuat bising menggunakan motosikalnya.


Polis berpangkat Deputi Superintendan itu dikatakan mengejar mangsa hampir satu kilometer sebelum merempuhnya dari belakang, menyebabkan pelajar terbabit terjatuh sebelum diseret hampir lima meter dan meninggal dunia di tempat kejadian.


Pada hari sama, polis menahan seorang pegawai kanan polis terbabit sebelum direman tiga hari.


Bedah siasat dijalankan ke atas pelajar terbabit di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh mendapati punca kematiannya adalah kecederaan pada dada dan perut akibat kemalangan jalan raya.


>>>BACA LEBIH BANYAK ARTIKEL DI SINI<<<

https://www.jacknjillscute.com/2023/12/kes-pelajar-maut-dilanggar-sengaja.html

https://www.jacknjillscute.com/2023/05/amat-kejam-angkara-perempuan-lain.html

https://www.jacknjillscute.com/2022/11/orang-kite-disogokkan-rm10-beras-dan.html

https://www.jacknjillscute.com/2022/05/tidak-serik-kes-buli-pelajar-di-sabah.html

https://www.jacknjillscute.com/2022/08/dibakar-hidup-hidup-remaja-dituduh-curi.html

https://www.jacknjillscute.com/2022/08/bekas-pegawai-tertinggi-tentera-akan.html



@Jackie San

0 件のコメント:

コメントを投稿

Featured post

PILOT SPOKE TO PARENTS AN HOUR BEFORE THE ACCIDENT : MALAYSIA HELICOPTER CRASH

PILOT SPOKE TO PARENTS AN HOUR BEFORE THE ACCIDENT : MALAYSIA HELICOPTER CRASH @Jackie San GEORGE TOWN – The parents of Royal Malaysian Nav...