2023年12月17日日曜日

KES PELAJAR MAUT DILANGGAR SENGAJA PEGAWAI KANAN POLIS DI PERAK - PEGAWAI PENYIASAT DILIHAT KURANG INTEGRITI KELUARGA MINTA DITUKAR

KES PELAJAR MAUT DILANGGAR SENGAJA PEGAWAI KANAN POLIS DI PERAK - PEGAWAI PENYIASAT DILIHAT KURANG INTEGRITI KELUARGA MINTA DITUKAR

@Jackie San


Ipoh, Perak: Polis menjamin siasatan lebih telus dan berkredibiliti siasatan kes pelajar Tingkatan Lima yang dilanggar kereta dipandu pegawai kanan polis berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jati di Meru, di sini, semalam.


Ketua Polis Perak Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri memberi jaminan itu selepas beliau mengadakan sesi kunjungan ke rumah keluarga mangsa di Taman Chepor Sentosa, di sini petang tadi.


"Insya-Allah saya akan mengambil tindakan seperti mana yang diminta oleh keluarga itu untuk memastikan kepercayaan dan juga siasatan kes ini mendapat kebenaran yang dikehendaki mengikut undang-undang," katanya kepada pemberita selepas sesi ziarah itu petang tadi.


Ketika pertemuan itu, bapa mangsa, Muhd Zamrie Zainal Abidin, 55, dilihat tidak mampu menahan pilu susulan kematian anaknya, Muhammad Zaharif Affendi, 17.


Pertemuan itu disusuli dengan luahan ahli keluarga mangsa mengenai insiden berkenaan di samping meminta pegawai penyiasat kes yang didakwa mereka mempunyai hubungan sebagai rakan dengan suspek kes itu selain persoalan mengenai integriti ketika mengendalikan siasatan.


Dalam pada itu, Mohd Yusri berkata, setakat ini tujuh saksi yang dipanggil memberi keterangan bagi kes itu dengan kesemua mereka terdiri daripada pelajar sekolah yang berada di lokasi ketika kejadian.


"Kertas siasatan akan dilengkapkan seberapa segera untuk dihantar kepada Timbalan Pendakwa Raya," katanya.


Terdahulu, Mohd Yusri berkata pegawai kanan polis berpangkat Deputi Superintendan itu masih dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 di samping Seksyen 302 Kanun Keseksaan (membunuh).


Perintah tahanan reman selama tiga hari bermula hari ini sehingga Isnin ini, dikenakan terhadap suspek berusia 44 tahun yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah.


Dalam kejadian semalam, Muhammad Zaharif Affendi maut di lokasi kejadian selepas motosikalnya dikejar dan dilanggar dari arah belakang kereta yang dipandu pegawai polis berkenaan.


>>>MORE ARTICLE JUST CLICK HERE FOR READING<<<

https://www.jacknjillscute.com/2022/04/kematian-remaja-basikal-belum-terungkai.html

https://www.jacknjillscute.com/2022/05/tidak-serik-kes-buli-pelajar-di-sabah.html

https://www.jacknjillscute.com/2022/05/pelajar-sekolah-mengaku-bersalah.html

https://www.jacknjillscute.com/2022/05/remaja-rempuh-pekerja-ketika-memandu.html

https://www.jacknjillscute.com/2022/05/13-pelajar-mengundang-padah-akibat.html

https://www.jacknjillscute.com/2022/04/13-pelajar-sekolah-tunku-putra-langkawi.html

https://www.jacknjillscute.com/2022/06/wanita-india-dirogol-dibunuh-dibakar.html

https://www.jacknjillscute.com/2022/06/19-murid-2-guru-mati-ditembak-texas.html

https://www.jacknjillscute.com/2023/05/amat-kejam-angkara-perempuan-lain.html

https://www.jacknjillscute.com/2022/08/dibakar-hidup-hidup-remaja-dituduh-curi.html




@Jackie San

0 件のコメント:

コメントを投稿

Featured post

DISCOVER KAGOSHIMA WATERFONT PARK ウォーターフロントパーク)

   https://youtu.be/eUuPolFpbe8?si=9-Nnpj0-_QCQevDS >>> MORE VIDEO JUST CLICK HERE FOR WATCH <<<