Friday, 26 August 2022

BEKAS PEGAWAI TERTINGGI TENTERA AKAN DIDAKWA 16 OGOS 2022 MENGENAI ISU LCS

BEKAS PEGAWAI TERTINGGI TENTERA AKAN DIDAKWA 16 OGOS 2022 MENGENAI ISU LCS

 

@Jackie San

KUALA LUMPUR MALAYSIA :Seorang bekas pengarah urusan sebuah syarikat perkapalan dan juga merupakan bekas pegawai tertinggi tentera dijangka dihadapkan ke Mahkamah Seksyen pada 16 Ogos 2022 (Selasa), berhubungnya projek Kapal Tempur Pesisir (LCS) milik Tentera Laut Diraja Mlaaysia (TLDM).


Lelaki yang berusia hampir 80 tahun itu akan didakwa atas tiga (3) pertuduhan membabitkan kesalahan pecah amanah mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan.


Difahamkan juga, lelaki itu akan dibawa ke Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur pada jam 0900 pagi dan berdasarkan semakan di sistem mahkamah kes itu akan didengar di hadapan Hakim Suzana Hussin.


Terdahulu, pendedahan laporan PAC bahawa LCS tercanggih pertama milik TLDM yang pernah dilancarkan pada tahun 2017 dlaam keadaan tidak siap, mengejutkan banyak pihak.


Projek pembinaan LCS adalah perolehan terbesar dalam sejarah Kementerian Pertahanan Malaysia dengan kos keseluruhan sebanyak RM 9 bilion ringgit.


Kontrak bagi projek itu bermula pada tahun 2013 dan dijangka siap dalam masa 10 tahun berikutnya iaitu siap pada tahun 2023.


PAC dalam laporannya menyatakan, kerajaan sudahpun membayar RM 6.083 bilion untuk projek lima (5) kapal LCS kepada Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS) yang dilaksanakan secara runding terus namun tiada kapal yang diterima setakat ini.


Memetik pada kenyataan Pengerusi PAC, Wong Kah Woh, mendedahkan lebihan kos projek LCS berjumlah RM 1.4 bilion dengan kos RM 400 juta digunakan bagi tujuan untuk membayar hutang lama daripada projek kapal peronda lama.

 

>>>BACA BANYAK ARTIKEL DI SINI<<< 

https://www.jacknjillscute.com/2022/08/negara-gagal-membenteras-isu-mat-rempit.html 

https://www.jacknjillscute.com/2022/05/kejam-tentera-russia-musnahkan-habis.html 

https://www.jacknjillscute.com/2022/05/anak-ahli-parlimen-mendapat-layanan.html 

https://www.jacknjillscute.com/2022/05/tidak-serik-kes-buli-pelajar-di-sabah.html 

https://www.jacknjillscute.com/2022/07/wanita-hina-agama-islam-kelab-komedi.html 



@ Jackie San

2 comments:

  1. https://www.jacknjillscute.com/2022/08/najib-set-to-begin-jail-sentences-final.html?sc=1661606481957#c7380588945289296826

    ReplyDelete
  2. https://www.jacknjillscute.com/2022/08/shirtless-man-and-friend-assaults-ustaz.html

    ReplyDelete

Featured post

Kemalangan Terok Di Petra Jaya Kuching 09 Jun 2022

   https://youtu.be/Hk0pbUPfJlM >>>BANYAK LAGI VIDEO DI SINI<<<